Bab 41

2.9K 119 2
                                    

"Mak Wadi keluar dulu!" laung Wadi kuat dari luar rumah. Entah dengar ke tak maknya itu sibuk memasak. Dia sudah siap berkemeja kemas mahu membawa Seroja pergi ke taman bunga. Baru kelmarin Wadi mengajak Seroja nasib baik gadis itu sudi, katanya dia pun sudah lama tak pergi ke taman bunga.

Baru sahaja selesai mengikat tali kasut kedengaran beberapa buah biji motor masuk ke perkarangan rumahnya. Siapa lagi kalau bukan kawan-kawannya.

"Wahh...Wadi kita nak ke mana siap berkemeja bagai?" usik Yan. Selalunya dia nampak Wadi berkemeja waktu hari kerja sahaja, ini hari cuti pun berkemeja juga. Aneh.

"Aku nak pergi pasar beli kunyit hidup" tipu Wadi sambil membuka pintu kereta. Khai menongkatkan motornya lalu turun pergi ke arah Wadi. Dia baunya badan Wadi harum semerbak. Wadi menjauhkan kedudukan mereka. Apahal pulak Khai bau-bau badan orang ni?.

"Fuuhh minyak wangi satu tan. Siapa kau nak ngorat dekat pasar sana?, aunty cina jual sayur tu. Hahahaha..." Ketawa Khai dan Yan. Fattah mampu tersenyum sahaja di atas motor.

"Suka hati aku lah nak ngorat siapa pun!. Ni apahal korang datang rumah aku buat semak je?." Pagi-pagi lagi datang rumah orang, lepastu bahan dia.

"Tok imam mintak tolong kita bersihkan surau. Banyak dah berhabuk katanya." Mereka sahaja pemuda yang rajin nak mengemas surau kampung. Kalau nak mintak tolong orang lain mahu dimintak bayaran dulu baru kerja jalan.

"Ok lepas tu?" soal Wadi sambil dia mengibas tempat alas kaki pemandu yang kotor. Malu dia kalau Seroja nampak keretanya tidak bersih.

"LEPAS TU KITAORANG DATANG SINI MEMANG NAK AJAK CIK N KEMAS SEKALI!!" jerit Yan kuat sakit pulak hati dia. Kalau dah datang sini nak ajak siapa lagi tolong kemas, mesti nak ajak Wadi.

"Ssshh...Yan kau ni kalau Cik N dengar macam mana?" tegur Khai takut didengari Puan Neeta di dalam. Yan kalau nak perli tak ikut tempat langsung nama orang lain pun disapu sekali.

"Aku busy, korang kemas la bertiga." Takkan nak kena dia ada baru kerja jalan. Lagipun surau kampung bukan besar mana, boleh saje tiga orang kemas. Ramai-ramai nanti bukannya semua buat kerja.

"Haihh...ini kes nak mengorat Seroja la ni." Perli Khai ditolaknya sikit lengan Yan. Yan disebelah senyum mengejek. Ingat mereka tak tahu Wadi ada simpan perasaan dengan Seroja, dah berapa banyak kali Wadi cuba nak dekat dengan Seroja sejak zaman sekolah lagi.

"Aawww... Wadi kita dah besar nak ada gewe dah" sakat Yan suaranya dibuat-buat lembut. Fattah yang lama duduk di atas motor dia mula turun. Tertunduk malu Wadi dengar ayat Khai tadi. Dia tak kata salah dan tak jugak kata betul.

"Takpe ah kalau macam tu kitaorang taknak ganggu kau yang ingin berasmaradana dengan bunga Seroja kau tu." Khai mula menaikkan tongkat motor semula.

Pak.

"Aduh!" adu Khai apabilakepalanya diketuk benda keras. Wadi sempat mengetuk kepala Khai menggunakan telefonnya.

"Tak payah nak berasmaradana sangat, bukan pergi mana pun dengan Seroja taman bunga je" ujar Wadi sebelum dia memasukkan semula telefonnya di dalam kocek seluar. Mereka bertiga terdiam seketika sebelum...

"HAHAHAHA...WADI?, PERGI TAMAN BUNGA?!!HAHAHAHA... WEH LAWAK. HAHAHA...." Gelak Yan dengan Khai. Tak sangka Wadi nak dating dekat taman bunga, ingatkan nak bawa pergi makan atau pergi jalan-jalan dekat mall. Ini taman bunga, dia ingat zaman p.ramlee jumpa gadis di taman bunga.

"Aduh lawak sebelum ini Man mat bunga, yang ni kau pulak hahaha... memang kalau nak ngorat perempuan mesti ada kena mengena dengan bunga eh?." Tangan Yan diletakkan diperutnya. Sakit dia gelak dengan perangai Wadi yang tiba-tiba berubah 180 darjah.

DINDA HAZREENWhere stories live. Discover now