"Yang mana satu susu budak ni?" Hazreen sudah menggaru kepala, dia buntu mahu pilih yang mana satu susu Ahnaf. Ahnaf yang berada di dalam dukungannya hanya melentokkan kepala di dada bidang Hazreen.
Hampir setengah jam Hazreen berdiri di bahagian susu bayi."Yang ni ke Ahnaf?" soal Hazreen dia menarik satu paket susu bayi lalu di tunjukkan ke Ahnaf. Budak kecil itu menggelengkan kepala bererti itu bukan susu dia.
"Memilih pulak ambik je la susu jugak" dengus Hazreen. Tak ada apa yang beza sama dipanggil susu bayi dan khas untuk bayi. Susu tadi di letakkan semula. Sejurus itu Ahnaf menghalakan jari telunjuknya ke arah satu tin besar susu bayi. Terbeliak biji mata Hazreen bila dapati harga satu tin susu itu hampir mencecah angka seratus.
"Bapak mahal!! susu baby je. Nasib baik kau anak orang, kalau kau anak aku dah lama aku bagi minum susu Anlene je tau." Tin besar itu diambil lalu dia bawa ke bidang dadanya. Sekarang kedua-dua tangannya sudah penuh dengan benda berat, sebelah kanan tin besar tadi manakala sebelah kiri Ahnaf yang berat gedempol.
Sampai sahaja rumah Hazreen meletakkan susu tadi di atas meja. Dhian terus berlalu mendapatkan mereka berdua, dia ambil Ahnaf dalam dukungan Hazreen.
"Letak tepi dulu, jom kita makan!" tangan comel Ahnaf diangkat tinggi, tersenyum riang Ahnaf apabila Dhian melayannya. Hazreen yang sedang mengumpul nafas dipandang sepi.
"Nyam,nyam sedap? nak lagi?." Mesra Dhian menyuap Ahnaf makan, langsung tidak dipandang Hazreen di sebelah. Mencebik Hazreen geram melihat Ahnaf gembira dapat perhatian Dhian. Nasi yang dihidangkan Dhian langsung dia tak sentuh. Dicuit sikit bahu Dhian, terpusing kepala Dhian memandang ke arahnya.
"Abang nak Dhian suap jugak" pinta Hazreen dengan bibirnya dimuncungkan. Dhian melihat nasi yang dihidang untuk Hazreen tak bergerak langsung. Dhian menggelengkan kepalanya mengada betul.
"Ngada-ngada la awak ni Hazreen makan nasi tu" dipalingkan semula menghadap Ahnaf. Terus Ahnaf membuka luas mulutnya apabila sudu yang diisi makanan itu disuap ke dalam mulut. Hazreen mendengus perlahan, tak kira dia nak juga perhatian Dhian.
"Ahh tak kira abang nak jugak!." Ahnaf di atas peha Dhian diangkat lalu diletakkannya di atas ribanya, berkerut dahi Dhian melihat Hazreen sekarang sudah duduk didepannya, muka lelaki itu merah menahan marah.
"Lepas Ahnaf abang pulak" geli hati Dhian melihat perangai cemburu Hazreen. Dengan budak kecik pun nak cemburu. Dia ikutkan juga permintaan Hazreen, lepas dia menyuap Ahnaf, Dhian terus menyuap Hazreen. Senyum Hazreen apabila dapat perhatian isterinya walaupun makan nasi dengan kuah tapi dia suka. Ahnaf mendongak melihat makanannya di kongsi dengan Hazreen.
———————————————————————
"Suka betul dia main blok" seronok dua pasangan itu melihat Ahnaf bermain blok di depan mata. Dhian melentokkan kepala di dada bidang Hazreen, tangan kekar Hazreen pula memeluk bahu Dhian.
"Biasa la budak-budak" balas Hazreen. Dhian mula bermain jari runcingnya di dada Hazreen.
Dhian mengangkat kepalanya terus memandang Hazreen."Abang nak tahu tak? dulu Dhian nak sangat mainan apatu namanya...lego ke? hah lego rasa kot yang susun-susun tu" Hazreen mengangguk kepala tekun mendengar cerita Dhian.
"Saya merengek dekat ibu nak lego tapi ibu cakap mahal, waktu tu ibu tak cukup duit. Lama lepastu saya dah tak mintak, kelakar betul bila ingat balik saya menangis beria-ia" tergelak Dhian dihujung ayat, zaman kanak-kanak yang penuh dengan kenangan manis.
"Awak nak ke?" soal Hazreen.
"Apa? lego? taknak saya dah besar mana main lego lagi." Mengarut suaminya takkan dah tua nak main lego lagi. Budak-budak sekarang pun main telefon tak ada masa dia orang nak susun mainan tu. Dhian mula terbau sesuatu yang busuk, dia mula menerpa ke arah Hazreen yang tenang duduk bersila.
YOU ARE READING
DINDA HAZREEN
Romantizm"Nanti Naura tunggu abang dah besar kita kahwin ye."- Dhian Naura "Abang la tunggu Naura, abang memang dah besar." - Hanneef Lutfan Perit yang ditanggung apabila janji yang dipegang selama ini dihancur dengan satu penipuan. Tetapi muncul kembali den...