Dhian tidak habis mengukir senyuman manis ke arah Hazreen yang masih fokus dengan pemanduan. Akalnya mula berfikir untuk mengusik Hazreen. Jari runcingnya bermain di belakang tapak tangan Hazreen yang sedang memegang gear kereta. Hazreen merasakan jari Dhian bermain di atas tangannya terus menangkap jari itu dalam genggaman.
"Stop it Dhian, i'm driving" sekilas dia memandang Dhian yang tak lekang dengan senyuman nakal. Saje la tu nak mengusik dia, dilepaskannya jari itu semula. Dhian masih lagi mahu kenakan Hazreen jadi dia buatnya sekali lagi.
Jarinya mengikut urat-urat yang timbul di tangan Hazreen dari mulanya ditangan lalu membawa ke pergelangan tangan dan seterusnya ke lengan suaminya.
Hazreen menahan diri, air liur ditelan perlahan. Dhian melihat suaminya sedaya upaya menahan diri, senyum bangga dia apabila dapat mengusik Hazreen. Lelaki itu hanya menjeling ke arahnya sebelum mata hitam pekat itu berpaling semula melihat jalan.
Dhian mula naikkan tangannya ke biceps lelaki itu lalu membawa ke leher. Diusap perlahan belakang batang leher Hazreen. Hazreen sudah tak tahan terus dia memberhentikan keretanya. Tangan Dhian yang dibelakang lehernya dia tolak ke tepi.
"Now tell me what you want Dhian Naura?." Lengannya sudah diletakkan dibelakang tempat duduk Dhian. Separuh badannya sudah dipusingkan menghadap isterinya. Dhian hanya tersenyum sebelum bersuara.
"You." Jawab Dhian menggoda suka dia melihat telinga Hazreen sudah berubah warna. Dia akui dia semakin manja dengan Hazreen selepas kahwin mungkin muka Hazreen seakan orang yang dikasihi dulu.
"Naughty girl." Hazreen berdecit perlahan badannya dipusingkan semula. Pedal minyak ditekan, terus mulakan pemanduan yang tergendala tadi disebabkan Dhian. Malas dia nak layan perangai isterinya.
"Dhian buat lagi sekali abang masukkan Dhian dalam bonet." Hazreen perasan yang Dhian ingin mengusiknya lagi sekali. Terus terdiam Dhian apabila mendengar ugutan dari Hazreen. Dia memusingkan badannya menghadap pemandangan diluar.
"Orang nak pegang tangan pun tak boleh. Sibuk pegang gear tu buat apa, tangan isteri kat sebelah tak nak pegang." Memuncung bibirnya perli Hazreen. Ternaik sikit hujung bibir Hazreen, dia mula mencapai tangan Dhian yang berada di atas peha lalu membawa ke bibirnya. Dicium sekilas tangan putih itu selepas itu digenggamnya kuat-kuat.
"Cakap la nak pegang tangan, hah ni tengok abang dah pegang siap cium lagi." Tertawa Hazreen melihat muka Dhian masih cemberut, isterinya masih tak pandang ke arahnya. Parah nak kena pujuk pulak dah.
"Dhian..." Tiada sahutan dari isterinya.
"Dhian Naura meh pandang abang sini."
"Jangan la macam ni abang mintak maaf ok. Abang tak tahu Dhian nak bermanja dengan abang. Abang tengah drive ni, meh pandang sini." Dagu Dhian dipusingkan perlahan-lahan dengan tangan kirinya. Matanya masih fokus dengan pemanduan. Ini kalau accident boleh mati dua-dua.
Dhian masih tak pandang ke arahnya. Hazreen punya satu idea yang bernas. Ingat Dhian je boleh usik dia, dia dari dulu handal bab mengusik ni.
Ditarik sedikit awning tudung Dhian ke hadapan. Dhian yang geram dengan Hazreen lagi bertambah geram dengan tindakan Hazreen sekarang ni. Dia tak tahu ke jangan sentuh awning perempuan.
"ARRRGGH...JANGAN LA SENTUH TUDUNG SAYA!!!" ditariknya rambut kemas Hazreen dengan kasar sehingga Hazreen menjerit kecil. Apabila mendengar jeritan dari Hazreen terus dia melepaskannya.
Lelaki itu mendengus kasar sambil tangannya menyebakkan rambut kebelakang. Dia perlu balas dendam tak perlu tunjuk lemah depan perempuan.
Kelihatan Dhian yang membetulkan tudung di depan cermin, jari Hazreen perlahan-lahan menarik kebelakang tudung Dhian sehingga terkeluar anak tudung. Terletus tawanya melihat Dhian sudah macam orang tak betul anak tudung kedepan.
YOU ARE READING
DINDA HAZREEN
Storie d'amore"Nanti Naura tunggu abang dah besar kita kahwin ye."- Dhian Naura "Abang la tunggu Naura, abang memang dah besar." - Hanneef Lutfan Perit yang ditanggung apabila janji yang dipegang selama ini dihancur dengan satu penipuan. Tetapi muncul kembali den...