"Cukup Fattah?" tanya Hazreen sambil dia menuangkan esen vanilla ke dalam bekas kaca. Fattah menganggukkan kepalanya. Mereka semua berada di rumah Wadi memandangkan Cik N beritahu dia akan balik selepas maghrib.
Masing-masing memakai apron. Wadi sibuk membaca buku resepi Fattah, Khai dan Yan pula sibuk menyapukan mentega di dulang besi segi empat tepat. Hazreen pula bersungguh menggaulkan bahan yang dicampur tadi dengan bantuan Fattah di sisi.
"Asal kau tak beli je Man?" soal Yan. Rajin pulak kawannya nak buat biskut bagai.
"Dhian nak biskut Fattah" jawab Hazreen senada. Tangannya lenguh menggaul sampai sebati. Fattah mahu menolong tapi dihalang Hazreen. Orang nak tolong berlagak.
"Kenapa tak suruh Fattah je yang buatkan?" tanya Yan. Benda senang nak jugak susahkan diri.
"Taknak!, nanti kalau dia masuk ubat guna-guna dalam biskut ni pastu bagi dekat Dhian. Macam mana?!." Fattah pasrah dengan tuduhan Hazreen. Ada pulak masa dia nak cekau ubat guna-guna.
"Kalau macam tu kau dengan Fattah je la yang buat, tak payah nak ajak kitaorang sekali" sambung Khai.
"BANYAK BISING AAHH!...KORANG BUAT JE LA KERJA TU!!" tempik Hazreen. Dia dah penat boleh pulak kawannya banyak tanya.
"WADI KAU BAGI TEPUNG TU, DARI TADI BELEK BUKU FATTAH BUKAN MEMBANTU PUN!" geram Hazreen melihat Wadi sorang je yang diam membaca buku resepi. Tak buat apa-apa.
"Marah je kerja, nah ambik ni." Wadi mengambil sikit tepung itu lalu membalingnya ke arah Hazreen, lebih tepat di muka Hazreen.
"AHAHAHAHAA...MUKA MACAM OPERA CINA. HAHAHAHAHA" sakan Yan gelakkan Hazreen sampai dia memegang perutnya.
"EH ASWADI KAU MEMANG MEMINTA KAN?. BAK SINI TEPUNG TU!!" Wadi mencampak tepung tu ke arah Khai, nasib baik sempat lelaki itu menyambut.
Hazreen mengambil tepung ditangan Khai lalu mengejar Wadi yang cuba mengelak darinya. Bermula sudah perang tepung antara Wadi dan Hazreen sehingga Khai dan Yan terkena sama.
"Weh baju aku!.." marah Yan apabila tepung yang dibaling Hazreen terkena bajunya. Dia rampas tepung ditangan Hazreen. Tepung itu diambil sikit lalu dia menepuk punggung Khai.
"ENGKAU APAHAL?!!" mengamuk Khai bila lihat belakang seluarnya ada kesan tapak tangan Yan. Dia tolaknya dada Yan kasar, sampai terundur lelaki itu kebelakang.
Wadi yang melihat pergaduhan Khai dengan Yan, pantas mencapai tepung dari tangan Yan. Perang dia dengan Hazreen tak habis lagi. Kini dia pula yang mengejar Hazreen.
Fattah termenung jauh mengenangkan nasibnya, kenapa dia ikut Yan dulu kalau tahu macam ini perangai mereka semua. Dah macam budak kecik, main kejar-kejar.
Dia lihat lantai dapur kotor dengan serbuk tepung yang terjatuh, tambah pula tapak kaki kejar-berkejaran. Suasana dalam rumah Wadi riuh rendah, dengan pergaduhan antara Khai dan Yan serta kata-kata kesat yang keluar dari mulut Hazreen dan Wadi.
Terdiam semua tatkala pisau yang entah datang dari mana sudah terpacak di pintu belakang. Terpusing semua kepala menghadap Fattah yang tajam menikam setiap seorang.
"Pintu aku Fattah!" marah Wadi.
'Bila biskut nak siap kalau asyik bergaduh je. Kata nak buat sama-sama suprisekan Dhian.' Diam semua melihat Fattah.
"Eh Yan, translate!" laung Hazreen. Dia tahu Fattah marah tapi tak tahu apa yang dicakap.
"Dia marah" jawab Yan
"EH BINGAI!, ITU AKU PUN TAHU!!" bukan dia buta tak nampak riak wajah Fattah.
"ITU LA LAIN KALI BELAJAR!!, KERJA TAK JALAN KALAU KITA ASYIK BERGADUH JE, DIA KATA." Yan sahaja yang faham semua bahasa isyarat Fattah. Khai, Wadi, dan Hazreen hanya faham sikit-sikit sahaja.
YOU ARE READING
DINDA HAZREEN
Romance"Nanti Naura tunggu abang dah besar kita kahwin ye."- Dhian Naura "Abang la tunggu Naura, abang memang dah besar." - Hanneef Lutfan Perit yang ditanggung apabila janji yang dipegang selama ini dihancur dengan satu penipuan. Tetapi muncul kembali den...