Bab 61

2.4K 115 5
                                    

"Nah Dhian." Kata Opah Som sambil tangannya menghulur sepinggan nasi dengan lauk ikan tenggiri masak singgang serta semangkuk sup lobak putih. Tidak lupa juga dengan segelas air suam.

"Terima kasih opah." Jawab Dhian baik. Hazreen yang minta Dhian berpantang di kampung. Bukan apa, ramai orang boleh tolong jaga kalau Dhian berpantang di sini.

Sementara itu, Hazreen yang sedari tadi baring di sebelah Dhian, mula menyarungkan stokin di kedua-kedua belah kakinya. Sudah itu dia mengambil lebihan pilis lalu diletakkan di dahinya.

Kemudian Hazreen mengambil Dhaneeq yang lena tidur bawa ke dadanya. Ditepuk-tepuknya punggung tubuh kecil itu perlahan. Opah Som mencebik melihat cucunya. Macam dia pulak yang berpantang.

"Kau tak payah." Macam lah dia tak tahu apa tujuan Hazreen. Tak lain tak bukan mesti nak jugak layanan yang sama macam Dhian dapat.

"Asal pulak?! Man nak jugak. Asyik Dhian je dapat." Beberapa harini dia selalu lihat Opah Som membawa masuk makanan untuk Dhian. Tak Opah, mesti mama. Dia pun nak jugak dapat layanan macam tu.

"Dhian berpantang kamu tu tidak. Pergi makan dekat dapur!." Tertawa Dhian saat Hazreen meletakkan Dhaneeq semula ke tepi. Stokin di kakinya dicubit dengan ganas. Protes la tu.

"Nak sikit?." Tanya Dhian bila Opah Som sudah keluar dari bilik mereka. Laju Dhian menyuap makanan itu ke dalam mulut suaminya apabila terima anggukan dari lelaki itu.

"Sedap?." Dia lihat Hazreen macam lambat saje nak mengunyah makanan yang disuapkan tadi. Dah tu tenung jauh pulak tu.

"Tak. Macam makanan hospital." Senada saje dia mengungkap ayat itu. Macam menyesal pulak dia angguk kepala tadi, kalau tahu ini rasanya makanan orang berpantang. Ketawa Dhian. Tadi beria sangat.

Sekilas Hazreen melihat Dhaneeq yang baring ditengah-tengah mereka. Kuat tidur betul anak dia sorang ni.

"Tak suka ah macam ni..." Hazreen menyilangkan tangannya ke dada.

"Dah kenapa pulak?." Pelik-pelik je suami dia ni. Kejap marah, kejap manja, kejap jadi macam ni. Bukan Hazreen yang penat layan perangai dia, dia rasanya yang penat melayan perangai Hazreen.

"Tengok lah muka Dhaneeq tu, macam muka Hanneef." Sudu yang diangkat, dijatuhkan semula ke dalam pinggan. Dhian berpaling melihat wajah anak lelakinya.

"Memang lah sama, awak kan kembar Hanneef." Sudah semestinya muka Dhaneeq ada iras-iras muka mereka.

"Tahu lah kembar tapi kenapa kulit Dhaneeq putih abang gelap." Mana aci, anak dia tak sama kulit macam dia.

"Dhian kan putih." Kalau bukan Hazreen sudah tentu dia yang berkulit putih. Dhian menggelengkan kepala. Nasi di dalam pinggan, disuakan lagi ke dalam mulut.

"Racist lah sekarang ni!. Ok fine takpe lah..." Hazreen mengangkat kedua-kedua tangannya ke udara seakan mengalah. Dhian malas mahu pujuk, lagi bagus dia habiskan makanan dia.

Mereka senyap dalam beberapa minit, hanya dengar dentingan bunyi sudu berlaga dengan pinggan kaca. Hazreen biarkan Dhian makan sehingga kenyang sementara dia menjaga Dhaneeq.

"Abang" panggil Dhian. Baru dia teringat ada sesuatu yang dia nak tanya kepada Hazreen.

Wajahnya berpaling melihat Hazreen yang santai baring di sebelah kirinya. Lelaki itu hanya mengangkat kening tanda dia mendengar panggilan dari Dhian.

"Kenapa abang panggil Dhian 'dinda' eh?. Banyak je panggilan lain, baby?, honey?, sayang?." Sampai sekarang dia keliru kenapa panggilan itu yang diberi Hazreen kepada dia. Yang dia mahu sayang, yang dapat panggilan lain.

DINDA HAZREENWhere stories live. Discover now