Bab 18

3.1K 149 2
                                    

"Nah ni gelas yang ketiga aku ambik untuk kau, lepasni kau mintak lagi kau ambik sendiri." Air yang berada di dalam gelas itu dihulurkan kepada Hazreen. Muka Hazreen yang tengah bengang melihat kemesraan Dhian dan Fattah.

Memang niat di hati tak mahu singgah rumah Wadi tapi motornya tiba-tiba masuk simpang rumah Wadi.

Diteguk air itu dengan rakus. Matanya tajam melihat Dhian tersenyum manis kepada Fattah. Fattah tak habis merenung wajah bersih Dhian. Dia memerhati dua orang itu di bawah rumah.

"Sakit bagitahu tau" pesan Naura kepada Fattah. Fattah hanya senyum sambil mengangguk. Dia dah biasa kena seperti ini. Lagi teruk pun ada.

Naik menyampah dia tengok drama romantik yang tak berbayar di bawah pokok mempelam itu. Wadi yang lihat urat leher Hazreen sudah tegang dia terus tersenyum.

"Sweet je Dhian tu dengan Fattah kan Man?" tanya Wadi. Saje dia nak jadi batu api sekali sekala.

"Tak." Muka Hazreen berpaling ke tepi. Tak mahu dia nak melihat lagi.

"Aku ok weh kalau Fattah tu nak kahwin dengan Dhian. Sama cantik sama padan." Ditambah lagi api kemarahan Hazreen. Gelas yang habis isinya itu digenggam kuat. Wajah Hazreen berpaling semula menghadap Wadi.

"Wadi kau nak tahu tak. Aku sayang kau." ucapan terakhir sebelum gelas yang di pegang itu pecah dalam genggamannya.

Prangg!!

Wadi yang terkejut dengan ucapan Hazreen tadi melopong melihat gelas emaknya pecah di depan mata. Bunyi gelas itu menarik perhatian Fattah dan Dhian. Tangan Hazreen mula mengeluarkan cecair merah.

"Apa kau...buat ni Man?...." perlahan sahaja suaranya. Takut didengari Puan Neeta. Habis la dia kalau emaknya tahu gelas kesayangan pecah.

"Aduhh...sakit la tangan aku ni...auch luka...aaaghhh tajamnya kaca tu" berpura-pura Hazreen mengungkap ayat itu. Kononnya dia la terpaling sakit sekarang ini. Dengan muka penuh berkerut menahan sakit pantas kakinya menuju ke arah Dhian. Dia tinggalkan Wadi bersendirian di bawah rumah.

"Blah! aku pulak. Nyah kau dari sini." Hazreen mula menolak perlahan bahu Fattah. Fattah yang faham terus mengesot ketepi. Naura hanya melihat sahaja Hazreen yang mula duduk di depan dia.

"APA YANG PECAH KAT LUAR TU WADI!" tempik Puan Neeta dari dalam rumah. Puan Neeta mula berjalan ingin melihat barang apa yang pecah. Wadi dah cuak dia nak lari pun tak guna. Emaknya sudah tiba di depan mata.

Terkejut Puan Neeta apabila dapati gelas kesayangannya sudah pecah. Matanya mencerlung tajam ke arah Wadi yang tersengih.

"BERTUAH PUNYA BUDAK!. MUHAMMAD ASWADI SINI KAU AKU KERJAKAN. DAH TUA BANGKA PUN GELAS TAK RETI NAK PEGANG TANGAN KAU KUDUNG KE MACAM MANA!!." Telinga Wadi dipulasnya kuat. Dia menarik Wadi masuk ke dalam rumah. Lebih baik dia marah anaknya di dalam rumah. Tunggu la nasib Wadi dia kerjakan.

"Aduuhh...mak ampun mak, bukan Wadi yang buat tu Man yang buat. Kau Man kau tunggu nasib kau kejap lagi... auch sakit mak slow-slow la heret tak nampak jalan aduii." Suara Wadi mula hilang di sebalik rumah. Terkejut tiga insan itu melihat keamukkan Puan Neeta.

"Awak ni sampai hati buat Abang Wadi macam tu. Kesian Abang Wadi kena marah dengan Mak Long." Memuncung bibir Naura. Dia tahu kalau Mak Long  mengamuk macam mana. Kakinya ingin beredar masuk ke dalam rumah tapi seliparnya ditahan oleh kaki Hazreen.

"Kau tak payah la kesian dekat ABANG WADI kau tu. Ni tangan aku berdarah kesian kat aku lagi bagus." Fattah yang berada disebelah hanya tersenyum tipis sahaja. Geli hati melihat Hazreen cemburu.

Dia menunjukkan isyarat bahawa dia mahu pulang ke rumah. Dia ucapkan terima kasih kepada Naura. Naura yang faham Fattah mahu meminta diri terus mengangguk kepalanya. Hazreen tak pandang langsung Fattah disisi. Marah dia tak reda lagi.

"Fattah tu hensem kan?. Muka dia boleh jadi model." Tersenyum malu Naura teringatkan kembali wajah Fattah. Tangannya mengeluarkan ubat gamat lalu diletakkan di atas kapas sebelum  perlahan dia sapukan luka Hazreen.

Hazreen hanya buat muka menyampah sahaja. Semua benda Fattah buat semua orang suka. Dia bukan tak suka, dia suka je Fattah tu cuma dia cemburu kalau orang yang disayang sukakan Fattah jugak.

"Kau ada boyfriend?" soal Hazreen tiba-tiba.

Tangan Naura yang mengelap luka Hazreen terhenti seketika tatkala mendengar soalan daripada Hazreen lalu dia sambung mengelap luka itu kembali.

"Ada."

Cukup retak hati Hazreen mendengar jawapan Dhian. Rupanya gadis yang diminati sudah ada yang punya.

"Tapi dia selalu busy. Takde masa nak keluar dating." Selesai sahaja ubat gamat disapu. Dia mula mengambil bandage lalu dibalutnya luka Hazreen seperti luka Fattah tadi.

"Kesian dia busy cari duit, kau dekat sini menggatal try jantan lain." Kasar sahaja ayat yang dikeluarkan. Hazreen mahu menutupi perasaan cemburu yang mula bertandang dalam hatinya.

"Dah siap." Sayu sahaja suara Naura.

Hazreen hanya memandang sepi pemergian Naura yang mula beredar masuk ke dalam rumah.

"Salah ke aku cakap tadi?" tanya Hazreen  bersendirian.

DINDA HAZREENWhere stories live. Discover now