Wadi membetulkan baju kemeja putihnya. Hari ini hari yang paling bermakna bagi dia. Kotak cincin baldu merah itu diambil lalu dibuka. Tersenyum lebar Wadi melihat sebentuk cincin dengan hiasan batu permata ditengah.
Mesti cantik kalau cincin ini ada di jari manis Seroja. Betul harini adalah hari dia melamar Seroja. Selepas dia ingat semula keberanian Hazreen melamar Dhian seorang diri, dia pun mahu mencuba.
Dia simpan kotak cincin itu dalam poket seluarnya. Wadi melihat lagi sekali penampilannya di cermin. Rambutnya kemas disebak kebelakang. Bajunya putih bersih, kena pula dengan seluar bewarna hitam.
Habis itu, dia keluar dari bilik menuju ke pintu rumah. Kakinya terhenti bila terdengar maknya memanggil namanya.
"Nak pergi mana?" tanya Puan Neeta. Hairan dengan penampilan anaknya, hensem segak bergaya.
Wadi tersenyum malu sebelum dia mengeluarkan kotak cincin lalu ditunjukkan kepada maknya.
"Doakan Wadi tau mak" ujar Wadi, tangan Puan Neeta disalam. Lebar senyuman Puan Neeta, dia terus mencium dahi anaknya. Tak sangka anak terunanya sudah besar.
"Wadi pergi dulu, Assalamualaikum." Dia balas balik ciuman di dahi maknya. Dia meminta diri untuk pergi, kasut kulit dicapai lalu disarungkan.
"Haihh, tak romantik la kalau naik kereta." Wadi bercakap bersendirian sebelum dia ambil keputusan untuk jalan kaki ke rumah Seroja.
Walaupun jauh tapi dia sanggup, untuk buktikan kepada Seroja bertapa besarnya cinta dia terhadap gadis itu. Sampai sanggup letih berjalan kaki semata-mata untuk melamar.
Kini Wadi sudah sampai betul-betul di depan rumah Seroja. Dia lihat ada beberapa buah kereta yang tak dikenali. Mungkin sepupu datang gamaknya.
Wadi memasang telinga mendengar perbualan orang tua Seroja kuat bersembang sebelum dia memutuskan untuk memberi salam.
"Assalamualaikum!" laung Wadi, dia melihat banyak kasut diluar. Memang sah sepupu Seroja datang.
"Waalaikumusalam. Oh..Wadi kenapa datang ni?" tanya Puan Seri, ibu kepada Seroja.
"Saya nak jumpa Seroja sekejap, boleh makcik.." perlahan suaranya. Senyuman manis dilemparkan kepada Puan Seri.
"Seroja ada dekat dalam, kejap ye makcik panggil." Dia masuk ke dalam untuk memanggil anak daranya.
Beberapa minit Wadi menunggu di luar baru, terpacul wajah gadis yang dicintai berdiri di depan pintu. Terkedu Wadi melihat Seroja yang cantik dihiasi makeup, tambah pula gadis itu memakai baju kurung, bersulam bunga warna biru cair.
Seroja mula menghampiri Wadi yang diam. Mata Wadi langsung tak terkalih dari memandang Seroja.
"Wadi..?" tangannya melambai di hadapan muka lelaki itu. Malu dibuatnya bila Wadi pandang dia lama-lama.
"Ehem...ye?" Wadi menelan air liur, baru dia tersedar. Hatinya berdegup kencang.
"Kenapa datang sini?" Seroja mula cemas, matanya mengintai ke dalam takut tetamu yang datang perasan dia dengan Wadi di luar rumah.
"Saya datang sini sebenarnya..."
"Seroja" panggil seseorang. Terhenti tangan Wadi yang mahu mengeluarkan kotak cincin di poketnya apabila dia ternampak satu susuk tubuh lelaki berdiri di depan pintu.
"Siapa ni?" tanya Fazril. Dihalakan jari telunjuknya ke arah Wadi. Bingung Wadi seperti patung tak faham akan situasi sekarang.
"Kenalkan ini Wadi kawan Seroja, Wadi ini Fazril tunang Seroja" segan Seroja memperkenalkan Fazril kepada Wadi.
YOU ARE READING
DINDA HAZREEN
Romance"Nanti Naura tunggu abang dah besar kita kahwin ye."- Dhian Naura "Abang la tunggu Naura, abang memang dah besar." - Hanneef Lutfan Perit yang ditanggung apabila janji yang dipegang selama ini dihancur dengan satu penipuan. Tetapi muncul kembali den...