Bab 29

3.6K 144 4
                                    

"Macam ni ke Mama potong kentang?" Ditunjukkan seketul kentang yang sudah di potong ke arah telefonnya yang masih membuat panggilan video dengan Puan Hizarah.

"Ya allah...Hazreen Luqman...KAU INGAT CHICKEN CHOP, YANG KAU PERGI POTONG PANJANG DAH MACAM FRENCH FRIES TU DAH KENAPA..." Diketuk-ketuk kepalanya dengan tangan yang sudah dibentukkan penumbuk. Boleh sakit jantung mengajar anaknya ni masak. Tadi Hazreen mencuci ayam dengan sabun sekarang potong kentang dah macam french fries.

Mana silapnya waktu melahirkan Hazreen dulu rasanya kepala Hazreen dulu tak terhantuk dekat mana-mana. Dah semakin tua semakin bebal.

"Ouh salah eh?. Sorry..." Digarunya kepala yang tak gatal. Kentang yang dia selalu lihat panjang-panjang.

Dengan kesabaran yang menggunung tinggi Puan Hizarah masih mengajar anaknya masak sup ayam untuk isteri tercinta. Puan Hizarah berdoa agar Dhian terus banyakkan bersabar dengan perangai aneh Hazreen.

Ditaburnya daun sup di atas sup ayam yang sudah siap di dalam mangkuk. Masa untuk hidang!.

Dhian yang sudah bangun terbau masakkan yang menyelerakkan dari dapur. Hazreen menuju ke arah Dhian lalu memegang bahu gadis itu dan membawanya ke tempat duduk di meja makan.

"Taaddaa!!" Hazreen menunjukkan hasil masakkannya kepada Dhian. Dhian mampu tersenyum melihat pakaian Hazreen sekarang ini. Hazreen lagi menarik perhatian dia daripada sup ayam yang ditunjuknya.

"Saya tahu saya hensem tak payah pandang saya macam tu." Dia usap bahagian lehernya. Isteri ini suka sangat pandang dia, cungkil biji mata tu baru tahu.

"Comel awak pakai tu." Jari telunjuknya menghala ke arah apron yang masih tersarung di tubuh suaminya. Apron itu melekap sepenuhnya di tubuh sasa lelaki itu.

"Hehehe. Eh awak tunggu apa lagi makan la penat saya masak. Meh sini saya cedokkan." Dia ambiknya sudu lalu dicedokkan kuah sup itu ke dalam pinggan yang sudah diisi nasi.

Lama Dhian perhatikan bentuk kentang yang dimasukkan di dalam sup ini. Kentang apa yang dimasukkan dalam ni, panjang semuanya. Matanya menghala ke Hazreen yang sibuk membuka apron.

Hazreen faham dengan pandangan Dhian yang sudah berkerut apabila kentang yang dipotong pelik semacam. Hazreen hanya tersengih sahaja.

"That's what we call creative and innovative." Dia pun hampir tergelak melihat kebodohan sendiri. Tapi nak buat macam mana dah makanan taakan nak buang masukkan sahaja dalam sup. Penat dia kena marah dengan mama, ada je benda yang dibuat salah.

"Sedap!" ujar Dhian mukanya terus berubah ceria bila dia rasakan masakkan suaminya. Tak ada teruk sangat walaupun rupanya teruk.

"Kalau sedap habiskan." Dhian terus menyua sudu yang dipenuhi nasi ke arah Hazreen. Tapi Hazreen menolak baik, tengok Dhian makan pun dah kenyang.

Jikalau ada nasi di tepi bibir Dhian dibersihkan gunakan tangannya. Tersenyum lebar melihat kecomelan isterinya makan dengan berselera.

———————————————————————

Sepang International Circuit.

"Ni ke tempat kerja awak?." Dahi Dhian sudah dikerutkan. Awal pagi lagi dia sudah dikejutkan Hazreen untuk ikut dia pergi ke tempat kerja. Tanpa memandang ke arah Dhian, jejaka itu mengangguk perlahan.

Dhian perasan ada beberapa orang jejaka yang dia kenali turut ada di situ. Dia berlari anak ke arah mereka. Teruja sekali melihat kawan-kawan Hazreen ada sekali. Tiada la dia keseorangan kalau Hazreen sibuk buat kerja.

"Abang Wadi, Yan dengan Fattah pun ada dekat sini?!." Teruja Dhian apabila dia dapat tahu mereka ada di sini.

"Haah, tengok Man dengan Khai" Ujar Wadi.

DINDA HAZREENWhere stories live. Discover now