Bab 60

2.4K 118 10
                                    

"EEAARRGGHHH......"

Jeritan Dhian membuat mereka bertiga senyap di ruang menunggu. Yan, Wadi dan Fattah setia menunggu di luar bilik bersalin. Dhian terpaksa bersalin beberapa minggu awal dari jangkaan doktor.

Hazreen yang baru sampai meluru terus ke arah lelaki yang bernama Haiyan. Mukanya bengis seperti mahu terkam jasad lelaki itu. Pandangan orang sekeliling langsung dia tak hiraukan.

Wadi cuba menghalang laluan Hazreen tapi sepantas kilat Hazreen menolaknya, seseorang perlu kawal dia sekarang. Lelaki itu seperti di luar kawalan. Khai dibelakang penat mengejar langkah besar Hazreen.

Yan tak usah cerita, sudah takut berselindung di belakang Fattah. Dia tahu lelaki itu akan mengamuk. Tiada siapa yang boleh kawal baran Hazreen kalau sudah tiba masanya.

Mata Hazreen menikam tajam muka babyface Haiyan. Baju t-shirt Yan digenggam kuat sebelum dia menghadiahkan satu tumbukan yang padu di pipi kanan Haiyan. Tersungkur Yan di lantai hospital.

Fattah cepat mendapatkan Yan yang terjatuh ke belakang. Yan dapat rasakan ada cecair merah yang mengalir keluar dari hidungnya. Fattah cemas bila darah yang mengalir di hidung Yan tak henti-henti keluar.

Fattah mengeluarkan sapu tangannya dan dihulurkan kepada Yan. Dia pusing melihat Hazreen sudah mengetap rahangnya. Dada lelaki itu turun naik menahan amarah yang lama menggunung disebabkan Yan.

"Patutnya dari dulu lagi aku bagi!." Wadi dan Khai menahan kedua-dua bahu Hazreen. Mereka tak mahu Hazreen melepaskan tumbukan kali kedua. Lagi pula mereka semua di tempat awam.

"Dah la tu Man dekat hospital ni" tegur Khai. Kalau nak ikutkan marah memang sampai ke sudah tak habis.

"Dah apanya Khai?!, bangsat ni memang dari dulu nak kena dengan aku!!." Tempik Hazreen. Wadi dah mengurut dada Hazreen suruh bertenang.

"Aku minta maaf." Yan sudah pun berdiri. Dia akui semuanya berpunca dari dia. Kemalangan itu tadi terjadi dalam sekelip mata.

"Maaf kepala hotak kau maaf!!, Dhian hampir gugur sebabkan kau tahu!!." Wadi dah ceritakan semuanya tentang apa yang terjadi.

Ketika itu Khai dan Hazreen baru lepas cek bagasi masing-masing mereka di lapangan terbang. Dapat pula panggilan tentang isterinya terpaksa dihantarkan ke hospital akibat terjatuh.

Hazreen tak tunggu masa dia terus mengoyakkan tiket flight dia dan berlari menuju ke parking kereta. Dia harus pulang ke kampung dengan kadar segera.

"Bukan aku yang tolak Dhian, perempuan tu yang tolak." Yan cuba membela dirinya. Masing-masing semua tak tahu siapa perempuan itu. Tahu-tahu saje Dhian sudah terjatuh.

"Kalau kau tak menggatal dengan betina tu, dia tak salah faham dengan Dhian lah!!" Hazreen cuba menghampiri Yan tapi dadanya ditahan Wadi.

"Semua berpunca dari kau!!!" Fattah beredar tidak jauh dari mereka. Dia tak suka dengar kawannya bergaduh. Dhian masih lagi di dalam. Fattah cuba mengintai dari luar tapi tak nampak apa-apa.

"Kau tak boleh nak salahkan aku sorang." Yan taknak dia sorang saje yang tanggung semua benda. Waktu itu semua orang tak jaga Dhian betul-betul. Hazreen tak boleh tunding jari dekat dia sahaja.

"DAH TU KAU NAK SALAHKAN SAPE?!!, ANAK AKU?!!!" geram betul Hazreen dengan Yan. Lelaki itu sudah mencebik apa lagi salah dia, semua tak kena di mata Hazreen.

"Eh kau tak payah buat muka macam tu lah, menyampah betul aku tengok." Dia tengok muka Yan rasa macam mintak penyepak. Hazreen berura-ura untuk melepaskan tumbukan kali kedua tapi badannya di tahan kuat oleh Wadi dan Khai. Payah jugak mereka berdua nak tahan Hazreen ni.

DINDA HAZREENWhere stories live. Discover now