Awal pagi lagi Hazreen telah bersiap memakai baju jersey dengan seluar tracksuit. Dia cepat meluru ke tangga untuk memakai kasut sukan yang ditinggal di dalam kereta. Terkejut Opah Som melihat Hazreen bangun awal pagi. Selalunya lepas subuh masih dalam bilik lagi sambung tidur.
"Mimpi apa kau bangun pagi ni Man?." Soal Opah Som dia yang sedang menyapu halaman rumah yang penuh dengan daun gugur.
Hazreen hanya diam sahaja. Dia tahu opah sedang memerlinya. Nanti menjawab kena marah pulak lebih baik diam. Tangannya masih mengikat tali kasut sukannya.
"Nak kemana kamu ni dengan kasut sukan bagai?." Berkerut dahi Opah Som melihat perangai Hazreen. Setahu dia Hazreen ni pemalas tiba-tiba pulak rajin. Siapa yang jampi budak ni?.
"Nak pergi jogging opah."
Ternganga mulut Opah Som dengar jawapan Hazreen. Ini kalau dia ada sakit jantung mesti tumbang dia sekarang. Kena bawak berubat budak Hazreen ni.
"Jogging ke cuci mata?."
"Two in one."
"Hmm, lantak kamu la Man. Ni pasu bunga depan rumah tu siapa punya?." Pelik dia pagi tadi nampak ada satu pasu bunga ros. Taakan la dia yang tua ni ada peminat lagi.
"Man punya, opah boleh tolong jagakan?" pinta Hazreen sambil mengedipkan matanya berkali-kali. Muka seposen ditayangkan kepada Opah Som.
"Tak hingin aku!, kau pergi pulangkan bunga tu balik. Entah pokok bunga siapa yang dicurinya dibawak balik sini. Dah tu nak suruh aku pulak jaga" marah Opah Som. Dia terus duduk ditangga dengan penyapu lidi yang masih ditangan. Sakit belakangnya bongkok lama-lama.
"Ala... opah jaga bunga je, Man jaga tuan dia" perlahan dia mengungkap ayat yang terakhir itu takut didengari Opah Som.
Hazreen yang sudah siap mengikat tali kasutnya terus bangun meregangkan badan sebelum meminta diri untuk pergi.
"Opah Man pergi dulu." Dilambaikan tangannya ke arah Opah Som seperti budak-budak.
Opah Som yang melihat itu menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Semangat betul Hazreen hari ni.
"Opah doakan kamu berjaya pikat hati gadis yang kamu nak tu Luqman..." Wanita tua itu terus mengangkat punggungnya ingin beredar masuk ke dalam rumah. Banyak lagi kerja nak buat.
———————————————————
Tertunduk Wadi mengintai siapa pulak yang berjogging di depan rumah dia sekarang. Dia yang memegang secawan kopi terus menuju ke kerusi kayu di bawah pokok mempelam itu.
"Woi! Man meh ah sini!" jerit Wadi kepada Hazreen yang termengah-mengah nampak gayanya.
Hazreen yang perasan Wadi itu terus meluru ke arah kawan baiknya. Dia melabuhkan punggungnya disebelah Wadi. Matanya mula melilau mencari seseorang. Wadi yang melihat bebola mata Hazreen bergerak seperti mencari seseorang itu mula berasa hairan.
"Mak aku ada kat dalam nanti kau jumpa la" kata Wadi sebelum air kopinya dihirup perlahan.
Hazreen mampu tersenyum sahaja. Dia datang sini bukan nak cari Cik N dia nak cari Dhian.
Sejurus itu Naura keluar dari rumah sambil membawa satu bakul yang penuh diisi dengan kain basah. Pagi-pagi elok sidai kain.
"Rajin pulak kau pagi ni nak berjogging, selalunya tengah hari baru kau keluar rumah" dikerling sekilas muka Hazreen. Hazreen yang sudah pejamkan mata tanda dia redha. Ada je orang nak perli dia. Dari mama sampai la kawan baiknya. Fattah je tak pernah perli dia.
