Bab 28

3.8K 141 4
                                    

"Banyaknya awak ambik, kita berdua je duduk dalam rumah tu." Dia menggaru keningnya yang gatal. Hazreen lihat satu troli tu penuh dengan makanan. Ini dijaga anak orang ke anak saka.

"Ala takpe nanti bulan depan tak payah beli lagi" balas Dhian yang sibuk menilik biskut yang mahu dibelinya. Dia mengambil satu paket biskut masuk ke dalam troli.

"Dhian, awak tak kisahkan kalau setiap hujung minggu kita balik kampung?" soal Hazreen ragu-ragu. Dikuis-kuis jarinya di tempat pemegang troli.

"Tak kenapa?."

"Tak ada saya selalu balik kampung tengok Opah Som. Kalau awak tak suka saya cuba la cakap dengan opah." Dia memang akan selalu pulang ke kampung menjaga Opah Som. Dia terhutang budi dengan Opah Som yang menjaganya waktu kecil.

Opah Som yang membesarkannya dari dia masih kecil sehingga besar. Opah Som banyak mendidik dia tentang agama, adab dan sopan. Opah Som memberi kasih sayang yang cukup kepadanya. Walaupun mama sibuk kerja tapi dia tidak lupa jasa mama yang melahirkan dia di muka bumi. Mama ada sebab tertentu kenapa dia ditinggalkan bersama Opah Som.

"Boleh, saya tak kisah." Dhian tak kisah, dia pun boleh selalu pergi ke rumah arwah Mak Teh. Bersihkan apa yang patut. Sudah beberapa bulan dia tak ke sana. Mesti banyak daun gugur dihalaman rumah itu.

"Awak jangan lupa janji awak Hazreen."   Dhian pandang Hazreen dengan bibirnya terukir senyuman. Hazreen sudah kerutkan dahinya ada lagi ke dia berjanji dengan orang. Rasanya Hanneef sorang je dia pernah berjanji. Itupun dia dah tunaikan.

"Awak kata nak bagitahu kerja awak apa!"  dihentakkan kakinya kiri kanan. Dhian mencapai beberapa buah epal lalu dimasukkan ke dalam plastik. Jauh kakinya menghala ke bahagian kawasan penimbang cakap dengan Hazreen macam cakap orang tua semuanya lupa. Sudah itu, dicampaknya buah tadi ke dalam troli. Mukanya sudah cemberut.

"Kalau ye pun jangan la campak buah tu dah la tak bayar lagi. Ye nanti saya bawak awak pergi tempat kerja saya. Dah jangan nak merajuk. Jom cepat bayar." Dia melintasi Dhian dengan troli yang disorongnya. Tangannya yang sebelah dironyokkan awning depan tudung bawal Dhian.

"HAZREEN LUQMAN! AWNING SAYA!!!." Dia masih berpeluk tubuh ditepi menunggu kalau Hazreen mahu memujuknya. Bibirnya sudah memuncung. Susah dapat lelaki tak romantik.

Hazreen berpaling semula kebelakang lalu memusingkan badannya ke hadapan semula. Tergelak kecil melihat perangai isterinya yang tak ubah seperti budak tadika.

"Lambat orang tu kena bayar" ugut Hazreen. Ambik barang banyak last kali dia jugak kena keluarkan duit.

———————————————————————

Hazreen yang baru keluar dari bilik air menuju terus ke arah Dhian yang masih di dalam duvet. Dia mengejutkan tubuh kecil itu tapi apabila ditariknya sedikit duvet itu ke bawah dia lihat ada satu tompokan darah terkena pada cadar katil yang bewarna putih.

Tompokkan darah itu terkena juga diseluar Dhian. Tak lain tak bukan mesti isterinya datang haid sekarang. Macam mana Dhian boleh tak perasan.

Dia menyelak sikit rambut panjang Dhian dari menutup wajah cantik itu. Dhian merengus kecil apabila dia rasakan ada tangan sasa yang mendukungnya ke bilik air.

"Awak period ni, takpe awak bersih dulu apa yang patut biar saya tukar cadar. Kalau ada apa-apa panggil saya" tutur Hazreen dia mengusap lembut kepala Dhian. Dhian masih dalam keadaan mamai dia tak tahu apa-apa yang berlaku, sedar saja dia sudah ada dia atas mangkuk tandas.

Lepas habis Hazreen bersih cadar dia sidai pula di ampaian yang terletak di koridor rumah mereka. Hazreen lihat muka Dhian muram dan tangan gadis itu melekap di perutnya, mungkin sakit.

"Sakit ke?" soal Hazreen takut-takut. Dia kena berhati-hati dengan percakapannya. Setahu dia kalau perempuan datang haid mesti emosi tak stabil. Dhian mengangguk lemah. Dia tak larat untuk bercakap.

