Bab 10

4.5K 199 6
                                    

Hari yang mendung tiada hujan dan matahari. Seperti mengerti atas pemergian insan yang tersayang. Pemergian yang dicumburi ramai pemergian hari jumaat.

Semua orang sudah tiba di kawasan tanah perkuburan. Orang surau juga sudah mengusung jenazah Puan Fateh.
Kata ibunya Puan Fateh meninggal di dalam bilik selepas selesai menunaikan solat subuh siang tadi.

Datang pula dengan kehadiran jiran yang mahu memberi lauk lebihan yang dimasak ke rumah Puan Fateh tetapi dia dapati tiada siapa yang menyahut salamnya dari luar. Bila dilihat dari tingkap bilik Puan Fateh sudah terbaring lemah.

"Naura ibu keluar dulu ye, jangan lama sangat sedihnya itu. Anak ibu selalu kuat kan?." pujuk Puan Zatul. Tangan kanannya menggenggam jari runcing Naura seakan-akan memberi semangat kepada anaknya.

Puan Zatul terus keluar dari kereta menyambut huluran tangan Dahlia. Dia melihat menantunya Syarizzat sedang memeluk Nawara barangkali menenangkan isterinya. Sekilas juga dia melihat Naura yang masih di dalam kereta termenung sebelum dia berjalan menuju masuk ke kawasan tanah perkuburan.

Sesudah kornea matanya menghantar pemergian ibunya masuk ke kawasan tanah perkuburan. Air matanya jatuh jua. Dari tadi dia menahan air mata, cepat betul waktu berlalu. Dia seakan-akan tidak percaya secepat ini Mak Teh meninggalkannya.

Tapi dia harus kuat. Dia tak boleh lama di dalam kereta. Dia perlu keluar melihat kali terakhir jenazah Mak Teh sebelum dikebumikan.

Baru beberapa langkah dia keluar dia berasa sakit dibahagian tapak kakinya.
Apabila dilihat rupanya dia tertinggal seliparnya di dalam kereta. Dah selalu sangat drive berkaki ayam.

Selepas dia jumpa selipar, Naura ingin berlalu pergi tetapi langkahnya terhenti disebabkan ada tangan yang menarik hujung jubahnya.

'Ya allah bukan sekarang la. Tolong la cakap yang tarik ni orang bukan benda-benda mistik' resah Naura di dalam hati.

Perasaan sedih tadi hilang serta merta kini perasaan gemuruhnya menghurung dalam diri. Perlahan-lahan dia memusingkan kepalanya ke belakang ingin melihat siapakah gerangan.

"Jalan tu tak boleh tengok bawah ke?. Tu tak nampak ada taik kucing" sarkarstik bunyinya.

Naura terpaku melihat wajah yang dilihatnya sekarang. Wajah yang tak tumpah bezanya dengan orang yang dirinduinya selama ni. Walaupun dah lama tak berjumpa tapi dia ingat dengan bentuk muka serta mata.

Disebabkan ketinggian mereka berbeza Naura terpaksa mendongak sedikit menatap mata hitam pekat Hazreen. Hazreen yang memiliki bulu mata yang lentik dan keningnya terbentuk.

"Ehem..." berdehem Hazreen untuk meyedarkan Naura yang lama memandangnya. Janggal pulak rasanya. Naura yang baru tersedar terus berpaling wajah ke tempat lain.

Hazreen terus membawa diri mengikut langkah mamanya dihadapan. Puan Hizarah sebak dengan pemergian kawan baiknnya. Baru kelmarin mereka berdua berjumpa.
———————————————————

Semua orang telah mengangkat tangan untuk mengaminkan doa yang dibaca. Mata Naura masih tertancap pada tubuh sasa yang elok memakai baju kurta bewarna hitam.

Kadang-kadang mata mereka bersambung satu sama lain tapi cepat Naura mengalihkan ke tempat lain.

'Ish kau ni Naura usya anak teruna orang dekat kawasan kubur macam ni. Teruk betul' getusnya di dalam hati sambil  menggelengkan kepala supaya beringat apa yang dibuat itu salah.

Selesai sahaja perkebumian, Majlis Tahlil diadakan dirumah Mak Long. Ramai jugak tetamu yang datang. Kenalan-kenalan arwah semuanya.

