Bab 32

3.7K 150 6
                                    

Dhian memerhati sahaja Hazreen yang duduk di bawah pondok kayu di halaman rumah Opah Som. Sejak petang tadi Hazreen langsung tak mahu bercakap dengan dia. Kalau ditanya jawab sepatah sahaja atau diam tak jawab langsung. Hari sudah malam dia masih duduk di luar dengan bertemankan lampu pelita ayam.

"Dhian!" Opah Som memanggil nama cucu menantunya sambil berjalan menuju ke gadis itu yang sedari dari tadi mengintai sesuatu di luar jendela. Opah Som yang terbongkok-bongkok membawa secawan kopi sudah berdiri di sebelah Dhian. Kain langsir diselakkan ke tepi.

Dilihatnya Hazreen masih duduk di pondok kayu dengan kakinya digoyangkan ke depan ke belakang. Opah Som memusingkan kepalanya melihat wajah Dhian semula yang penuh rasa kesal. Mesti ada sesuatu yang terjadi antara mereka berdua. Tapi bukan urusan dia untuk mengetahuinya.

"Nah pergi bagi kopi ni dekat dia, Man mintak opah buat tadi." Cawan kopi itu dihulurkan kepada Dhian. Dhian hanya menyambut huluran Opah Som dengan penuh berhati-hati.

"Opah masuk tidur dulu. Jangan lama sangat merajuknya, tak baik suami isteri bermasam muka." Nasihat Opah Som sebelum dia beredar memboloskan diri masuk ke dalam biliknya. Biar suami isteri itu selesaikan masalah mereka.

Dhian mengaturkan langkah untuk menghantar kopi ke arah Hazreen. Tangga rumah dituruni satu persatu sebelum selipar disarungnya. Suasana malam sejuk bertemani pula dengan bunyi cengkerik. Hanya satu lampu jalan sahaja yang menyinari, disebabkan rumah Opah Som dihujung kampung.

Dhian sudah menghampiri Hazreen yang masih duduk seraya tangannya bersilang di dada. Perlahan-lahan Dhian mengambil tempat untuk duduk di sebelah suaminya.

"Nah, untuk abang." Hazreen yang perasan akan huluran itu, terus menyambut kopi yang dihulurkan Dhian. Wajah Dhian langsung tidak dipandangnya. Air kopi yang panas itu ditiup lalu dihirup sedikit. Diletaknya cawan kopi itu disebelah kanan.

"Abang marah Dhian lagi?." Tanya Dhian ragu-ragu walaupun dia sudah tahu suaminya diam disebabkan dia.

"Hmm" balas Hazreen ringkas.

"Abang Dhian minta maaf." Lengan kekar Hazreen dipaut erat. Badannya mula mengesot ke tepi mendekatkan lagi jarak kedudukan mereka.

"Apa salah Dhian?" soal Hazreen. Dahi Hazreen sudah berkerut, terjongket sikit keningnya. Sekilas dia pandang Dhian di tepi.

"Sebab Dhian puji Fattah depan abang tadi." Dhian akui salahnya yang puji lelaki lain didepan suami sendiri. Dia menganggap itu satu gurauan tapi Hazreen mengambil serius.

"Dhian rasa abang diam sebab apa?." Soalan yang ditanya Hazreen membuat Dhian berfikir sejenak. Sebab apa lagi kalau diam tak nak bercakap dengan pasangan mesti tak lain tak bukan sebab merajuk.

"Erk...abang merajuk?" teka Dhian. Dia hanya meneka sahaja, selalunya macam itu gaya pasangan bercinta. Kalau pasangannya diam tanda merajuk mesti sebab pasangan lagi satu buat masalah.

"Abang dengar orang tu suka lelaki pendiam" perli Hazreen. Kopi yang berada ditepi diambil semula lalu dihirupnya buat kali kedua. Agak suam dari tadi.

"Tapi Dhian tak suka abang diam. Dhian suka abang usik Dhian, kacau Dhian, bercakap dengan Dhian. Bukan macam ni." Hidungnya digesel-gesel di biceps Hazreen.

"Lepastu orang tu ada cakap tak suka lelaki banyak cakap sakit kepala otak nak melayan." Hazreen mengulangi ayat yang diutarakan Dhian petang tadi. Hazreen mula bimbang tatkala dia mendengar bunyi esakkan seseorang. Jangan pula ada yang malam-malam menangis, sudah la di kampung.

Dia merasakan ada titisan jernih sudah jatuh di belakang tapak tangannya. Hazreen mengeluh tatkala dia sedar dia punca wanita itu menangis. Dagu gadis itu ditolak naikkan ke atas separas dengan mukanya. Tubir mata itu sudah banjir dengan air mata.

DINDA HAZREENWhere stories live. Discover now