Bab 5

5.3K 223 5
                                    

8 Tahun kemudian

"Mak Teh ada nak kirim apa-apa tak dekat KL nanti?" ujar Naura.

Naura perlu pulang semula ke KL berjumpa dengan ibunya. Puan Zatul tak habis menanyakan bila dia nak balik ke KL. Bila Naura teka yang bahawa ibunya rindu akan dia langsung Puan Zatul taknak mengaku.

"Kamu beli la apa-apa Mak Teh terima je".
lembut suara Mak Teh menjawab persoalan Naura.

Mak Teh merupakan adik kepada Puan Zatul dan Puan Neeta. Mak Teh atau dikenali Puan Fateh adalah janda yang  tidak dikurniakan cahaya mata. Puan Zatul menghantar Naura ke rumah Puan Fateh supaya Puan Fateh tidak rasa kesunyian seorang diri selepas suaminya meninggal dunia.

Puan Fateh tidak dikurniakan anak sejak dia berkahwin. Manakala suaminya pula meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Jadi dia buat perjanjian dengan kakaknya Puan Zatul, memberi Naura kepadanya.

Naura dibesarkan oleh Puan Fateh daripada sekolah menengah sehingga dia sudah bekerja. Sebenarnya, Puan Fateh ingin merasa membesarkan anak sebelum dia meninggal dunia.

Naura selalu tertanya apa tujuan Puan Zatul hantar dia tinggal dengan Puan Fateh. Pada mulanya dia menganggap ibunya tak mahu menjaganya. Tapi selepas diceritakan oleh Puan Zatul baru dia mengerti dan dia rela untuk menjadi anak angkat Mak Tehnya. Malah dia makin rapat dengan Puan Fateh.

"Kalau macam tu Naura pergi dulu ". Naura menyalami tangan Mak Teh dan berlalu ke keretanya.

"Hati-hati Naura."

———————————————————

"Pagi ma" ujar Hazreen baru bangun tidur terus ke meja makan. Hazreen terus meluru mendapatkan bungkusan nasi lemak di dalam plastik.

"BANYAK LA AWAK PUNYA PAGI HAZREEN LUQMAN!. AWAK TENGOK DAH PUKUL BERAPA SEKARANG BARU NAK BANGUN. MATAHARI DAH TERPACAK BARU KELUAR DARI BILIK" bebel Puan Hizarah dengan anak terunanya yang sorang ni.

Hazreen hanya buat pekak je dekat kampung Opah Som membebel dekat rumah kena bebel lagi.

Nak menjawab kang kena marah lebih baik dia diam. Dia akui salah dia bangun lewat. Lepas subuh dia ingat nak terlelap sekejap tapi hampa pukul 2 petang baru bangun.

"Macam mana nak ada isteri kalau bangun pun lewat" berleter Puan Hizarah menuju ke meja makan. Dia mengambil tempat disebelah kiri anaknya.

"Ala ma, perempuan zaman sekarang pun bangun lewat." Hazreen membangkang ayat mamanya. Dia cedok lagi nasi lemak menggunakan sudu lalu bawa ke mulut.

Pak

"Aduh sakit la ma..." adu Hazreen selepas peha kanannya ditepuk kuat oleh mamanya. Perlahan-lahan dia menggosok tempat yang ditampar Puan Hizarah.

"Eh jodoh kita cerminan kita tahu. Kalau dah kamu pun perangai hauk nanti dapat isteri pun sama hauk dengan kamu tahu..." Puan Hizarah menjeling anaknya ada je benda nak menjawab.

"Ma, kadang-kadang Man terfikir la yang Man ni anak siapa?" soal Hazreen sambil tangannya membungkus balik bungkusan nasi lemak. Dengar mamanya membebel sampai habis nasi lemak dimakannya.

"Anak mama la taakan anak tarzan pulak!." Apa punya soalan la anak dia tanya ni.

"Jadi agak-agak perangai Man yang bangun lewat ni ikut perangai siapa?."

Hazreen perlahan-lahan menolak kerusi masuk ke dalam meja sambil berundur ke belakang menuju ke dapur. Terjengket kakinya.

Puan Hizarah berfikir sejenak sebelum dia mengerti maksud anaknya itu.

"BERTUAH PUNYA BUDAK KAMU NAK CAKAP KAMU IKUT PERANGAI MAMA LA YE...! HAZREEN LUQMAN, KAU SIAP KAU TUNGGU SITU." Puan Hizarah berlari mengejar Hazreen tapi malangnya Hazreen lagi laju menuju ke biliknya.

"I LOVE YOU MAMA!." Laung Hazreen dari dalam biliknya.

———————————————————

"Naura ibu nak cakap sesuatu ni." Puan Zatul separa berbisik lalu duduk sofa bertentangan dengan anaknya.

Naura yang baring sambil terjuntai kakinya dia atas sofa. Penat sangat drive dari kampung ke KL. Dia hanya memandang ibunya sekilas sebelum matanya kembali lagi menonton drama yang disiarkan di tv.

"Makcik Sariah ada datang rumah tadi dia tanya pasal kamu."

"Dia cakap apa ibu?" soalnya walaupun kelopak matanya semakin memberat dia layankan jugak dah lama tak borak dengan ibu.

"Takde dia tanya kamu ni dah berpunya ke belum kalau belum dia nak lamar kamu untuk anak dia" tutur Puan Zatul.

"Naura tak berminat la dengan sesiapa apatah lagi dengan Abang Fazril tu." Dia tahu yang Fazril ada taruh hati kepadanya walaupun Fazril tak luahkan perasaan tapi dia dapat agak dengan cara pandangan Fazril terhadapnya.

"Ibu pun tak cakap kamu setuju atau pun tak, ibu nak tanya kamu sendiri. Kalau kamu tak bermi...nat" tak sempat Puan Zatul habiskan ayatnya dia sudah dengar dengkuran halus dari anaknya.

"Bertuah punya budak orang cakap dengan dia, dia boleh bantai tidur. Nampak sangat tak berminat." Puan Zatul terus bangun menuju ke biliknya dan meninggalkan Naura di ruang tamu.

DINDA HAZREENWhere stories live. Discover now