Tok,Tok,Tok.
"Abang Wadi Dhian ni!" laung Dhian depan pintu bilik Wadi. Dulang yang berisi pinggan dan gelas dipegang kemas.
"Masuk" dengar saje balasan dari Wadi terus Dhian memulaskan tombol pintu dan masuk ke dalam bilik Wadi. Pintu bilik dibiarkan bukak luas-luas.
"Ni ada makanan, mak long suruh makan habiskan." Sudah beberapa hari dia menolong Puan Neeta menjaga Wadi. Dhian selaku keluarga terdekat mampu memberi semangat untuk Puan Neeta agar jangan lemah melihat perubahan Wadi yang sangat drastik ini.
"Letak atas meja" arah Wadi. Laju tangan Dhian meletakkan dulang itu di atas meja kerja Wadi.
"Jangan lupa makan, Dhian keluar dulu" ujar Dhian mesra. Ikutkan hati dia pun turut bersedih dengan abang sepupunya sekarang. Sangat berbeza dari yang dulu.
"Dhian" panggil Wadi.
"Ye?."
"Macam ni ke kau rasa waktu kau putus dulu?." Satu keluarga semua tahu yang Dhian dua bulan berbeza selepas putus cinta.
"Ahaha...lagi sakit sebab Dhian dah lama tak jumpa dia tahu-tahu putus" gelak Dhian sembunyikan rasa sedihnya.
Dhian menapak beberapa langkah lalu duduk di birai katil membelakangi Wadi. Dia lihatnya Wadi masih duduk berselimut serta badannya disandarkan di kepala katil.
"Lupakan tu sekejap kalau kita ikhlas semua benda." Dia melihat Wadi masih termenung, muka lelaki itu pucat tiada seri.
"Tak mudah untuk 10 tahun Dhian." Sejak dibangku sekolah menengah lagi dia sudah terpaut hati dengan Seroja. Dia rahsiakan dengan Hazreen memandangkan kawannya juga sukakan gadis itu.
Apabila dia dapat tahu Hazreen tidak lagi sukakan Seroja dia berani untuk menceritakan rahsianya dengan Hazreen. Sampai mereka menginjak ke alam dewasa, gadis itu tetap jadi pilihan hatinya.
"Semua benda tak mudah kalau kita tak cuba" nasihat Dhian. Dia akui dia dulu pun macam Wadi, berkurung dalam bilik tak mahu jumpa orang luar. Tapi bila diingat balik dia kena cuba lupakan semua benda.
"Tapi sakit Dhian..."
"Takkan ada sakit kalau tak ada penyembuhnya." Wadi mengeluh, diraup mukanya dengan tangan. Kenapa susah sangat dia nak terima kenyataan.
"Waktu ayah kahwin dengan mak, mak rasa hidup mak la yang paling bahagia. Dapat kahwin dengan lelaki yang mak cinta, bertuah sungguh mak masa tu." Puan Neeta masuk ke dalam bilik Wadi, dia terdengar perbualan dari luar bilik.
Puan Neeta menghampiri Wadi dan duduk didepan lelaki itu. Dia memegang kedua-dua tangan anaknya. Dhian masih diam ditempatnya.
"Bila lahir saje kamu lagi mak suka. Bagaikan hidup mak sempurna lengkap, tetapi buat apa kalau hidup mak bahagia tapi ayah kamu tidak." Khusyuk Wadi dan Dhian mendengar cerita Puan Neeta.
"Dari situ baru mak tahu yang ayah tak pernah ada hati dekat mak. Ayah kahwin dengan mak atas dasar kesian sebab mak sukakan dia dah lama. Sama macam mana kamu sukakan Seroja." Hujung hidung Wadi dicuit perlahan sambil bibirnya mengukirkan senyuman manis.
"Ditakdirkan jodoh mak tak panjang, kami pun berpisah. Ayah kahwin dengan orang yang dicinta sebelum ni. Semuanya berubah dalam sekelip mata." Bergenang air mata Puan Neeta. Dhian mengusap belakang badan Puan Neeta.
"Mak tak sedih?" soal Wadi.
"Tipu la kalau mak tak sedih orang yang mak cinta, cintakan orang lain." Dia pun manusia biasa ada kala sedih, marah, kecewa dengan bekas suaminya. Tapi itu lah dikatakan takdir.
YOU ARE READING
DINDA HAZREEN
Lãng mạn"Nanti Naura tunggu abang dah besar kita kahwin ye."- Dhian Naura "Abang la tunggu Naura, abang memang dah besar." - Hanneef Lutfan Perit yang ditanggung apabila janji yang dipegang selama ini dihancur dengan satu penipuan. Tetapi muncul kembali den...