Cadar katil yang berkedut itu dibetulkan semula. Bantal-bantal disusun kemas, selimut pula dilipat rapi. Getah rambut ditarik melepaskan rambut hitam yang panjang itu. Sikat di atas meja diambil lalu membawa ke rambut untuk Dhian merapikan rambut yang sikit serabai.
Sikat itu diletakkan semula di tempatnya. Dhian memusingkan badannya untuk duduk di birai katil tetapi matanya tertancap pada satu susuk jejaka yang elok berpeluk tubuh berdiri di tepi pintu.
Hazreen hanya memakai tuala yang dililitkan dipinggang, rambutnya yang basah dibiarkan air menitik jatuh. Senyuman yang menggoda terukir dibibir.
"Kenapa berdiri dekat situ? masuk sini pakai baju" tegur Dhian yang dari tadi perhatikan Hazreen berdiri merenungnya. Kaki galah itu mula melangkah duduk disebelahnya. Dhian yang duduk ditepinya dibawa lalu dipangku gadis itu di atas riba.
"I'm still waiting for my present..." Pipi Dhian sudah membahang dengan kedudukan mereka sekarang. Leher Hazreen diusap lemah lembut sebelum tersenyum manis.
"Dhian cakap nanti, maknanya bukan harini." Hujung hidung Hazreen disentuh membuatkan lelaki itu memejamkan matanya. Tak sangka suaminya ingat, dia main-main sahaja petang tadi.
"Tapi abang nak..." bibirnya memuncung lalu Hazreen merapatkan wajahnya ke leher jinjang Dhian. Wangi bau isterinya lepas mandi.
"Tapi Dhian taknak." Pipi Hazreen dicubitnya. Mengada betul Hazreen sekarang.
"Abang nak jugak!."
"Tak boleh!."
"NAK.JU.GAK!!!."
"TAK.BO.LEH!!!."
"Nak!!."
"Tak!!!."
Hazreen memuncungkan bibirnya. Dhian senyum bangga. Akhirnya, diam juga Hazreen mengalah dengan dia.
"Sudah la Dhian penipu." Dia tolaknya kembali Dhian ke tepi. Hazreen mengangkat punggung dan mencapai pakaian yang berada di atas katil. Mukanya dimasamkan badannya pula membelakangi Dhian.
"Dhian tak tipu, abang yang tak faham ayat Dhian betul-betul." Dhian bangun dari terus duduk lalu berjalan berdiri dibelakang Hazreen. Bahu Hazreen dipusingkan untuk menghadapnya. Hazreen yang sudah memakai baju sedang mengelap rambutnya yang basah tu dengan tuala.
"Dhian saje je usik abang macam tu" kata Hazreen. Dia merajuk dengan Dhian. Begitu mudahnya dia tertipu dengan godaan Dhian. Tapi adanya betul jugak Dhian cakap, isterinya tak bermaksudkan hari ini. Boleh jadi 'nanti' hari lain.
"Abang Dhian lapar la" badan suaminya dipeluk erat, didongakkan kepalanya sedikit untuk melihat muka Hazreen. Tapi lelaki itu langsung tak memandangnya. Hazreen masih sibuk keringkan rambutnya dengan tuala.
"Pergi makan sana" halau Hazreen. Orang tengah sibuk nak keringkan rambut time tu jugak la Dhian nak peluk dia.
"Tapi Dhian tak nak makan nasi." Dhian dah muak makan nasi, petang tadi pula dia sudah melantak bihun sup. Jadi dia perlu benda lain untuk dimakan.
"Masak maggi. Dekat dapur banyak maggi abang beli, Opah Som bukan makan pun." Sebelum Dhian jadi isterinya dia sorang sahaja yang selalu makan maggi. Dia yang beli, dia juga yang kena habiskan.
"Dhian pun tak nak makan maggi."
"Dah la ngada-ngada pulak. Maggi taknak, nasi taknak. Dah tu nak makan apa?." Tuala yang tadi dikeringkan rambut diletakkan di atas kepala. Tertunduk sikit kepala Hazreen melihat muka seposen Dhian. Tersengih-sengih budak ni ada yang kena humban dekat luar karang.
"Entah tak tahu, tapi apa-apa pun abang kena teman Dhian masak kejap lagi." Dahi Hazreen sudah berkerut hebat. Kenapa pulak sampai nak berteman pulak. Ini bukan dekat sekolah nak pergi tandas kena berdua.
YOU ARE READING
DINDA HAZREEN
Romance"Nanti Naura tunggu abang dah besar kita kahwin ye."- Dhian Naura "Abang la tunggu Naura, abang memang dah besar." - Hanneef Lutfan Perit yang ditanggung apabila janji yang dipegang selama ini dihancur dengan satu penipuan. Tetapi muncul kembali den...