Bab 25

4K 171 4
                                    

"Ok camera ready!. One, two, three."

Klik!.

"Ok cantik. Giliran kawan-kawan pengantin!" ujar cameraman yang diupah oleh Hazreen.

Empat jejaka itu mula mengambil tempat berdiri si sebelah pengantin. Mereka semua segak memakai baju melayu. Jejaka terhangat dipasaran la katakan.

"Abang yang baju hitam mata sepet tu!" panggil cameraman sambil matanya memandang ke arah Fattah. Fattah yang terpinga-pinga menunjukkan jari telunjuk ke arahnya. Betul ke lelaki ini memanggil dia.

"Hah abang, abang berminat tak nak jadi model baju melayu?. Ada satu client saya, dia nak promote baju tapi takde model. Saya tengok muka abang sesuai jadi model." Jelas cameraman.

"I told you..." bisik Dhian ditelinga Hazreen. Dia pernah cakap sebelum ini muka Fattah boleh jadi model. Hazreen menayangkan muka menyampah, Dhian selalu lebihkan Fattah.

"Eh aku bayar kau tangkap gambar aku bukannya kau recommend kerja dekat Fattah ni" ujar Hazreen. Bersabar sahaja dengan cameraman ini. Dia mula ingatkan nak marah tapi difikirkan balik ini majlis perkahwinan dia. Jangan rosakkan mood dia di hari yang bermakna ini.

"Bang saya buat kerja bang. Client mintak tolong carikan model, tu yang saya tanya abang tadi" jawab cameraman. Dia nampak muka Fattah persis model itu yang ditanya. Senang sikit buat kerja tak perlu dia mencari lagi.

"Lelaki yang kau tunjuk tu bisu." Khai bersuara dia dah kepanasan pakai baju melayu dari pagi tadi dengan cuaca panas terik, matanya juga dikecilkan. Songkok yang terletak elok di atas kepala dicapai lalu dikibas-kibaskan ke arah mukanya.

"Ala bang dalam gambar tak ada keluar suara. Hah abang berminat tak?." Ditanya semula Fattah yang tersenyum malu.

"Ada juga yang aku pecahkan kau punya kamera ni jugak karang!!." Kesabaran Hazreen sudah menipis. Ditegaskan suaranya sebelum tangan Dhian mengusap dadanya suruh bertenang.

"Opah Som meh la tangkap gambar sekali!." Laung Yan kepada Opah Som yang duduk di atas kerusi kayu dibawah pokok mempelam. Duduk sorang-sorang kena culik baru tahu.

"Taknak la aku, panas terik nak tangkap gambar. Malas." Opah Som yang kepanasan juga turut mengibaskan tudung labuhnya.

"Kau pergi ambik Opah Som tu Yan ngada ngada pulak taknak tangkap gambar." Khai meminta Yan membawa wanita itu kemari.

"Cantekk, meh sini jangan la malu-malu. Cantik dia harini berbaju kurung bertudung labuh taknak tangkap gambar pulak. Ding,Ding,Ding,Ding Cak!." Mara kaki Yan ke arah Opah Som. Tangan wanita tua itu dicapai Yan. Yan memapah Opah Som berjalan ke arah mereka yang sudah sedia untuk mengambil gambar.

"Sudah diinai-inaikan, sudah diandam-andamkan..." nyanyi Yan sambil memegang kemas jari Opah Som. Wanita tua itu tertawa dengan gelagat Yan sorang ni. Semua kawan Hazreen sudah dianggap macam cucu sendiri.

"Tanda pengantin berseri-seri muka. Kini si dara jelita duduk beradat menanti..." sambung Yan lagi.

"Sudah la tu Yan aku hempuk kamu nanti!." Malu Opah Som diusik Yan. Tangan tuanya sudah berura-ura mahu menepuk bahagian belakang Yan tetapi Yan sempat mengelak. Diletakkan Opah Som berdiri disebelah Fattah dia pula berdiri disebelah Opah Som.

"Seroja,sini tangkap gambar sekali!" jerit Wadi melambai tangannya melihat Seroja yang baru datang. Seroja yang perasan terus meluru ke arah mereka. Perempuan kalau bergambar memang laju. Seroja mengambil tempat disebelah Wadi.

"Ok semua sedia?. Abang mata sepet tu dekat sikit dengan pengantin perempuan" arah cameraman. Bengang Hazreen suka hati je nak suruh Fattah dekat dengan isteri dia.

"Ah takde opah sini!!." Ditolaknya Fattah ketepi lalu dibawanya Opah Som berdiri disebelah Dhian. Yan yang berdiri dia suruh duduk bercangkung di bawah bersama Khai.

"Aku nak berdiri dekat sebelah Opah Som" memuncung bibir Yan dipaksa kena duduk bawah.

