"Duduk.Biar saya yang pergi tengok"Arah Hariz tegas.Dalam hati dah dup dap dup dap dah ni.Tapi kenalah tunjuk gentlemen depan Adreanna.Hello?Dia anak lelaki sejati tau.
Adreanna tidak mengendahkan arahan Hariz, dia turut bagun membuntuti langkah Hariz ke ruang tamu bila lelaki itu sudah jauh ke depan darinya.
Rasanya....tu bunyi pasu pecahkan?Takkanlah rumah mereka dipecah masuk?Dapur dengan pintu rumah ni dekat sangat aje.Kalau bunyi pintu pun dengar lagi.
"Ohhh..."Hariz garu belakang kepalanya.
Adreanna buntang mata lihat seekor makhluk bergesel gesel di kaki Hariz.What?
Kucing?
Bila masa pula rumah ni ada kucing?
Kenapa Hariz tak bagitahu dia?
Hariz serta merta pusing ke belakang.Nasib hidung Adreanna tak bergesel dengan jantungnya.
Adreanna terlopong kecil.Dia kawal riak muka.Mukanya menunjukkan bahawa dia perlukan penjelasan.
Hariz tunduk mengambil kucing Oren yang gebu itu ke dalam dukungan.Sedap peluk malam malam.
Dia pandang Adreanna bersilih ganti dengan kucingnya.Hariz tersengih menampakkan barisan gigi putihnya.
"Heheheh...ni kucing saya,nama dia Congek, Congek say hi to mummy..."Hariz angkat sebelah tangan kucingnya melambai lambai pada Adreanna.
Kucing itu menunjukkan muka toyanya.
"Haih...sejak bila dia ada ni?"Adreanna cekak pinggang pada Hariz yang tak berhenti henti cium muka kucingnya.Kucingnya hanya pasrah.Mungkin dah biasa macam tu kot.
Hariz berhenti cium kucingnya. Perlahan lahan kucingnya diturunkan.Lantas kucing bernama Congek itu merebahkan tubuhnya di atas salah satu sofa empuk di ruang tamu.
Hariz pandang Adreanna kembali.
"Okay...I can explain"
Adreanna menyilangkan tangannya ke dada.
"For your information,Congek ni saya jumpa dia dalam longkang belakang rumah tahun lepas.Masatu dia baru je umur dua bulan.Tak sangka pula bila saya bela dia,dia bertukar jadi gebu macam tu.Dia lah pengarang jantung saya...Bantal busuk yang saya peluk tiap tiap malam."Lebar Hariz memberi penerangan.
Adreanna angguk .Faham.
"Saya tinggalkan dia minggu lepas dekat rumah ibu saya.Tapi ibu cakap yang Congek demam rindukan saya.Lama jugak dia demam dalam lima hati gitu.Sebab tu la saya bawak dia datang sini.Sebab dia tak boleh berpisah dengan saya..."terang Hariz lagi.
"Shall we continue our conversation?"Tanya Hariz perlahan.
Adreanna hanya membalas dengan anggukan lalu berlalu ke dapur semula.Haish..saspen je .Ingatkan apa lah tadi.
"So...yang awak pernah cakap dekat saya pasal majlis perkahwinan saya dan Anggun yang telah dirancang seolah olah dua tiga bulan sebelum tu,saya sendiri pun tak percaya time tu."Hariz mula menyambung perbualannya seusai melabuhkan duduk.
Adreanna mendengar sambil menyuap speghetti ke dalam mulut.Lama lama dia duduk dengan Hariz ni,lapar pula.
"Saya ada tanya dia kenapa majlis tu begitu gah.Tak payah tunggu awak tertanya tanya,saya dulu yang jadi macam tu"
"Anggun cakap yang dia dah lama rancang.Dia tahu yang saya akan termakan umpan dia untuk kahwin dengan saya.Betina memang licik.Sangat licik.Dia dah book lama dah dewan tu."
"Pasal apa yang jadi lepas kami kahwin tu saya malas nak cerita.Yang pastinya saya tak pernah bersama dan tidur sebilik dengan dia.Saya layan dia pun dingin ,acuh tak acuh macam tu je...mula muka okay lagi.Lama lama dia start melenting kata yang perkahwinan kami ni macam takde makna."
"Apa yang dia expect daripada saya,memang tak lah saya nak layan dia macam apa yang dia nak.Lambertt lagi"
"Emphh saya tak ingat nak bagitahu awak yang Anggun tu satu university dengan kita dulu."Ujar Hariz .Tepi mulutnya yang sedikit comot dengan jus oren,dilap kasar.
Kunyahan Adreanna terhenti.Apa?Mereka satu university dulu?
"Yes...mungkin daripada situlah dia crush dekat saya.Sebab saya memang dah lama couple dengan awak,Sebab tu dia nak rampas.Boleh dikatakan yang Anggun ni gilakan saya .Ada jugaklah saya dengar desas desus dulu..."Speghetti disuap.
Adreanna mula faham.Jadi faktor kenapa Hariz kahwin dengan Anggun ialah,Anggun terlampau gilakan Hariz.Lepastu ugut Hariz untuk kahwin dengan dia dengan petik nama dia sebagai umpan.Macam dah jawab soalan Bahasa Melayu pula ada ialah ni.
"Tapi kenapa awak nampak terkejut gila masa tengok Anggun munculkan diri time tu?"Hairan juga dia dengan reaksi Hariz ketika itu.Tiba tiba satu soalan muncul di benak fikiran.
"Jap....lepas tu apa status awak dengan Anggun sekarang?"
"Sabar sabar.Dalam nak dekat dua bulan lebih kita orang kahwin,saya ceraikan dia sebab saya dah memang tak boleh tahan hidup dengan orang yang macam tu.Malam tu,dia macam tak betul sikit,bawak kereta nak pergi dekat rumah family dia,tup tup accident "Ujar Hariz.Masih segar dalam ingatkan dia bagaimana bekas ibu dan ayah mertuanya menangis kerana anak tunggal mereka telah jauh pergi meninggalkan mereka.
Adreanna tekup mulut.Tak sangka selama dua bulan dia menetap di London,banyak perkara yang telah berlaku di Malaysia.
"Sebab tu la saya terkejut Anggun yang culik awak...saya memang ingat Anggun dah mati.Rupa-rupanya...hmm faham fahamlah"
"Ibu ayah dia memang benci gila dekat saya Sebab saya lah bagi mereka punca Anggun mati.Saya pun hampir dibunuh.Tapi parents saya datang rumah diorang and minta maaf baik baik.Akhirnya mereka terima ketentuan dan sekarang menetap di Canada."Hariz berhenti di situ.Begitulah kisah hidup dia.Lebih perit daripada apa yang dihadapi oleh Adreanna.
Yang orang cuma tahu yang Adreanna sangat menderita sebab dia curang.Tapi ada orang lain fikirkan hati dan perasan dia?Ada orang fikir tak yang dia ni lebih menderita daripada Adreanna?
Perlu menahan cinta lagi,dengan apa yang telah dia hadapi dengan permainan seoarang Anggun Jelita.Memang dua bulan itu singkat, tapi dalam Dua bulan tu jugalah banyak perkara perit yang berlaku di dalam hidupnya.
Dia masih boleh berfikir dengan waras kalau nak curang.Dia belum bodoh untuk meninggalkan seseorang tanpa sebab.Orang lain tak fikir macam tu ke?Takkanlah mereka tak boleh fikir guna akal yang telah Allah kurniakan keistimewaan kepada satu satunya makhluk yang telah Dia cipta?
Kadang kadang manusia ink berfikiran senteng.
"Sorry .....s-saya minta maaf sangat p-pasal benda tu..s-say-"Adreanna mula teresak kecil.Rasa bersalah muka bersarang di hati.
Lama mereka jeda.Akhirnya dipecahkan oleh tangisan kecil Adreanna .
Hariz terus bangkit dan merangkuk Adreanna sambil menepuk nepuk bahu yang muka terhinjut itu.
"Shhh.... it's not your fault.Kalau saya jadi awak pun mungkin saya akan buat perkara yang sama....Saya tak salahkan siapa siapa pun dalam hal ni"Hariz memujuk isterinya perlahan.
Comel pula Adreanna menangis ni.Selalunya garang tapi kalini ,singa dah bertukar menjadi Congek.Manja.
Lama mereka berpelukan sebegitu.Tangisan Adreanna semakin lama semakin kuat.
Hariz bingung.Apa yang perlu dia lakukan sekarang?
YOU ARE READING
Protect Our Love
RomanceADREANNA AREESA.Sebaris nama yang cantik dan sesuai dengan tuan empunya badan. Tetapi tidak pada jalan cerita hidupnya.Dia dicurangi dan ditinggalkan tanpa sebab.Bertambah sakit apabila lelaki pujaanya berkahwin dengan perempuan lain. "Why Hariz...