Hazreen mencapai tangan Dhian lalu dia bawa gadis itu baring di atas sofa di ruang tamu. Kepala gadis itu diletakkan dia atas ribanya. Hazreen mahu menyentuh perut Dhian untuk mengurut tapi tangannya ditepis. Dhian menggelengkan kepalanya agar Hazreen jangan menyentuh bahagian perut. Hazreen yang faham akan maksud terus menjauhkan tangannya.

Kesian dia melihat muka Dhian yang menahan sakit. Dia tak tahu nak buat apa, nak sentuh tak dibaginya. Jadi dia hanya mampu  mengusap sahaja ubun-ubun kepala Dhian.

"Awak saya teringin nak makan sup ayam. Awak boleh tolong buatkan tak?." pinta Dhian. Makanan apa yang terlintas difikirannya waktu ini dia mesti kena dapatkan juga.

"Erk... eh boleh taakan tak boleh. Awak tidur la dulu nanti saya buatkan." Dia usapnya lagi  rambut panjang itu sehingga tertidur lena Dhian dibuatnya. Kepala Dhian dilapikkan dengan bantal. Habis itu dia terus menuju ke dapur.

"Fuhh...tenang Hazreen hanya sup ayam biasa." Hazreen menenangkan diri dengan menarik dan menghembuskan nafasnya semula. Apron yang digantung dicapai lalu menyarungkan di badan tegapnya. Selesai diikatkan apron tadi dia letakkan tangannya di atas kabinet dapur.

"MACAM MANA NAK MASAK SUP AYAM!!!" suaranya yang kuat cuba diperlahankan tak mahu Dhian terjaga. Dia menggigit kukunya sekarang ini dia buntu macam mana nak masak sup ayam. Dia berfikir sejenak siapa yang boleh dia minta bantuan.

Telefon yang berada di dalam poket seluar diambil lalu dia mencari nombor telefon mama. Lagi bagus tanya mama. Lama dia menunggu mamanya mengangkat panggilannya.

"MA...TOLONG MAN MA...!!" Mukanya disedihkan. Dia lihat mama selamba menjawab panggilan video sambil mencicah biskut kering dengan kopi.

"Hmm..." jawab Puan Hizarah selamba. Orang sibuk layan Instagram time tu la si Hazreen nak telefon. Kalau nak mintak tolong baru reti nak cari dia.

"Dhian mintak tolong Man masakkan dia sup ayam." Jelas Hazreen seraya matanya melilau di ruang tamu takut perbualannya didengari Dhian. Malu dia kalau Dhian dapat tahu yang suaminya tak reti nak masak sup ayam. Kelihatan isterinya masih tidur dibuai mimpi.

"Lepastu?..."

"Man mana reti masak. Mama tolong ajarkan Man masak boleh?. Mama punya sup ayam kan sedap. Bolehkan ma?..." meleret suaranya meminta pertolongan Puan Hizarah.

"Pergi la tengok Youtube." Senada sahaja suara Puan Hizarah. Hidup zaman moden taakan tak reti nak guna teknologi. Kahwin reti masak tak reti.

"Ala...tak special la kalau tengok Youtube. Boleh la Mama..." pujuk Hazreen lagi. Dia kena ikut resepi turun temurun keluarga, baru sedap makan.

Bermacam cara dia pujuk Puan Hizarah daripada mengugut untuk memecahkan rahsia masing-masing sehingga la benda-benda kecik yang diungkit Hazreen. Kalau nak mintak tolong dengan mama senang kacang goreng. Tapi kalau dengan Opah Som sampai subuh esok pun dia tak mahu nak menolong.

Dia sanggup buat apa demi mendapatkan resepi sup ayam hanya untuk isteri tercinta. Lama kelamaan Puan Hizarah pasrah dia menolong juga anak terunanya ini. Kalau tak Hazreen mengugut untuk memberitahu Dhian rahsia zaman sekolahnya dulu.

"Siapkan bahan dulu nanti mama ajar." Puan Hizarah matikan panggilan video itu lalu membuatkan senarai bahan apa yang patut Hazreen sediakan.

Ting!

Selepas dia mendapat notifikasi daripada mama senarai bahan yang patut dia sediakan. Bibirnya terukir senyuman lebar. Dijoget-joget dulu sebelum membuka peti ais.

"Dari dulu memang ku suka...Hanya dirimu jual mahal..." nyanyi Hazreen didapur.

"Sekarang kau katakan cinta... Mimpi apa semalam..." sambung lagi nyanyiannya. Semangat memasak!.

DINDA HAZREENWhere stories live. Discover now