Sudah tiga hari Naura duduk di hospital dan tiga hari itu jugak la dia ditemani Hanneef.
Hanneef yang selalu membantunya jikalau dia ingin ke toilet. Kerja hanneef senang sahaja hanya tekan butang kecemasan untuk memanggilkan nurse bantu Naura.
Budak kecik manalah tahu nak tekan butang yang mana selalunya menangis je sebab tak tahan nak terkencing ditambah pulak sakit suntik ditangan.
Ibu naura selalu juga tinggalkan Naura bersendirian kerana sibuk mengambil dan menghantar kakak Naura ke sekolah.
Jadi Naura hanya ditinggal berseorangan sementara menunggu ibunya datang.
"Abang..." panggil Naura.
Hanneef hanya berpalingkan wajahnya sahaja menghadap Naura.
"Abang lukis apa tu?" soal Naura ingin tahu.
Dari tadi lagi dia lihat Hanneef tak habis melukis sesuatu dalam buku sketchnya.
Kejap lukis,kejap padam."Oh, abang saje je lukis bosan takde apa nak buat. Kenapa Naura nak apa-apa ke abang boleh panggilkan nurse kalau Naura nak pergi toilet."
Dia sudah biasa tolong Naura panggilkan nurse. Hanya tu saja la pertolongan yang dia boleh buat dia pun sakit. Nak tolong lebih-lebih karang budak Naura ni taknak dekat dengan dia.
"Naura nak balik, Naura taknak duduk sini takut sorang-sorang" adu Naura. Dia takut ditinggalkan oleh ibunya. Naura juga takut dengan doktor dan nurse yang ada disini.
Ada satu hari tu dia menangis dengan kehadiran beberapa orang doktor dan nurse mengelilingi katilnya.Nasib baik ada ibunya yang menenangkannya semula. Ibunya cakap semua doktor disini baik.
Baik apa kalau paksa makan benda yang dia tak suka iaitu ubat. Dia paling tak suka kalau ada orang yang memaksanya makan benda yang kecil dan pahit tu.
Payah jugak la nak pujuk si Dhian Naura ni untuk makan ubat. Nasib baik ibunya hancur kan ubat itu kedalam air.
"Ala...jangan la takut abangkan ada" pujuk Hanneef yang melihat air mata Naura sudah bergenang di tubir mata.
"Naura tak suka makanan dekat sini tak sedap" merungut Naura.
"Hahaha...ada je la makanan dekat sini sedap. Tapi kita kena turun bawah baru dapat makanan sedap" jawab Hanneef dengan nada gembira.
Dia pun akui makanan hospital yang disediakan memang tak sedap. Tapi dibawah ada kafeteria yang jual makanan yang menyelerakan.
"Jom abang bawa Naura turun bawah. Kita mintak izin nurse dulu."
Dia memimpin tangan kanan Naura manakala tangan kanannya memegang tiang yang menyangkutkan air dripnya.
Mereka berdua meminta izin nurse di kaunter depan, lama jugak la dia memujuk Akak Cindy untuk membenarkan dia membawa Naura ke taman katanya bosan duduk dalam bilik.
Cindy yang dikenali sebagai nurse waktu itu sudah lama mengenali Hanneef dan dia mempercayai Hanneef akan membawa Naura semula ke wad selepas habis bermain ditaman.
Pada awalnya dia ragu-ragu untuk membenarkan takut budak Naura ni larikan diri. Dia sudah masak dengan perangai budak kecik yang takut dengan hospital. Alasan mahu bermain ditaman last kali hilang tanpa radar. Pihak hospital juga yang dimarahi oleh ibubapa akibat tidak pantau anak mereka betul-betul.
Hanneef berlalu memimpin Naura masuk ke dalam lif menuju ke lobi.
"Terima kasih abang Hanneef."
"Sama-sama" jawab Hanneef. Telinganya bertukar warna merah.
YOU ARE READING
DINDA HAZREEN
Romance"Nanti Naura tunggu abang dah besar kita kahwin ye."- Dhian Naura "Abang la tunggu Naura, abang memang dah besar." - Hanneef Lutfan Perit yang ditanggung apabila janji yang dipegang selama ini dihancur dengan satu penipuan. Tetapi muncul kembali den...