Bab 34

3.6K 142 8
                                    

"Lama lagi ke Dhian dah tiga jam kita mengemas ni..." rungut Hazreen yang sudah duduk di atas motor kapcai birunya. Kalau tak disebabkan Dhian yang nak mengemas dekat rumah arwah Mak Teh dia dah lama sambung tidur dekat rumah.

"Sikit lagi, abang tolong angkat kotak ni berat" pinta Dhian. Hazreen mengeluh berat dengan permintaan Dhian yang menyuruhnya angkat kotak. Hazreen turun dari motor dan pergi ke arah Dhian yang berdiri di sebelah kotak tadi. Diangkatnya kotak itu lalu bawa ke arah motornya. Kotak itu diletakkan di atas bakul motor depan. Tak muat kotak itu kalau nak letak di dalam bakul.

Tanpa menunggu lama Hazreen sudah menaiki motornya lalu pantas dia menghidupkan motor. Dia memerhati sahaja Dhian sedang mengunci pintu pagar. Sesudah Dhian mengunci pagar rumah dia terus membonceng belakang suaminya. Dulu kena berjalan kaki berdua sekarang boleh naik motor sekali. Hazreen yang sudah siap sedia, menaikkan tongkat motor itu lalu menunggang balik ke rumah.

"Abang bila abang nak tukar motor kapcai biru ni?" soal Dhian memecahkan kesunyian antara mereka berdua yang hampir 10 minit diam di atas motor.

"Motor kapcai ni arwah abah punya. Dulu arwah abah selalu bawak abang dengan adik naik motor ni round satu kampung." Bukan dia tak nak tukar motor biru ini tapi ini sahaja peninggalan arwah abah yang ada. Dia selalu gunakan motor ini pergi ke mana sahaja, sekolah, pekan, surau, rempit dengan Khai pun ye juga. Ramai sahaja kawan sekolahnya tertawakan dia yang masih gunakan motor buruk ini. Dia tak heran, dia hanya pekakkan telinga sahaja. Macam orang dulu kata masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Dhian yang mendengar penjelasan Hazreen hanya mengangguk perlahan. Patut la suaminya tak mahu tukar rupanya peninggalan bapa mertuanya.

"Abang!."

"Ye."

"Bila abang nak bawak Dhian pergi kubur arwah abah?." Dah lama Dhian mahu bertanya soalan ini kepada Hazreen tapi tak ada masa.

"Dhian nak pergi ke?." Siapa la Hazreen kalau tak bertanyakan soalan semula.

"Mesti la nak!" jawab Dhian penuh teruja. Walaupun dia hanya boleh melawat pusara sahaja tapi dia nak jugak melawat.

"Nanti abang bawak, tak jauh pun belakang surau je tempat kubur arwah abah." Arwah abahnya dikebumikan di kampung manakala arwah Hanneef dikebumikan di KL. Dia akan kerap ke pusara mereka tapi yang lebih kerap melawat pusara arwah Hanneef mungkin sebab mereka kembar dan dia selalu rindukan adiknya.

Skreekk...

Terhenti motor Hazreen apabila dia perasan ada motor lain yang menghalang laluan mereka. Terkejut Dhian tatkala Hazreen memberhentikan motor secara tiba-tiba. Dia lihat muka Hazreen di cermin sisi motor itu sudah menayangkan wajah bengis. Hazreen mengetap rahangnya, apa pulak kali ini...

"Halo sweet couple!" sapa Yan kepada pasangan sejoli di depannya sekarang ini. Hazreen sudah buat muka menyampah sebelum dia lihat dikirinya ada Wadi dan juga Khai, disebelah kanan pula ada Fattah. Semua mereka menunggang motor masing-masing.

"Apa korang nak?." Orang nak balik time ni la kawan-kawannya nak mengacau. Belakangnya sudah sakit mengemas dengan Dhian tadi. Dia baru impikan katil yang empuk dengan kipas yang terpasang sejuk. Fuh nikmat dunia.

"Alang-alang kau ada dekat sini kitaorang nak ajak kau race. Awal ada beran?" ternaik sikit kening Yan. Tangannya disilangkan di dada, terukir senyuman sinis seakan-akan mencabar Hazreen.

"Taknak aku, lagipun belakang ada Dhian..."

"JOM!" jerit Dhian teruja di sebelah telinga Hazreen. Lelaki itu sudah tutup telinganya menggunakan sebelah tangan. Boleh pekak dengar Dhian menjerit. Hazreen memusingkan kepalanya. Muka isterinya dipandang dengan penuh riak wajah pelik. Gila ke apa bini dia nak race pulak.

DINDA HAZREENWhere stories live. Discover now