Bab 19

3.6K 167 2
                                    

"Nah ni bajunya, nanti kirim salam dekat Cik N ye Dhian" pesan Opah Som. Dia memberi beg kertas yang berisi baju kurung yang sudah dijahitnya.

"Hah ye la, ni Dhian nak bagitahu yang hari ni Dhian nak balik KL" ujar Dhian. Dia sudah lama duduk di kampung tiba masanya dia harus pulang. Bising pulak ibunya nanti.

"Oh ye ke? Hah ye la hati-hati drive tu" pesan Opah Som. Dia sudah menganggap Dhian seperti cucunya. Manis sahaja senyuman Dhian ditujukan kepada wanita tua itu.

Matanya mula melihat sebuah pasu bunga ros yang cantik di sebelah tangga. Opah Som yang perasan pandangan Dhian ke arah pasu bunga ros Luqman.

"Man yang jaga bunga tu. Setiap hari dia siram, itu yang tumbuh cantik. Tapi tak tahu la mana dia ambik." Sampai sekarang lagi dia pelik pokok bunga siapa yang diambil Luqman.

Sepatutnya, Opah Som jagakan. Tapi puas Hazreen pujuk tetap tak berjaya. Last kali dia la yang kena jaga bunga itu. Bunga itu je la dia siram bunga lain tak rajin dia nak siram.

"Oh mana Hazreen opah?" soal Naura. Tak nampak pulak kelibat mamat itu tadi.

"Entah la pergi merempit agaknya dengan Khai." Yang rajin nak layan rempit Hazreen Khai sorang je la. Mungkin disebabkan pekerjaan mereka sama agaknya.

Terletus tawa Dhian dengar jawapan Opah Som. Ada-ada je perangai Hazreen.

"Dhian balik dulu hari dah nak mendung ni. Assalamualaikum" ucapnya sebelum dia berlari balik ke rumah Mak Long. Takut tak sempat sampai rumah dah lebat.

———————————————————

"Hati-hati Dhian kalau lebat sangat nanti berhenti la dulu sekejap dekat RnR nanti." pesan Wadi kepada Naura. Tangan kanannya mengusap kepala Naura yang berlapikkan tudung.

"Ye abang, Dhian tahu. Pergi dulu Mak Long." Tangannya dihulurkan untuk bersalaman dengan Puan Neeta. Puan Neeta menyambut huluran tangan Naura.

"Bye semua !" kuat suara Naura mengucap selamat tinggal kepada dua beranak itu. Dia memboloskan diri ke dalam keretanya. Kereta itu dihidupkan dan berlalu meninggalkan perkarangan rumah Mak Long. Sempat lagi dilambaikan tangan di dalam kereta.

"Yeayy!, boleh tidur dalam bilik balik!...Woohuu!! teriak Wadi. Terloncat sikit gembira tatkala dia boleh tidur di dalam biliknya semula. No more sakit belakang.

"Banyak la kau, pergi ambik baju dekat ampaian sana. Hari dah nak hujan terloncat sana sini " arah Puan Neeta.

Hujan sudah turun lebat membasahi bumi.  Naura yang dari tadi hanya memandu perlahan sahaja. Tak berani dia nak tekan minyak banyak dalam situasi sekarang ini.

Dia melihat signboard yang tanda dia sudah boleh masuk ke jalan besar. Lagi beberapa meter sahaja keretanya keluar dari kampung itu tiba-tiba...

Skrreekk...

Laju kakinya menekan pedal brek itu. Boleh sakit jantung Naura dibuatnya. Dia melihat motor kapcai biru berhenti betul di depan keretanya. Sudah agak siapa lagi pakai motor kapcai dalam kampung ini selain mamat ni.

Jejaka itu meluru ke arah bahagian pemandu diketuk kuat tingkap cermin kereta Naura. Naura yang cemas itu terus keluar dari kereta. Tengah hujan lebat ni.

"Awak dah kenapa mereng ke? Kalau saya tak tekan brek tadi boleh mati tercampak awak tahu tak!" marah Naura. Baju blouse hitam yang dipakainya sudah basah lenjun.

"Aku lagi sanggup mati kena langgar daripada mati tak mintak maaf dekat kau." Bergegas dia memecut motornya apabila Opah Som berkata yang Dhian mahu pulang ke bandar. Beberapa lampu isyarat dia langgar. Nasib tak mati je tadi.

"Aku mintak maaf Dhian."

"Kenapa awak nak minta maaf?."

"Sebab aku cakap kau gatal" dikuis-kuis kakinya. Hazreen sedar salah dia lepas cakap macam tu dekat Dhian. Waktu itu dia tengah marah.

"Saya tak ambik hati la. Memang betul apa yang awak cakap tu" matanya dikedipkan banyak kali. Banyak pulak air hujan yang jatuh di atas matanya.

"Kau dah nak balik ke?" soal Hazreen. Baju yang basah itu langsung dia tak peduli. Matanya tertumpu sepenuhnya untuk Dhian saat ini.

Naura hanya mengangguk kepalanya. Lama lagi ke Hazreen ni nak berbual. Badannya dah mula menggigil kesejukkan. Dalam kereta nanti memang tak dia nak bukak aircond.

"Kau rasa kita boleh jumpa lagi ke?." Kalau boleh dia nak Dhian duduk di sini. Tapi siapa dia nak menghalang Dhian pergi.

"Insyaallah, nanti saya kahwin saya jemput awak. Saya balik dulu" Pantas dia melabuhkan punggungnya di tempat pemandu sebelum pintu kereta ditutup rapat. Habis basah tempat duduknya.

Naura menghidupkan enjin dan terus memandu meninggalkan Hazreen dengan motor kapcai biru.

"Hati-hati cik adik." Kenapa berat sekali dia hendak melepaskan Dhian pergi. Mungkin dia sudah jatuh cinta dengan Dhian. Tapi dia perlu ingat yang hati Dhian sudah dimiliki, dia tak boleh ubah kenyataan itu.

DINDA HAZREENWhere stories live. Discover now