"Terima kasih" ucap Naura kepada peniaga nasi lemak itu. Naura mengambil bungkusan nasi lemak lalu beredar.
Awal pagi lagi dia disuruh oleh ibunya untuk membelikan nasi lemak di seberang simpang sana. Katanya malas masak sebab tinggal berdua je dia dengan Puan Zatul. Kakaknya awal subuh sudah pulang ke bandar. Takut jalan sesak nanti.
Sepanjang perjalanan dia terdengar ada deruman kereta yang mengikutinya dari belakang. Kadar degupan jantung Naura sudah meningkat. Dia sudah bersedia untuk membuka langkah seribu.
Dengan bacaan bismillah dia terus berlari pecut. Tak berani dia menoleh ke belakang. Tecungap-cungap Naura apabila badannya sudah selamat sampai ke bahagian belakang rumah.
Puan Zatul yang berada di dapur terkejut melihat anaknya berlari masuk ke pintu belakang. Berlari dah macam tak cukup tanah.
"Kamu ni dah kenapa dah tak reti nak bagi salam, pastu masuk pintu belakang dengan muka pucat macam kena kejar dengan anjing. Apa pasal?" soal Puan Zatul.
Aduh ibu dia ni pun kalau ye pun terkejut bagi la dia bernafas dulu. Naura terus berlalu mencapai kerusi plastik lalu duduk dengan nafasnya yang masih tersisa. Nasi lemak dia letakkan di atas meja.
"Tadi Naura macam perasan ada orang kejar Naura. Naura pun apa lagi tak toleh belakang terus pecut." cerita Naura sambil tangan melekap di dadanya. Fuh boleh semput dibuatnya.
"Assalamualaikum makcik!" laung seseorang dari luar rumah.
"Waalaikumusalam" Puan Zatul menjawab sambil matanya memandang Naura. Puan Zatul hanya menaikkan keningnya seperti bertanya 'siapa?' kepada Naura.
Naura hanya mengangkat bahunya bermaksud dia tidak tahu siapa gerangan yang memberi salam. Dia bangun mengikut langkah ibunya dari belakang.
"Waalaikumusalam oh Fazril rupanya, mai la masuk luar ni panas, meh masuk" tersenyum senang Fazril mendengar ajakan Puan Zatul. Pantas sahaja kaki mengorak langkah masuk ke dalam rumah.
Naura hanya mencebik sahaja disebelah. Baru dia tahu siapa yang mengikutinya tadi. Dia tak suka kehadiran Fazril disini sebab dia dapat agak apa tujuan jejaka itu datang ke rumah.
Ibu pun satu ajak masuk pulak katanya panas dekat luar mana ada panas elok redup pagi hari. Menyampah. Dia terus ke dapur mencapai bungkusan nasi lemak di atas meja. Makan lagi bagus.
"Eh makcik tak payah la susah-susah hidangkan air saya sorang je yang datang" ujar Fazril malu dibuatnya.
"Ala tak susah pun lagipun kami berdua baru je nak sarapan. Ni kamu dah makan ke belum?" sambil tangannya menuangkan air teh tarik ke dalam gelas lalu dihulurkan kepada Fazril.
Fazril hanya mengangguk sebelum matanya memandang pula Naura yang sedang elok menjamu nasi lemaknya. Tak pandang langsung dia dihadapan. Dia tersenyum senget melihat anak dara ni makan. Makan pun comel.
Puan Zatul berdehem dengan pandangan mata Fazril yang larit memandang anak daranya yang sedang melantak. Bukan dia tak perasan malah dia duduk ditengah-tengah antara mereka berdua yang berhadapan antara satu sama lain.
"Apa tujuan kamu kemari?." Manakan pulak dia tak pelik takde angin takde ribut tiba-tiba sampai datang depan rumah. Naura pula sudah kemas bungkusan nasi lemak yang dimakannya sebelum telefon sebelah kiri dicapai. Aplikasi instagram dibuka tengok kalau ada update terbaru dan terkini.
"Oh saje ziarah makcik dah lama saya tak jumpa makcik" kelentongnya, sebenarnya dia datang sebab rindukan Naura. Dah la susah nak jumpa gadis ni. Nak ajak keluar bersama pun dia tak berani.
"Oh ye bukan nak jumpa Naura?" Puan Zatul menyiku tangan Naura supaya meletakkan telefonnya ketepi. Tetamu datang main telefon bagus la sangat perangai tu.
Naura yang faham akan maksud ibunya terus menutup telefonnya dan meletakkannya di tepi. Dia terus mencapai airnya lalu diteguk rakus. Malu oi kena tegur dengan mak depan tetamu.
Fazril yang mendengar sahaja soalan itu terus menunduk malu. Kuat betul firasat orang tua. Dia tipu pun Puan Zatul dapat tahu.