"Biar la aku jogging buang lemak dalam badan. Salah ke?". Matanya masih ke arah Naura yang elok menyidai kain.
"Memang tak salah kau jogging tapi yang salahnya kau jogging setempat elok...dekat depan rumah aku je." Pelik dia tiba-tiba dia nampak ada kaki yang berlari setempat. Mukanya tak nampak kaki yang nampak, bila diintai sikit rupanya Hazreen.
"Eh dekat gym tu ada je yang lari setempat punya" mencebik bibir Hazreen.
"Itu atas treadmill memang ah lari setempat!." Pagi-pagi lagi Hazreen dah buat dia mengamuk. Elok kopi ditangan dah suam ada yang menggelegak panas balik karang.
"Kau memang taknak hidangkan aku air eh?. Aku ni tetamu ni" perli Hazreen. Dahaga pulak dia melihat dari tadi Wadi meminum air kopinya.
"Wah betul tak tahu malu kau kan?. Datang tak dijemput lepastu mintak suruh hidangkan air pulak" sinis Wadi. Wadi perasan yang Dhiantengah elok sidai kain. Malas betul dia nak ambik air untuk Hazreen. Dah ada Dhian lebih baik suruh Dhian.
"Dhian! tolong abang ambik air kop..." tak sempat dia habiskan ayat lengan bajunya ditarik kasar.
"Kau tak payah la suruh dia, tak nampak dia tengah sidai kain. Kau ada kaki kau ambik la sendiri." Suka hati je Wadi ni pergi suruh gadis itu. Kalau si Wadi suruh Dhian takde peluang la dia nak dekat dengan Dhian.
"Ye la tunggu sini sekejap." Dia bangun beredar memasuki rumah mengambil kopi yang dibuat Puan Neeta pagi tadi di dapur.
Hilang sahaja kelibat Wadi, Hazreen pun mula mengorak langkah ke arah Dhian yang sibuk menyidai kain. Langsung tak perasan dia dekat sebelah.
"Rajinnya anak dara sidai kain pagi-pagi" sapa Hazreen sambil kedua tangannya di genggam lalu diletakkan di belakang badan.
Baju basah yang dipegang tadi hampir sahaja terjatuh apabila terdengar ada suara yang menegurnya. Badannya dipusingkan ke belakang kelihatan Hazreen sudah berdiri betul di depannya. Mata jejaka itu tertumpu kepada dirinya.
Naura tersenyum nipis sebelum belakang lehernya yang ditutupi tudung sarung itu digaru perlahan. Kekok pulak dengan Hazreen saat ini.
"Ah...eh memang la anak dara kena rajin sidai baju erk... buat kerja rumah ni semua, nanti takde siapa yang nak kahwin kalau anak dara itu pemalas" jelas Naura. Dia ingat lagi pesanan Mak Teh waktu dia masih remaja.
"Opah Som tu rajin je buat kerja sampai sekarang lagi takde siapa nak kahwin dengan dia." Kesian Opah Som jadi andartu.
"Opah Som tu anak dara lagi ke?"
"Kau nak cakap opah aku tua ah ni, takpe aku bagitahu Opah Som. Ada orang cakap dia tua kerepot." Hazreen yang mula membuka langkah berura-ura nak beredar pulang ke rumah.
Naura yang mengibas kain tadi terus terhenti apabila dia perasan Hazreen mula menjauh dari dia. Barangkali dia mahu pulang ke rumah. Jangan la mamat ni buat hal. Baru sahaja nama Hazreen ingin dipanggilnya ada satu suara yang memanggil nama itu.
"Hazreen!."
YOU ARE READING
DINDA HAZREEN
Romance"Nanti Naura tunggu abang dah besar kita kahwin ye."- Dhian Naura "Abang la tunggu Naura, abang memang dah besar." - Hanneef Lutfan Perit yang ditanggung apabila janji yang dipegang selama ini dihancur dengan satu penipuan. Tetapi muncul kembali den...