Bab 39

2.9K 130 4
                                    

"Ssshh..." kata Dhian perlahan dia mahu mengambil Ahnaf dari pelukan Hazreen. Hazreen tersedar apabila dia rasakan Ahnaf ditarik seseorang dari arah belakang laju tangan dia menampar orang itu.

Pang!

Terlopong mulut Dhian apabila dia rasakan pipinya pedih ditampar oleh Hazreen. Hazreen pula terkejut melihat gerangan yang ditamparnya tadi isterinya. Pantas dia mendapatkan Dhian yang tersungkur jatuh di tepi katil. Tangan Dhian masih melekap di pipinya.

"Sayang! sorry, sorry abang tak sengaja." tubuh kecil Dhian dibawa ke dakapannya. Dicium berkali-kali pipi yang dipegang Dhian tadi, tapi isterinya tak memberikan sebarang reaksi termenung sahaja mungkin tak percaya Hazreen menamparnya. Mata Dhian sudah bergenang empangan air matanya mahu pecah.

"Sayang cakap dengan abang dekat mana sakit?. Aduh...abang minta maaf, abang betul-betul tak sengaja." Hazreen dah risau melihat air mata Dhian sudah bergenang. Mahu sahaja dia ketuk kepala dia dekat dinding disebabkan tamparannya tadi. Dia pulak tampar sekuat hati.

"Awak tampar saya Hazreen?" mukanya yang datar langsung tak beriak apa-apa, badannya yang dipeluk Hazreen dibiarkan sahaja. Air matanya tumpah.

"Sumpah demi Allah, abang takde niat nak tampar Dhian. Abang takut kalau ada orang ambik Ahnaf itu je." Air mata Dhian diseka perlahan, lengan kekarnya masih erat memeluk Dhian. Kalau dah mamai semua benda tak betul jadinya.

"Awak...tsk lagi....tsk sayang Ahnaf lebih...tsk..tsk dari...saya eeherrgh..." menangis Dhian dalam pelukan Hazreen. Pipinya masih ada kesan merah dan semestinya sakit. Hazreen pula mengusap belakang Dhian, memujuk Dhian berhenti nangis. Ahnaf di atas katil diintai sikit takut terjaga budak itu dengar tangisan Dhian.

"Tak abang sayang Dhian lebih dari budak debab tu...jangan la nangis macam ni nanti Ahnaf terjaga." Dhian terus lap air matanya lalu bangun mendukung Ahnaf yang masih terlena dibuai mimpi. Hazreen pelik dengan Dhian yang tiba-tiba bawa Ahnaf keluar, rasanya tadi dia menangis, sekarang muka garang pulak. Dia menggaru kepalanya yang tak gatal lalu dia ikut langkah Dhian.

"Nah ni beg dia." Dhian menghulurkan beg Ahnaf kepada Akma yang elok berdiri di depan pintu pagar. Hazreen mula menerpa ke arah Dhian yang berdiri di depan pintu, patut la Dhian nak ambik Ahnaf rupanya, Akma sudah balik. Dia pun pelik tadi tiba-tiba Dhian memakai tudung sarung. Hazreen terus berdiri di sebelah Dhian, tangannya melingkar pinggang ramping itu dan terus merapatkan lagi jurang jarak mereka.

"Terima kasih tolong jagakan Ahnaf sepanjang saya tak ada dekat sini. Maaf ganggu hujung minggu awak berdua. Saya balik dulu Hazreen, Dhian" senyuman manis ditayangkan ke arah pasangan itu. Akma mendukung Ahnaf dan terus beredar balik ke rumahnya.

Dhian menjeling Hazreen yang sedang menunggunya menutup pintu rumah. Baru kakinya ingin mengorak langkah masuk ke dalam bilik semula pergerakannya di kunci seseorang.

Hazreen meletakkan dagunya dibahu Dhian, langsung isterinya tak mahu memandang ke arahnya. Marah lagi la tu.

"Marah abang lagi ke?" tiada jawapan dari Dhian, itu tandanya isterinya masih marah lagi.

"Lepas la saya nak siap nak pergi kerja." Dhian cuba leraikan pelukan Hazreen tapi gagal, dia langsung biarkan sahaja.

"Abang hantar" Hazreen meleraikan pelukannya. Dibiarkan Dhian berlalu masuk ke dalam bilik menukar baju.

———————————————————————

Lagi beberapa laps Hazreen mahu menghabiskan sesi latihannya. Berpinar matanya apabila terkena sinaran cahaya matahari yang terik. Khai yang berada dibelakang risau melihat Hazreen membawa motor yang semakin lama semakin perlahan. Hazreen seperti tak fokus dengan latihan mereka pada hari ini.

DINDA HAZREENWhere stories live. Discover now