Bab 57

2.5K 131 8
                                    

KEPAK KEPAK, KEBOM KEBOM..

Hari yang dinanti-nanti sudah pun tiba. Hari pasangan sejoli diijab kabulkan. Sama cantik sama padan, Seroja dan juga Fazril. Hanya sekali lafaz sahaja Seroja sudah sah menjadi isteri kepada Fazril. Majlis diadakan di dewan serbaguna di kampung mereka. Ramai tetamu yang hadir, memeriahkan lagi majlis.

Hazreen dan kawan-kawannya enak menjamu selera di meja yang disediakan tidak jauh dari meja pengantin. Cik N pula asyik bersembang dengan geng bawangnya. Kanak-kanak kecil pula gembira berlari-lari ke sana sini. Ada juga gadis-gadis minta untuk bergambar dengan Fattah. Maklumlah walaupun dia bisu mukanya masih lagi boleh dijual.

Mencebik Yan di meja, dia pun tunggu jugak sesiapa yang mahu ambil gambar dengan dia. Khai pula santai melihat tetamu yang hadir, mana tahu kalau diantara mereka adalah jodohnya nanti. Lain pula dengan Hazreen hanya merenung saje isterinya tengah makan cendol yang dihidangkan orang katering.

"Menyampah doh asyik Fattah je orang nak tangkap gambar. Takde ke siapa nak tangkap gambar dengan aku?. Aku pun hensem gak." Sejak mereka masuk tadi tak habis-habis anak dara mahu bersua foto dengan Fattah. Nasi lelaki itu pun tak habis lagi dia jamah, datang lagi orang nak bergambar. Lagi yang buat dia marah, bila orang tegur dia suruh tolong ambikkan gambar mereka dengan Fattah.

Ini semua anak murid Fazril yang ramai sangat ni. Gedik pantang nampak yang hensem semua menggeletis. Kalau lah dia cerita yang mamat ni bisu lepastu kerja dekat kandang kambing confirm sorang pun tak nak dekat Fattah ni.

"Muka budak-budak sape je nak" perli Khai. Tak sedar diri betul, kalau si Haiyan ni tak duduk sekali dengan dorang confirm orang boleh fikir dia masih student. Muka babyface sangat.

"Man kau pandang sini!!, kau tengok muka aku betul-betul, hensem ke tak?!!." Sakit tengkuk Hazreen apabila kepalanya dipusing Yan, suruh tengok muka dia dekat-dekat. Dah lah kasar Yan ni pusing.

"BERAMBUS LAH!!." Hazreen menolak muka Yan ke tepi. Ditonyohnya muka Yan supaya jauh dari dia. Elok dia tengok isterinya makan tadi sampai pulak mamat pendek ni semak kacau dia. Dhian masih tenang makan cendol di tepi Hazreen. Fattah pula habis bergambar, dia menuju ke tempatnya semula.

"Lama kot aku bersiap tadi" omel Yan. Awal subuh dia dah mandi tapi dia terfikir gaya rambut apa yang dia harus buat. Samping pun dia pilih yang mana kena dengan warna bajunya. Macam dia pula yang nak berkahwin. Khai mampu menggelengkan kepala, tak tahu lagi dia nak cakap apa.

Selesai semua menjamu selera, mereka berlima pula menuju ke pelamin. Ramai mata-mata gadis memandang mereka. Lebih tepat pandang Fattah. Hazreen memapah Dhian untuk naik ke atas pelamin. Mengada-ngada nak jugak ikut, dia dah cakap biar dia dengan kawan-kawan saje yang wakilkan. Khai, Yan, dan Fattah ikut mereka berdua di belakang. Dah Macam bodyguard.

Sampai di atas pelamin Dhian meluru laju ke arah Seroja, dipeluknya perempuan itu. Seroja saje kawan perempuan yang dia kenal di kampung ini. Hazreen yang lain semua bersalam dengan pengantin lelaki.

"Wadi mana?" tanya Seroja kepada Dhian. Dari tadi lagi dia mencari kelibat Wadi, tapi tak nampak. Cik N ada tapi bayang Wadi tak ada. Dhian dah dapat agak soalan yang akan ditanya oleh Seroja. Dia tersenyum nipis, sebelum dia mengambil tempat berdiri di sebelah pengantin perempuan. Hazreen juga berdiri di sebelah Dhian.

Mereka semua sudah sedia untuk mengambil gambar. Seroja pura-pura senyum ikhlas untuk bergambar, sedangkan dalam hati sudah kecewa sebab Wadi tidak hadir ke majlis perkahwinannya. Marah lagi ke Wadi dengan dia.

Dalam kita bergembira pasti ada yang terluka....

Wadi duduk di tangga rumah Opah Som, dia tak rasa dia mahu duduk di rumah. Lagi pula maknya pergi ke majlis kahwin mesti lambat pulang. Kalau berjumpa dengan kawan-kawan mana nak ingat anak.

DINDA HAZREENWhere stories live. Discover now