Adreanna merenung muka pucat Sara.Dia menggosok gosok telapak tangan Sara yang dingin itu.
Tiba tiba dia tergelak kecil.Apa yang sudah jadi dengan hidupnya ni?Complicated sangat.
Kawan kawannya mempunyai kisah yang tersendiri.Masalah tersendiri.Dia pun sama
Adreanna tertanya.Agaknya bilakah semuanya akan berakhir.Bagaimana dengan nasibnya?
"Adreanna"Ujar suara itu mendatar.Agak perlahan.
Adreanna terus menoleh ke tepi apabila mendengar serangkap suara itu.
Hanya sekejap sebelum tumpuannya dikalihkan kepada Sara kembali.Malas.Dia tidak tahu nak rasa apa.Benci?Entahlah.Perasaannya bercampur baur sekarang.
"Still mad at me my pretty?"Perlahan Hariz bertanya.
Adreanna tersenyum sinis tetapi sinisan itu diterima dengan baik oleh pendengaran Hariz.
"Soalan bodoh apa yang kau tanya ni Hariz Ereman?"Perlahan Adreanna memalingkan mukanya memandang Hariz yang bagai tergamam mendengar pertanyaan kasar Adreanna.
Lidahnya sudah tidak memberi kerjasama pada orang macam Hariz.Kali ini dia perlu berkasar supaya Hariz masih mengingati yang dia masih tidak menerima lelaki ini.
Adreanna bangun.
"Lepas kau tinggalkan aku,kau buat kawan aku tenat macam ni,kau boleh lagi tanya aku yang aku masih marahkan kau?Kau ni belajar ke tak Hariz?Sia sia jelah mak bapak kau hantar kau luar negara tapi setakat benda macam ni pun kau tak boleh fikir?!"Dia sudah berang.Kalini dia ingin melepaskan semua amarahnya terhadap jantan di hadapannya ini.
"Sara accident bukan salah saya."Tenang Hariz menafi.
Amarah Adreanna semakin membuak buak.Ya memang betul.Tetapi bagi dia Hariz terlibat sekali!Macam yang Qaira katakan.
"Tolonglah Hariz...pergi dari hidup aku.Aku dah penat tau tak nak hadap semua benda ni.Kau heret sekali si Zul yang tak guna tu.Semua bijak bijak tapi bila masalah macamni korang tak boleh nak fikir secara rasional ke?Please lah korang dah tua."Suara Adreanna semakin mengendur.
Hariz tetap membisu.
"Tapi saya masih cintakan awak Adreanna."
"Tolonglah Hariz.Aku dah muak tau tak dengan semua ni.Kau cakap kau masih cintakan aku.Tapi apa yang kau buat?Kau tinggalkan aku.Padahal masatu kau dah janji dengan aku kan yang nak bawa aku jumpa family kau?Tup tup haritu kau kahwin dengan perempuan lain."
Adreanna tersenyum sinis lagi.
"Yang peliknya,majlis tu gah.Macam dah dirancang dua tiga bulan awal."
"Kau rasa apa yang aku akan fikir?"
"Then kau rasa apa yang aku rasa masa aku dengar kau akad nikah masatu?"Bertubi tubi soalan diajukan buat Hariz.Biar dia tahu sikit apa yang selama ini terbuku di hatinya Tubir matanya mula bergenang .Hatinya sakit.Terlampau.
"Awak.....dengar?"Hariz tergamam.
YOU ARE READING
Protect Our Love
RomanceADREANNA AREESA.Sebaris nama yang cantik dan sesuai dengan tuan empunya badan. Tetapi tidak pada jalan cerita hidupnya.Dia dicurangi dan ditinggalkan tanpa sebab.Bertambah sakit apabila lelaki pujaanya berkahwin dengan perempuan lain. "Why Hariz...