"Hazreen!."
Terhenti langkah Hazreen apabila namanya dipanggil oleh gadis itu. Muka sejuk beku ditayangnya.Gadis itu mula melangkah menghampiri Hazreen. Naura yang dibelakang memandang pelik ke arah wanita bertudung labuh itu. Siapa dia girlfriend Hazreen ke? Tunang? Atau Ex?.
"Hazreen! awak dekat sini rupanya, tadi saya cari awak dekat rumah Opah Som tapi Opah Som cakap awak dah keluar." Memang gadis ini ada pergi ke rumah Opah Som untuk menghantar baju umminya. Alang-alang boleh jumpa Hazreen tapi malangnya jejaka itu tiada dirumah.
"Asal kau cari aku?" senada sahaja bunyinya. Naura yang tadi terdengar perbualan mereka terus berlalu pergi menyambung balik tugasnya.
"Saje, lama kita tak jumpa." Tertunduk malu gadis itu. Walaupun pandangan Hazreen kepadanya dingin tapi dia suka.
"Seroja!."
Gadis itu terus berpaling ke arah Wadi yang sedang elok memegang secawan kopi. Tersenyum manis Wadi kepadanya. Wadi berlari anak untuk menghampiri mereka berdua.
Hazreen yang dari tadi buat muka terus lega apabila Wadi datang ke arah mereka. Lama betul Wadi ni ambik air. Dia ambik air kopi ni dekat gunung ke?.
"Seroja buat apa datang sini?." Wadi tak lekang dari senyum melihat gadis yang disukai di depan mata.
"Jumpa Hazreen sekejap" jawab gadis yang bernama Seroja itu.
"Hazreen je, saya awak taknak jumpa" usik Wadi. Beruntungnya dia pagi ni dapat lihat bidadari depan mata. Tak sia-sia subuh tadi dia berdoa untuk tuhan cepat pertemukan dia dengan jodohnya.
Hazreen yang menjadi pemerhati dari tadi terus mencapai secawan kopi yang dipegang Wadi. Lebih baik dia ambik sebelum terjatuh. Wadi ni kalau dah sampai perangai ulat bulu dia semua benda tak jalan. Tengok la tu dari tadi tersengih melihat Seroja. Tak dipandang sikit pun dia di tengah.
Hazreen terus menghirup air kopi sambil berjalan menuju ke kerusi kayu yang dia duduk sebentar tadi. Dia melihat Naura yang sudah berlalu masuk ke dalam rumah.
Dia memandang sepi sahaja Wadi dan Seroja. Dia akui dia pernah sukakan Seroja ketika mereka di zaman remaja. Tetapi Seroja menolak luahan cinta Hazreen. Gadis itu berkata yang Hazreen tiada masa depan kalau setiap hari bermain motor sahaja.
Jadi dia bertekad untuk lupakan Seroja. Tetapi kini Seroja pula yang datang mencarinya. Ditambah pula Wadi yang sudah terjatuh hati dengan Seroja. Taakan dia nak terima Seroja dan mengkhianati kawannya itu.
"Seroja balik dulu." Seroja meminta diri untuk pulang ke rumah selepas habis berborak dengan Wadi. Bukan borak apa, borak kosong sahaja.
"Hati-hati Seroja" lemah lembut suara Wadi berpesan. Matanya tak habis lagi memerhati permergian Seroja. Dia mengambil tempat duduk disebelah Hazreen. Senyumannya tak lekang lagi dibibirnya.
"Cantikkan Seroja tu Man?." Dia memandang Hazreen yang sibuk meminum air kopi.
"Hmm."
"Tapi tu la dia sukakan kau." Tertunduk wajahnya mengingatkan kembali kenyataan tersebut. Cintanya tak pernah disambut oleh Seroja.
"Kau nak kau ambik la aku taknak."
"Kau ingat dia barang ke nak ambik macam tu je!." Kalau boleh dia ambik macam barang dari dulu lagi dia dah ambik si Seroja itu. Masalahnya kena kahwin dulu baru boleh ambik. Macam mana nak kahwin kalau hati Seroja tak terbuka untuk dia.
"Kalau macam tu jangan bermimpi disiang hari!. Dah sudah terang lagi bersuluh yang Seroja itu takde hati dengan kau. Kau je beria." marah Hazreen. Bagi dia Seroja tak sesuai dengan Wadi atau lagi tepat Wadi yang tak sesuai dengan Seroja.
YOU ARE READING
DINDA HAZREEN
Romance"Nanti Naura tunggu abang dah besar kita kahwin ye."- Dhian Naura "Abang la tunggu Naura, abang memang dah besar." - Hanneef Lutfan Perit yang ditanggung apabila janji yang dipegang selama ini dihancur dengan satu penipuan. Tetapi muncul kembali den...