63

8 1 0
                                    

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Balasan Menyeru Tapi Tidak Beramal

عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ يُؤْتَى بِالرَّجُلِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيُلْقَى فِي النَّارِ فَتَنْدَلِقُ أَقْتَابُ بَطْنِهِ فَيَدُورُ بِهَا كَمَا يَدُورُ الْحِمَارُ بِالرَّحَى فَيَجْتَمِعُ إِلَيْهِ أَهْلُ النَّارِ فَيَقُولُونَ يَا فُلَانُ مَا لَكَ أَلَمْ تَكُنْ تَأْمُرُ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَى عَنْ الْمُنْكَرِ فَيَقُولُ بَلَى قَدْ كُنْتُ آمُرُ بِالْمَعْرُوفِ وَلَا آتِيهِ وَأَنْهَى عَنْ الْمُنْكَرِ وَآتِيهِ

Daripada Usamah bin Zaid berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Didatangkan seorang lelaki pada hari kiamat kemudian dilemparkan ke neraka hingga ususnya terburai keluar dan berputar-putar dineraka seperti keledai mengelilingi tempat pengisar gandum, kemudian penghuni neraka berhimpun dan bertanya: 'Hai fulan! Apakah gerangan yang menimpamu, bukankah dahulu engkau memerintahkan orang lain melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran? ' Ia menjawab: 'Benar, dulu aku menyuruh orang melakukan kebaikan tapi aku tidak melakukannya dan aku melarang kemungkaran tetapi aku sendiri melakukannya'. (HR Muslim No: 5305) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Di hari akhirat akan ada daripada kalangan manusia yang diseksa di dalam neraka dengan siksaan yang pedih dimana ketika dicampakkan kedalam neraka, sehingga terburai tali perut dan berpusing-pusing seperti dikisar dengan kesakitan yang tidak terhingga.

2. Orang yang diseksa dengan pedih di dalam neraka seperti itu adalah disebabkan ia hanya pandai bercakap menyeru kepada kebaikan dan melarang kemungkaran, namun dia sendiri tidak beramal dengannya.

3. Setiap Muslim bertanggungjawab menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada keburukan.

4. Sebagai mukmin, menjadi kewajipan kita memulakan terlebih dahulu segala kebaikan dengan melakukan dan beramal dengannya dan meninggalkan segala maksiat dan keburukan.

5. Menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kejahatan tetapi tidak melakukan seperti yang disarankan merupakan manusia yang dibenci Allah. Firman Allah:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفۡعَلُونَ ٢ كَبُرَ مَقۡتًا عِندَ ٱللَّهِ أَن تَقُولُواْ مَا لَا تَفۡعَلُونَ ٣

(Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!

(2) Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya (3) As-Sof: 2-3

11hb Ogos 2023
24hb Muharam 1445H

💌🌹

1 Hari 1 Ayat Al Quran

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka). Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

(QS Al Baqarah, 2: 186)

💌🌹

𝗞𝗘𝗨𝗧𝗔𝗠𝗔𝗔𝗡 𝗦𝗛𝗢𝗟𝗔𝗧 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗧

ILMU-ILMU ISLAMITempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang