Bab 63

4.2K 135 12
                                    

Wadi mengejar langkah orang tua itu. Dulang ditangan di capainya.

"Biar Wadi yang buat, opah duduk je" ujar Wadi lembut. Opah Som melemparkan senyuman manis kepada pemuda itu.

"Muah...sayang cucu tokma ni." Puas hati Puan Hizarah dapat mencium pipi gebu cucunya. Puan Zatul tersenyum riang.

Puan Neeta mengajak semua ahli keluarga berkumpul di rumahnya untuk sekali minum petang bersama. Minum petang dibuat di luar rumah, di atas pangkin.

Wadi menuangkan teh tarik ke dalam setiap gelas, kemudian dia menghulur gelas kepada semua yang ada di situ.

"Ni aku ada bawak cekodok pisang" kata Opah Som.

"NAK!" jerit Hazreen teruja. Tangannya baru saje mahu mengambil tapi Opah Som laju menepis tangan cucunya.

"Ahh kau!!, bagi orang tua merasa dulu." Dia bukan tak tahu Hazreen kalau dah dapat cekodok pisang, langsung tak ingat orang belakang. Bibir Hazreen dah memuncung.

"Dhian mana Hazreen?." Soal Puan Zatul kepada menantunya. Dari tadi lagi dia tak nampak anak bongsunya.

"Dekat dalam" jawab Hazreen baik. Cekodok pisang itu diambil senyap-senyap tanpa pengetahuan Opah Som. Dia tengok opahnya rancak berborak dengan mamanya.

"Orang sibuk dekat luar, dia boleh duduk dekat dalam." Kesian dia tengok Wadi saje ulang-alik membawa makanan.

Wadi mengambil tempat duduk di sebelah Yan. Tak sampai beberapa minit dia duduk, Dahlia datang menghulurkan getah rambut ke arahnya.

Wadi tersenyum sebelum dia mengambil getah rambut kecil itu lalu diikatnya rambut anak kecil itu. Selesai dia ikat rambut Dahlia, bahunya dipukul lembut Yan.

"Wadi tu siapa?." Soal Yan. Wadi melihat siapa yang dimaksudkan oleh kawannya ini.

"Itu cousin aku, isteri orang." Letih dia nak kenalkan Dalisha kepada kawan-kawannya. Haritu Hazreen ni Yan pulak.

"Eh berapa ramainya cousin kau ada, cantik pulak tu.." Dia tak tahu pulak Wadi ada ramai sepupu cantik.

"Kena lah tu, Wadi pun hensem" puji Khai. Air di dalam gelas diteguk perlahan.

"Kalau ada lagi recommend lah dekat aku" ujar Yan sebelum lengan Wadi disikunya.

"Cukup lah Hazreen sorang je yang masuk family aku, jangan lah kau." Nasib baik sepupunya dah kahwin, kalau ada lagi confirm semua kawan-kawannya nak try. Fattah dah tersenyum di belakang. Cekodok pisang disuakan ke dalam mulut.

"Sampai hati tak bagitahu ibu!" tersengih-sengih Dalisha selepas dia memberitahu yang dia bakal menimang lagi seorang cahaya mata.

"Dah berapa bulan?" soal Puan Neeta. Yang baru keluar dari rumah. Rancak betul borak sampai ke dalam boleh dengar.

"Dua bulan" kata Dalisha. Dia merapatkan tubuh Puan Zatul dengannya. Tahu sangat Puan Zatul merajuk sebab merahsiakan tentang hal ini.

"Along saje nak buat suprise. Suprise!!!." Dia mendepakan tangannya lalu memeluk ibunya. Puan Zatul laju memberi cubitan ketam kepada anak sulungnya. Geram dengan anaknya yang sorang ini.

"Tahniah bang Jad" ucap Hazreen. Wadi dan Hazreen bersalam dengan Syarizzat. Lelaki itu hanya menyambut huluran tangan sambil tersenyum malu.

"Opah bersalin tu sakit ke?" tiba-tiba sahaja Yan tanya soalan itu. Selepas beberapa minit mereka senyap.

"Apa punya soalan lah kau ni!!. Mesti lah sakit nyawa tinggal 50/50 je time tu." Getus Hazreen. Tak bijak betul Yan ni.

"Sakit Yan.." jawab Opah Som lembut.

DINDA HAZREENWhere stories live. Discover now