Bab 42

2.6K 112 5
                                    

"Dekat sini sakit lagi?" tanya Hazreen, diurutnya belakang badan Dhian. Dhian menggelengkan kepalanya.

"Nak muntah?" bekas muntah sudah diambil Hazreen. Dhian kerap sangat muntah tetapi kakinya tak larat nak pergi ke bilik air, jadi Hazreen sudah siapkan bekas muntah untuk Dhian. Senang Dhian waktu malam tak usah pergi ke bilik air lagi.

"Taknak. Tapi abang Dhian teringin nak makan something la..." bekas muntah tadi diletakkan semula di atas meja, mata Hazreen kembali menatap wajah Dhian yang sedikit pucat. Getah rambut Dhian diambil lalu diikatnya rambut panjang itu jadikan kemas.

"Dhian nak makan apa?" tangannya masih lagi mengikat rambut Dhian.

"Dhian nak makan ikan keli masak berlado." Rasanya dia dah lama tak makan lauk itu, sebelum ini ibunya yang masakkan. Haih rindu pulak dekat ibu.

"Senang je...nanti abang buatkan" ujar Hazreen, teruja Dhian mendengar yang suaminya masakkan.

"Sungguh abang buat!" Hazreen mengangguk perlahan. Dhian terus memeluk Hazreen erat, terharu dia Hazreen sanggup masakkan lauk yang dia teringin.

"Tapi dengan satu syarat" berkerut dahi Dhian pelukan tadi dileraikan. Apa pula kali ni nak bersyarat bagai?.

"Syaratnya Dhian kena tidur rehat." Dia menolak tubuh Dhian supaya baring, dinaikkan sedikit duvet. Dhian yang akur tersenyum girang bila dapat tahu yang dia akan makan ikan keli berlado tak lama lagi. Kakinya digerakkan ke kiri ke kanan, teruja.

Hazreen mengusap rambut Dhian lalu dikucupnya dahi Dhian sebelum dia keluar dari bilik. Hazreen tak menutup habis pintu bilik, takut kalau apa-apa jadi dekat Dhian senang dia terus masuk. Lehernya dipanjangkan, bebola matanya mula mencari Puan Hizarah.

"Mama!" laung Hazreen kuat.

"Dekat sini!" Hazreen yang terdengar suara mamanya laju menuju ke dapur. Dia lihat mamanya tenang bermain telefon dengan tangan kiri membawa gelas kaca ke mulut. Santai sahaja Puan Hizarah yang duduk di meja makan.

"Di sini Puan Hizarah puas saya mencari." Hazreen berjalan seraya kakinya dikepitkan seperti perempuan gedik. Apabila sudah sampai di tepi mamanya dia pun berpusing seperti cerita kartun princess.

Berkerut dahi Puan Hizarah memandang anaknya yang tiba-tiba berpusing di tepinya. Hazreen mula melabuhkan duduk di depan mamanya sambil mukanya dipamerkan wajah comel.

"Nak apa?." Air di dalam gelas kaca tadi dihirupnya sekali lagi. Matanya tajam menikam muka Hazreen. Ini kalau buat muka comel mesti ada something.

"Puan Hizarah sihat?" soal Hazreen matanya dikedipkan beberapa kali. Kalau depannya sekarang ni Opah Som dah lama dia kena hempuk dengan penyapu.

"Cakap je la nak apa?" menyampah Puan Hizarah melihat Hazreen tiba-tiba baik bertanya khabar. Soalan yang ditanya pun tak bijak tak kuasa dia nak jawab.

"Macam ni la Puan Hizarah, menantu kesayangan Puan Hizarah teringin, ye dia teringin nak makan ikan keli masak berlado." Ujar Hazreen sambil tangannya bergerak seperti kaunseling yang memberi pendapat tambah pula wajahnya diseriuskan.

"Ok?..."

"Jadi saya nak mintak tolong Puan Hizarah untuk ajarkan saya masak lauk tersebut." Senyum lebar Hazreen hingga menampakkan gigi taringnya.

"Encik Hazreen mintak tolong macam saya tak pernah tolong encik selama ni. Seperti yang saya pernah cakap dekat Encik Hazreen Luqman, kita sekarang hidup zaman moden. Encik Hazreen cari sahaja resepi di Youtube." Dia layankan sahaja perangai Hazreen. Hazreen guna bahasa formal jadi dia balas juga dengan formal. Tak larat dia asyik mengajar Hazreen masak cukup sekali sahaja seumur hidup.

DINDA HAZREENWhere stories live. Discover now