"Abang dah lama ke duduk sini?" tanya Naura sambil mengunyah waffle yang dibeli sebentar tadi. Waffle yang disaluti krim coklat dan peanut.
Mereka berdua duduk dibangku yang disediakan di taman permainan.
Soalan Naura membuat dirinya terdiam sebentar lepastu kembali tersenyum.
"Abang dah lama duduk sini, sebab abang orang penting" jawab Hanneef bangga.
"Kalau abang penting kenapa takde siapa teman abang dekat sini?." Naura pelik sebab Hanneef selalu sorang-sorang tiada siapa teman dia seperti ibunya yang selalu jaganya selain nurse,doktor dan Hanneef.
Riak wajah Hanneef mula berubah kendur.
Dia tidak menyangka soalan itu yang ditanya budak kecik ni."Mama abang ada je tapi dia busy kerja. Dia cakap abang kena berani tak boleh takut. Anak jantan mana boleh takut. Lagipun abang ada kawan dia selalu lawat abang tapi sekarang dia pergi sekolah nanti cuti dia datang la." Ceritanya ringkas. Dia tak mahu cerita panjang lebar.
Kalau cerita pun bukan budak kecik ni faham. Dia sendiri pun tak faham kenapa dia di uji sebegini.
Naura melompat ke depan lalu pusing menghadap Hanneef. Hujung pipinya sudah kotor dengan krim coklat.
"Abang ni berani la, nanti kalau abang dah besar mesti ramai suka abang sebab abang boleh lindung ramai orang, abang tak takut dengan semua benda" celoteh Naura dengan mulutnya penuh dengan waffle.
"Ye la Dhian Naura..." balas Hanneef sambil tangannya mengelap pipi Naura yang ada kesan coklat.
Makan pun comot budak ni.
"Naura!, Naura!."
Kedua-dua mereka menoleh ke arah suara wanita tersebut.
"IBU! YEAYY...IBU DATANG!" sorak gembira Naura apabila dapat tahu ibunya sudah kembali lepas hantar kakaknya pulang.
Naura terus berlari-lari anak untuk mendapatkan ibunya lalu memeluk Puan Zatul.
"Naura jangan hilang lagi macam tadi ok risau ibu dibuatnya." Riak wajah risau Puan Zatul jelas terlakar. Manakan tidak dia mencari anaknya di wad sudah tiada. Puan Zatul tanya pula kaunter depan nurse bukannya waktu Cindy, nurse lain yang ada.
"Maaf aunty, saya yang bawa Naura turun tadi, dia kata bosan duduk bilik. Saya dah bagitahu nurse diaorang benarkan." laju sahaja permohonan maaf daripada Hanneef.
Dia yang bertanggungjawab untuk membawa Naura turun ke bawah.
"Hah ye la, takpe aunty maafkan lain kali jangan buat lagi ye" pesan Puan Zatul.
Sampai sahaja diwad Hanneef melihat wajah gembira Naura dengan Puan Zatul.
Puan Zatul membawa bekal yang diisi makanan kegemaran Naura.Dia hanya mampu tersenyum sahaja. Alangkah indah kalau dia dapat suasana seperti itu. Hanneef iri hati dengan Naura yang sentiasa ada ibunya disisi. Dia tak mahu salahkan mamanya akibat tiada di sisinya.
Hanneef mengerti kesibukan mamanya yang terpaksa mencari duit lebih bagi menampung bil hospitalnya. Sedih melihat ramai orang yang dia sayang juga menanggung derita.
Dia hanya perlu menunggu dan bersabar sebelum waktunya yang itu tiba.
———————————————————
Sudah seminggu Naura berada di hospital. Doktor Rafizi juga sudah mengesahkan kesihatan Naura sudah semakin pulih. Jadi dia boleh pulang ke rumah.
Puan Zatul sudah mengemas beg Naura dan berlalu untuk ke kaunter pembayaran meninggalkan Naura bersendirian lagi dibilik wad.
Naura mula berjalan terkedek-kedek ke katil Hanneef. Dia memanjat katil itu tapi tiada dayanya. Dia masih perlukan bantuan. Almaklum la kakinya pendek sangat tak kena dengan usianya.
Hanneef hanya tergelak kecil sebelum dia membantu Naura memanjat naik ke atas katilnya.
"Abang, harini Naura dah boleh balik abang boleh ikut Naura balik" ajak Naura.
"Eh...mana boleh, Naura dah sembuh sebab tu Naura boleh balik. Abang tak sihat lagi abang kena tinggal sini" terang Hanneef.
Ada pulak nak ajak orang balik si budak Naura ni.
"Naura nampak abang sihat je..." jeling Naura.
"Abang sakit la lagipun abangkan orang penting dekat sini. Orang penting selalu ada dekat dengan tempatnya."
Puan Zatul tiba lalu mengambil semua beg Naura. Dia sempat memberi kata-kata semangat untuk Hanneef agar cepat sembuh.
Di muka pintu Naura berhenti lalu berpaling semula ke belakang memandang Hanneef.
"Nanti Naura tunggu abang dah besar kita kahwin ye." tutur Naura.
Tak malu punya budak ajak anak teruna orang kahwin macam ajak beli gula-gula.
"Abang la tunggu Naura, abang memang dah besar." Muka bangga Hanneef tunjukkan sambil tangannya bersilang di dada.
Naura hanya tersenyum manis dan melambai tangannya kepada Hanneef sebelum berlari mengejar Puan Zatul.
Hanneef hanya membalas lambaian tangan Naura sehingga hilang tubuh kecil tu daripada pandangan matanya. Dia menganggap itu hanya la sekadar gurauan. Dia tahu dia taakan sempat melihat Naura besar menjadi seorang wanita cantik.
Naura juga sudah berjanji akan selalu melawat Hanneef jikalau dia ada masa terluang.
YOU ARE READING
DINDA HAZREEN
Romansa"Nanti Naura tunggu abang dah besar kita kahwin ye."- Dhian Naura "Abang la tunggu Naura, abang memang dah besar." - Hanneef Lutfan Perit yang ditanggung apabila janji yang dipegang selama ini dihancur dengan satu penipuan. Tetapi muncul kembali den...