38

11 1 0
                                    

Pintu bilik dihempas kuat.

BAMM!

Kuat  hasil dentuman hempasan pintu itu.Perlahan lahan tubuh yang sedia lemah itu melorot jatuh ke lantai.

Lutut dibawa ke dada.Empangan air matanya pecah.

Dadanya terasa sesak.

Tekaknya terasa perit untuk menelan.

Cecair kuning  mula berkumpul

Hidungnya mula memerah.

Seketika berlalu,bilik itu dihiasi satu tangisan yang maha kuat .

"K-kenapa Hariz?Kenapa awak perlu tinggalkan saya buat selama lamanya?"

Adreanna bangun dari perbaringan dengan mengejut.Dadanya diurut perlahan.Dia meraup wajah sebelum telefon bimbit di atas meja dicapai lalu di hidupkan.

Jam 12.

Adreanna turun daripada katil.Tandas dituju untuk mengambil wuduk lalu didirikan solat tahjuud pada malam yang hening lagi sunyi itu.

Sara keluar dari biliknya dengan mamai yang masih tersisa.Tutup sahaja daun pintu,wanita itu menggeliat sambil menguap besar.

"Huarghhh.Mengantuknya lah aku"Dia garu belakang kepala yang dilitupi rambut yang lebat.

Seketika satu bauan  masuk ke rongga hidungnya.Sara pejamkan mata menikmati bauan itu.

Wah!mesti Adreanna masak ni!Bauan masakan Qayra berbeza dengan Adreanna.

Perlahan lahan Sara menapak ke arah dapur.Mamainya masih tersisa.Mengantuk sangat semalam jaga Ameera yang terkena nightmare.

Langkahnya terhenti apabila memandang satu susuk asing duduk di meja makan  membelakanginya.Adreanna yang sedang memasak itu juga membelakanginya.

Bukan ke tu susuk lelaki ke?Aih,tak logiklah.Bila masa pula apartmentnya ni ada lelaki?

Sara menggosok gosok kedua belah matanya.Mungkin tersakah nampak kot.

Tetapi tidak!Itu memang susuk lelaki!

Kejap,Tak akan lah Hariz?

Hah Hariz?

"Aik Sara?Yang kau tercegat dekat situ tu dah kenapa?"Sapa Adreanna.

Sara tetap pegun di situ.Apa yang dia lihat semua ni?

Hariz yang mendengar sapaan Adreanna,turut  berpaling ke belakang melihat arah yang Adreanna lihat.

Sedar yang Hariz akan menoleh,cepat cepat Sara lari masuk ke dalam bilik semula.

BAM!

"Hak alah kau ni,nak datang tak bagitau,nasib aku sempat lari tadi tau tak?Kalau tidak,kumpul dosa pulak lah aku ni"Marah Sara kepada Hariz yang sedang enak  menikmati mi goreng bautan Adreanna.

"Betul tu,nasib Sara masuk bilik aku bagitahu,kalau tidak,hmm lah"Tambah Qayra pula.Mi goreng dicedok masuk ke dalam pinggan.

"Yang kau ni pun satu Adreanna,tahulah excited suami tu dah balik,Roger lah dulu"Kini,Adreanna pula yang dijelinh geram.

Adreanna sengih tak bersalah.Dah nak buat macam mana, Hariz yang berkeras nak tidur di sini.Puas dia paksa Hariz,tetapi lelaki itu tetap taknak mengalah.Akhirnya dibiarkan aje.

"Kau ni Sara memang suka membebel dengan  mengungkit eh?Dulu,masa aku mintak tolong kau benda kecil pun suka membebel.Lepas tu tak habis habis mengungkit.Aku ingat lagi time tu aku mintak tolong kau pergi beli ayam goreng depan kedai mamak tu,naik bernanah oo telinga aku dengar kau mengungkit kata menyusahkan kau"Tanpa bersalah Hariz mengata Sara.

Sara hanya menayangkan  muka toyanya.Mi goreng disuap ke dalam mulut kasar.

Qayra dan Adreanna yang memerhati sekadar diam mendengar pertelinhkahan dua orang itu.

"Kau ni memang dari dulu tak habis habis suka kumpul dosa mengata orang kan?"Sara membidas.

"Ek eleh,suka menjawab lah kau ni.Aku takleh bayang macam mana nasib suami kau nanti."Hariz menggeleng.

Sara guling bebola mata.

"Ikut aku lah suami aku.Bukannya ada kaitan dengan kau pun.Kalau boleh,aku nak tonyoh mulut kau tu guna bawang merah.Biar menggulupur kau dekat situ."Jawab Sara pula.

Sara dijeling tajam oleh Hariz.

Menggeleng kepala Adreanna Dan Qayra.Dua orang ni daripada dulu,sampai sekarang tak pernah nak berdamai.Jumpa aje mesti ada sahaja benda yang nak digaduhkan.

Berbeza pula dengan Qayra.Qayra dilayan baik sahaja oleh Hariz.Kalau dengan Sara,mahu terbalik dulu meja makan kaca ni.

"Sudah sudah lah tu bergaduhnya,"Larang Qayra .

"Eleh, dulu rambut kau macam tempurung!"Sara menjelirkan lidahnya pada Hariz.

Hariz buntang mata mendengar kutukan Sara itu.Apa?Rambut tempurung?

"Kau tu dulu dekat sekolah,pakai mask senget!Awning macam KLCC .Ada hati nak mengata orang.Dia lagi selekeh waktu dulu."Lancang Hariz berkata.

"Sekarang kurangnya aku dah glow up sekarang,kau?Emph,rambut pun macam..."Sara pandang atas bawah rambut Hariz dengan muka tak puas hatinya.

Tangan Adreanna  naik memicit pelipis dahinya.Pening dia jadinya.

"Ka-"

"Daddy!"

Terkedek kedek Hana berlari ke arah daddnya.

Hana diletakkan di atas ribaan Hariz.

"Eh,pretty.Pergi packing cepat cepat.Harini kita pindah balik rumah abang"Suruh Hariz.Hana di atas ribaanya terlentok elok di dadanya.

Adreanna hanya mengangguk.

Sara buat muka geli mendengar bahasa mereka.Ee apa ni abang pretty!

Hariz yang perasan riak Sara terus berkata,

"Eleh kau tau lah jealous"Hariz guling bebola matanya.Semakin hari semakin menyampah dia dengan Sara.

"Lamberttttttttttttttttttttoqq lagi aku nak jealous.Aku pun boleh buat lah dengan Meera"Balas Sara seraya bangun untuk mencuci pinggan setelah makanannya habis.

Tidak betah nak berlama lamaan di situ.Membara api dalam diringa ni bila bersama Hariz.

Qayra turut bangun untuk membasuh pinggan.

Adreanna pandang Hariz,Hariz pandang Adreanna.

"Dah,pergi mandikan Hana.Nak suruh saya packing kan?Haa mandikan dia."Suruh Adreanna lalu menapak menuju ke dalam bilik.

Hariz ditinggalkan terpinga pinga di situ bersama Hana.

Selang beberapa ketika,hidungnya menangkap satu bau yang tidak menenangkan.

Hariz tunduk ke bawah memandang Hana yang sedang sengih tak bersalah.

"Ehek ..Sorry daddy"Ujar Hana tak bersalah.

Serta merta Hariz menutup hidungnya.

Busuk!





Protect Our Love Where stories live. Discover now