Sementara itu, Naura masih lagi mencari kelibat jejaka tadi. Tadi Naura lihat abang Wadi ada bersembang dengan dia mungkin layan sebagai tetamu.

Naura membawa diri masuk ke bilik untuk menunaikan solat Asar. Sesudah Naura selesai mengambil air wudhuk pantas sahaja tangannnya mencapai telekung lalu menyarungkannya. Dia sudah berdiri betul di atas tikar sejadah.Tetapi...

Klak

Mata mereka bersambung.

Mata Naura mencerun dari atas ke bawah melihat gerangan yang dicari sudah ada di depan mata. Rambut jejaka itu masih basah ditambah pula lengan baju yang dilipat ke atas sehingga siku.

"Nak solat ke?" soal Hazreen. Nampak macam tergesa-gesa. Naura tak terkata betapa kacaknya lelaki ini di depan matanya sekarang.

Hazreen hanya mengemamkan bibir. Nampak sangat dia faham yang dia tanya soalan tak cerdik. Dah tentu la nak solat kalau dah pakai telekung. Segan dia apabila soalan yang ditanya dibalas dengan pandangan.

"Boleh kita solat sekali?"

'Wait kita dia cakap kita means aku dengan dia'

"Saya imamkan, awak jadi makmum."

Nak terjatuh Naura mendengar ayat yang terkeluar dari mulut Hazreen. Kenapa tiada sambungan ayat 'awak jadi makmum saya selamanya.'

"Selalunya diam tanda setuju, bukak la pintu ni besar-besar nanti orang fikir bukan-bukan" pesan Hazreen. Dia taknak menimbulkan fitnah. Elok-elok dia datang sini nak menunaikan ibadah jadi benda lain pulak karang.

Laju sahaja tangan Naura membuka pintu seluas-luasnya. Kaki terus laju betulkan safnya. Bukan selalu ada orang imamkan dia solat. Yang imamkan pun kacak orang kata jangan tolak rezeki.

Merdu sahaja alunan takbir dan doa- doa yang dibaca Hazreen. Naura pulak tak khusyuk dibuatnya. Selesai sahaja memberi salam Hazreen menadah tangan untuk berdoa begitu juga Naura. Tapi Naura perasan Hazreen diam membaca ayat terakhir doa. Mungkin membaca untuk dirinya sahaja.

"Amiin..." sahut Naura.

Sebelum Hazreen mengangkat punggung mahu beredar dia perasan mamanya sudah ada di depan pintu bilik. Mana nak perasan kalau kiblat membelakangkan pintu.

Terkejut Naura melihat Puan Hizarah. Dia takut kalau Puan Hizarah fikir yang bukan-bukan tentang mereka berdua di dalam bilik. Nak je Naura menggulung dirinya dengan tikar sejadah. Takut.

"Dah solat?" tanya Puan Hizarah kepada Hazreen.

"Dah ma" tertunduk Hazreen menjawab takut mamanya fikir bukan-bukan.

"Pergi salam tuan rumah, kita kena gerak sekarang" arah Puan Hizarah.

Hazreen hanya mengganguk terus keluar dari bilik mencari Wadi.

Naura yang hanya tercegat di dalam bilik takut melihat ketegasan Puan Hizarah terhadap Hazreen. Kini Puan Hizarah menatap wajah Naura pula.

Puan Hizarah semakin hampir dengan Naura. Naura hanya diam membatu sahaja.

"Makcik balik dulu la ye" dihulurkan tangan kepada Naura. Naura hanya menyambut huluran tangan tersebut.
Ingat nak apa la rupanya nak salam.

'Patut la dia sanggup imamkan aku rupanya tergesa-gesa nak balik'

Di depan pintu bilik Puan Hizarah berpaling semula menghadap Naura.

"Nama dia Hazreen" tersenyum Puan Hizarah sebelum menghayunkan kaki keluar.

Tersenyum malu Naura. Betul la orang kata orang tua kuat firasatnya. Dia tahu orang muda macam dia apa yang diinginkan. Memang niatnya mahu bertanya nama lelaki itu tetapi dah ada Puan Hizarah terus terbantut persoalannya.

DINDA HAZREENWhere stories live. Discover now