4 Tahun Kemudian
Pandangan ditebarkan pada pemandangan yang indah di depan mata.Melihat warna warninya pokok pokok bunga,betapa hijaunya dedaun,luruhnya dedaun dedaun yang kering.
Indah bukan jika hidupnya seperti bunga bunga? Tetapi,bunga juga luruh,begitulah makhluk.Tidak lekang akan diuji.
Itu lumrah manusia.Mana boleh kita tetapkan kan?Semuanya hanya Allah sahaja yang tahu.Kita sebagai hamba,hanya perlu tabah dengan segala dugaan-Nya.Kenapa perlu mengeluh jika para nabi dan rasul kita lebih berat ujiannya?Tidak pernah sekalipun mereka mengeluh.
Kenapa kita baru diuji sedikit,tetapi cepat mengeluh?
Sedang asyik melayan perasaan,tiba tiba fikirannya terimbau kembali kejadian empat tahun yang lepas.
Bertapa tersiksanya dia apabila mengetahui bahawa suaminya telah meninggal dunia.
Qayra tersedar saat jari jemari yang berada di dalam genggamannya bergerak perlahan.Lantas wanita itu tersedar.
"Adreanna?Kau dah sedar?"Qayra bertanya inginkan kepastian.
Adreanna yang baru sahaja sedar mengangguk mamai.Di mana dia berada sekarang ni?
"Kau dekat hospital Adreanna"Seperti tahu soalan apa yang bermain di fikiran Adreanna,Qayra terus memberi jawapan.
Adreanna mengangguk Lemah.Seketika,kemalangan yang berlaku menjengah fikiran.Serta merta dia teringat akan suaminya.
Dia mana dia sekarang?
Adreanna cuba untuk bangun dari perbaringan.
Qayra terus menahan tubuh itu.
"Adreanna,kau kena rehat.Kau stress sekarang ni"Tegas Qayra sambil menolak kembali tubuh itu untuk baring.
Tetapi Adreanna melawan.Dia perlu tahu keadaan suaminya sekarang!Semuanya tidak penting lagi pada dia!
"Qayra... please lah...aku nak jumpa suami aku Qayra...kat mana dia?"Matanya melingas ke segenap ruang bilik wad persendiriannya.
Mana?Mana kelibat suaminya?
Perlahan lahan air matanya turun.Dia hanya mahukan suaminya!
Sebab Qayra melihat Adreanna sebegitu.Tidak boleh dia banyangkan bagaimana kehidupan Adreanna nanti.
"Hey hey Adreanna look at me"Qayra mencengkam lembut pipi cengkung Adreanna.
"Hariz okay je..."Beritahu Qayra sambil tersenyum nipis.Berbohong adalah jalan terbaik buat masa ini.Dia tidak mahu kesihatan Adreanna terjejas.Lambat laun perkara itu akan terbongkar juga.
"Tak Qayra tak!Aku kena jumpa suami aku!Dia mesti cedera kan?Bagilah aku jumpa dia..kejap pun takpe la Qayra.."Rayu Adreanna.Dia berura ura untuk turun dari katil tetapi laju ditolak Qayra.
"Adreanna Areesa!Ketepikan dulu rasa risau kau tu!Kau tak sihat sekarang!Aku cakap yang Hariz okay je.Pernah ke sebelum ni aku tipu kau Adreanna?"Keras ujaran Qayra.Kedua belah bahu wanita itu dipegang kemas.Wajah Adreanna yang sudah comot dengan air mata dipandang dalam dalam.Menyatakan bahawa dia tidak berbohong.
Akhirnya Adreanna jatuh ke dalam pelukan Qayra.Tangisannya terhambur kuat di bahu wanita itu.
Adakah itu benar atau bohong?
Selepas kejadian itu,dia pengsan.Dia sedar semula beberapa jam setelah itu.
Dan,waktu itulah baru dia tahu yang suaminya telah meninggal dunia,itupun ibu mertuanya yang beritahu.
Adreanna tersenyum pahit.Kenapa hidupnya ibarat hujan yang tidak mahu berhenti?Malah kian lebat.
Tetapi dia percaya yang suatu hari nanti hidupnya akan dihiasi pelangi yang indah.
"Adreanna?"
Adreanna tersentak saat bahunya di pegang lembut.Dia angkat wajah.
Tersenyum manis Adreanna apabila melihat susuk itu mula melabuhkan duduk di hadapannya.
"Termenung lagi?"Soalnya.Kebelakangan ni sahabatnya yang ini suka sangat termenung.
Adreanna menggeleng.
"Mengelamun aje.."
Qayra buntang mata.Sama lah tu!
"Haih...udahlah termenung.Biarkanlah perkara itu berlalu.Jangan pandang belakang..."Naaihat Qayra lembut.Tahu yang Adreanna pasti teringat lagi akan hal itu.Siapa yang takkan lupa kan?
Biarlah tersemat di hati,jangan di fikiran.
"Let me see you smile,"Qayra menyanyi serpihan lirik lagu kegemarannya.
Adreanna tergelak kecil.Qayra memang suka sangat dengan lagu lagu begitu.
"Tapikan Qayra...selama empat tahun ni,aku dah tak ungkit dah pasal Hariz.Ada juga aku tertanya tanya sebelum ni.Dekat mana pusara dia?"
Muka Qayra berubah pucat.Jawapan yang mana perlu dia beritahu?
Adakah yang itu,atau yang ini?
YOU ARE READING
Protect Our Love
RomanceADREANNA AREESA.Sebaris nama yang cantik dan sesuai dengan tuan empunya badan. Tetapi tidak pada jalan cerita hidupnya.Dia dicurangi dan ditinggalkan tanpa sebab.Bertambah sakit apabila lelaki pujaanya berkahwin dengan perempuan lain. "Why Hariz...