Bab 51

2.5K 130 8
                                    

"Siapa tu?, abang tak kenal" jawab Hazreen.

"Awak tak kenal adik kembar awak sendiri?" soal Dhian sinis.

"Dhian..."

"Siapa Hanneef Lutfan dalam hidup awak Hazreen Luqman?" soal Dhian lagi sekali. Cukup pantang dia kalau soalan yang ditanya tidak dijawab dengan baik.

"Abang tak kenal siapa Hanneef?." Mahu menangis dia bila lihat muka isterinya masih sama.

"Tak kenal?" tertawa Dhian dihujung ayat.

"Nak saya kenalkan siapa Hanneef Lutfan dalam hidup saya?." Dia rentap tangannya yang digenggam Hazreen. Tergamam Hazreen tidak percaya.

"Hanneef Lutfan cinta pertama saya, lama kami tak jumpa tiba-tiba putus. Dua bulan lepas kami putus awak lamar saya." Cerita Dhian, sekarang Dhian tahu kenapa tiba-tiba Hazreen melamar dia.

"Sekarang saya ulang balik soalan saya, siapa Hanneef .."

"Jangan tanya nama yang abang tak kenal Dhian Naura" potong Hazreen. Dia tak suka cerita Hanneef dibangkitkan semula. Cerita pasal separuh dirinya.

Opah Som yang berada di dalam tadi terus keluar berdiri di tangga rumah. Dia lihat kedua-dua pasangan itu pandang satu sama lain seperti bergaduh. Lihat saje muka masing-masing serius.

"Baik." Dhian mengangguk, dia masih tak puas hati dengan jawapan Hazreen. Dia nak tahu kebenaran harini jugak.

Dhian mengeluarkan telefon bimbitnya, dia mendail nombor telefon seseorang. Hazreen sudah membelakangi Dhian sekarang, rambutnya pula disebakkan kebelakang.

Dia terfikir macam mana Dhian boleh tahu pasal Hanneef. Sehabis baik dia cuba sembunyikan.

Telefon Hazreen berdering ada panggilan baru masuk. Dia mengeluarkan telefonnya, bila dilihat pemanggil tersebut adalah isterinya. Terbeliak biji mata Hazreen, sekarang dia kehilangan kata.

"Kalau awak tak kenal Hanneef kenapa nombor awak sama dengan nombor baru Hanneef?. Kebetulan huh?." Hazreen memusingkan badannya, dia tahu takde benda lagi dia nak menipu.

"Dhian abang..."

Pang!

"Man!." Terkejut Opah Som bila dilihat cucunya ditampar Dhian. Kedua-dua tangannya menutup mulutnya. Dhian bagaikan kena rasuk, langsung dia tak heran Opah Som ada di situ.

Hazreen merasakan pipinya pedih ditampar Dhian. Hatinya luruh, bibirnya dikatup rapat. Waktu seakan terhenti. Tolong cakap ini semua mimpi, mimpi yang dia cuba selamatkan supaya tidak terjadi.

"Awak kahwin dengan saya sebab apa Hazreen?" tanya Dhian biasa. Riak wajahnya masih kosong. Ye dia tahu perempuan yang diceritakan Opah Som tadi adalah dia. Dia yakin dan sangat yakin.

Tiada jawapan dari Hazreen, dia diam tangannya masih memegang pipi yang ditampar tadi.

"JAWAB HAZREEN LUQMAN!!!." Naik seoktaf suaranya. Muka Dhian berubah tegang, dia tak tahan lagi apabila semua soalan yang ditanya, Hazreen cuba mengelak.

"SEPARUH MATI, SAYA FIKIR YANG HANNEEF TAK CINTAKAN SAYA, TAPI AWAK!!. AWAK YANG PURA-PURA BERLAKON JADI HANNEEF." Hazreen masih diam dengar semua amukkan Dhian. Wanita itu betul-betul marahkannya.

"NOW WHAT?!!, MESTI AWAK BANGGA DENGAN LAKONAN AWAK KAN HAZREEN LUQMAN. SEKARANG ORANG YANG SAYA SAYANG DAH MENINGGAL DUNIA, THEN AWAK KAHWIN DENGAN SAYA SUPAYA AWAK NAK TUNJUK YANG AWAK LA TERPALING HERO DALAM CERITA NI!!!!." Dhian tak fikir siapa yang dimarahkan sekarang ini. Dia perlukan jawapan yang keluar dari mulut lelaki ini.

"Cukup Dhian." Terketar-ketar Hazreen mengungkap ayat tersebut. Dia tahu isterinya kini tak sedar apa yang dia cakap.

"CUKUP?!, APA YANG CUKUP?!!!." Ditolaknya badan Hazreen sehingga lelaki itu terundur sikit ke belakang.

DINDA HAZREENWhere stories live. Discover now