"Takpe la makcik ke luar kejap nak sidai kain. Kamu berdua bersembang la dah lama tak jumpa kan?" Puan Zatul memberi ruang kepada mereka berdua.
Senyap sepi sahaja antara mereka berdua. Naura yang sedar dengan kesepian lalu sahaja mencapai jag yang berisi teh tarik tadi tuang ke dalam gelasnya. Tidak tunggu masa dia terus meneguk air yang dituang tadi. Nak hilangkan rasa janggal.
"Naura apa khabar?" tanya Fazril lembut.
"Baik,sihat" jawab Naura senada.
"Makcik dah cerita ke dekat Naura yang pasal..."
"Dah" pintas Naura. Tak sempat Fazril habiskan ayat Naura laju sahaja menjawab.
"Jadi apa keputusan Naura?."
"Naura dah ada orang lain." Satu ayat yang cukup lengkap dan faham untuk Fazril mengerti dengan jawapannya.
Fazril hanya mengangguk tanda dia faham. Dengan jawapan Naura tapi ini Fazril mana tahu erti putus asa.
"Tapi abang tak nampak pun Naura keluar dengan lelaki selama ni, lagisatu makcik ada bagitahu yang tak ada sape yang melamar Naura selain abang."
Dia dah tahu tipu helah perempuan yang tolak lamaran. Cakap sudah berpunya tapi itu cuma alasan.
"Naura anggap abang Fazril sebagai abang je, ke nak Naura anggap sebagai jiran je?" tanya Naura tegas.
Dia tak suka betul kalau orang tak reti bahasa. Cukup dia bagi kiasan tanda dia tak setuju nak dia cakap jujur terus ke?. Ibu pun satu tinggalkan dia dengan mamat ni dah kenapa.
Dengan penuh rasa geram Fazril mengangkat punggungnya ingin beredar. Tapi dia berhentikan langkahnya dia menoleh ke belakang sedikit cukup dapat melihat bayangan Naura dari ekor mata.
"Selagi tiada siapa masuk pinang Naura selain abang, abang tetap dengan keputusan abang untuk jadikan Naura suri rumah abang. Abang pergi dulu. Assalamualaikum." Fazril berlalu meninggalkan Naura keseorangan.
———————————————————————
Puan Hizarah yang melihat Hazreen dengan pandangan pelik. Dari tadi macam ada benda tak kena kejap melihatnya disebelah lepastu fokus balik ke pemanduan. Kejap tenang kejap gelabah boleh runsing dia dengan Hazreen ni.
"Kamu ni dah kenapa Hazreen macam orang tak betul dah mama tengok?" ujarnya.
"Ehem, mama nak tanya sikit boleh?" ragu-ragu dia bertanya.
"Apa dia?" jawab Puan Hizarah endah tak endah malas betul nak melayan anak dia ni.
"Makcik Fateh kawan mama tu ada anak ke?."
"Setahu mama dia memang takde anak." pelik jugak dengan soalan Hazreen selalunya mana nak ambik kisah pasal kehidupan orang lain.
Hazreen hanya membuat mulut 'o' sahaja.
Kakinya mula menggigil sejuk. Kena pulak cuaca di luar hujan."Kalau dia ada anak sekalipun kenapa kamu berkenan ke?" Puan Hizarah cepat menyoalkan soalan sebegitu. Dia tahu kawannya memang tidak dikurniakan cahaya mata tapi Puan Fateh juga ada cerita yang dia membesarkan anak buahnya macam anak sendiri.
Hazreen terbatuk dengar soalan yang keluar dari mulut mamanya sebelum dia berhentikan keretanya di tepi jalan.
Puan Hizarah memandang pelik anaknya yang tiba-tiba berhenti kereta dia tengah kawasan hutan.
"Ibu tunggu dalam kereta kejap Man nak pergi lepaskan hajat" pintanya berlalu keluar dari kereta. Sejak dari tadi lagi dia dah tak tahan nak terkencing. Puas dia cari stesen minyak tapi tak jumpa. Apa dia peduli, dia redah je hujan janji dia lepaskan hajat yang satu tu.
Menggeleng Puan Hizarah melihat anaknya yang tak semenggah itu. Padan la tak senang duduk nak terkucil rupanya. Tergelak kecil Puan Hizarah dengan perangai Hazreen.
YOU ARE READING
DINDA HAZREEN
Romance"Nanti Naura tunggu abang dah besar kita kahwin ye."- Dhian Naura "Abang la tunggu Naura, abang memang dah besar." - Hanneef Lutfan Perit yang ditanggung apabila janji yang dipegang selama ini dihancur dengan satu penipuan. Tetapi muncul kembali den...