"TAKDE KAU DUDUK BAWAH, BIAR OPAH DIRI SEBELAH DHIAN!" Tempik Hazreen. Mukanya dah merah kepanasan. Cameraman yang diupah sengaja menambahkan lagi api kemarahannya. Dhian ditepi hanya pasrah dengan perangai suaminya. Cemburu sangat Hazreen dengan Fattah.

"ASAL LAK?, KAU JEALOUS DENGAN FATTAH AKU PULAK YANG KENA!!." Balas Yan balik. Dia baru nak berdiri sebelah Opah Som dah kena halau duduk dengan mamat Funimate ni.

"HAAH AKU JEALOUS DENGAN FATTAH, KAU PENDEK KAU DENGAR JE ARAHAN AKU!!."

"BELE DENGAN MAMAT BISU PUN NAK JEALOUS. KAU INGAT FATTAH NAK KE SI DHIAN TU DIA PUN TAHU LA DHIAN KAU PUNYA!!."

"EH AKU KARANG BUDAK PENDEK NI!!..."

"EH SUDAH LA KETIAK AKU DAH BERLECAK KORANG STILL NAK GADUH KE?" jerkah Khai. Dia yang dari tadi penat bercangkung tambah pula dengar kawannya bergaduh.

Fattah yang dari tadi diamkan diri hanya patuh sahaja suruhan Hazreen. Dia mula berdiri di sebelah Opah Som. Hazreen dengan Yan sudah diam selepas kena marah dengan Khai. Wadi hanya menggelengkan kepalanya lalu tersenyum manis ke arah Seroja.

"Biasa la kid-kid" ujar Wadi kepada Seroja. Seroja hanya tergelak kecil sahaja dia sudah biasa dengan perangai mereka berlima sejak dari bangku sekolah lagi. Sama masih tak ubah seperti budak-budak.

"Ok semua sedia? One, two, three."

Bermacam gaya mereka lakukan walaupun di bawah cahaya matahari. Gambar itu kelihatan sempurna dengan senyuman yang bahagia terukir dibibir masing-masing.

———————————————————————

Dhian sudah memboloskan diri untuk masuk ke dalam bilik. Membersihkan diri adalah salah satu perkara yang bagus untuk dilakukan sekarang. Dia mahu membuka semua benda yang melekap ditubuhnya sekarang ini secepat mungkin badannya sudah berpeluh tetapi apabila dia lihat ada satu susuk tubug yang dikenali sudah terbaring mengiring menghadapnya di depan pintu. Kepala jejaka itu ditongkatkan dengan tangan kiri.

"Awak dah mandi?" soal Dhian kepada Hazreen yang dari tadi perhatikan dia. Segan dia dengan pandangan mata hitam pekat Hazreen.

"Belum" jawab Hazreen senada.

"Ouh ye ke?. Saya nak mandi ni." Kalau ye pun keluar la dulu, macam mana dia nak tukar baju kalau Hazreen tak habis memandang ke arahnya.

"Jadi?."

"Macam mana saya nak tukar baju kalau awak ada dalam bilik." Pin yang berada di atas tudungnya dicabut satu persatu. Banyak betul peniti.

"Oh saya ingat awak perlukan bantuan nak buka baju tu. But it's okay." Hazreen turun dari katil lalu membawa kakinya menuju ke arah Dhian yang sibuk mencari peniti di atas kepala.

Dhian yang perasan Hazreen sudah berdiri dibelakang dia, terus memusingkan badan menghadap jejaka itu. Jarak antara mereka berdua sangat dekat. Mata Hazreen yang redup itu memandang ke arah mata bundar Dhian.

"Can i have hug?" tanya Hazreen separa berbisik. Mata Hazreen kelihatan penat dari beberapa minggu yang lalu. Manakan tidak, dia yang menyediakan semua persediaan perkahwinan mereka. Dhian hanya jawab setuju atau tak sahaja dengan cadangan dia.

Tambahan pula tadi dia kena layan tetamu dan pergaduhan kecil antara dia dengan Yan. Tenaganya sudah berkurangan. Jadi dia minta pelukan hangat sahaja daripada Dhian buat masa sekarang.

Dhian tersenyum lalu memeluk tubuh sasa Hazreen dengan kemas. Mereka berdua berpelukan lama sampai Hazreen sendiri meleraikannya. Tangan kekarnya masih terletak kemas dipinggang ramping Dhian.

"Dah pergi mandi saya tak ganggu awak."
Dia usapnya kepala Dhian yang masih ditutup dengan tudung. Hazreen memulas tombol pintu lalu beredar meninggalkan Dhian keseorangan di dalam bilik.

DINDA HAZREENWhere stories live. Discover now