Prologue

1.1K 19 2
                                    

Hujan turun dengan lebat sekali di hari pengebumian itu. Jaehyun langsung tidak dapat memegang payungnya dengan betul. Kudratnya seolah-olah sudah hilang. Pengawalnya terpaksa melakukan untuknya.

Terlalu banyak perkara yang bermain difikirannya saat ini. Salah satunya adalah bagaimana dia harus meneruskan legasi bapanya untuk memimpin begiti ramai orang. Walaupun sudah dilatih lama, tapi dia tetap tidak bersedia.

Majlis pengebumian itu adalah majlis tertutup. Ia hanya melibatkan beberapa orang kanan yang boleh dipercaya. Mereka tiada keluarga atau saudara lain. Hanya mereka sahaja. Rakan kongsi mereka hanya diberitahu tanpa diundang.

Kematian Mr. and Mrs. Jung adalah atas dasar pembunuhan. Oleh sebab itu, kawalan keselamatan diperketatkan hanya untuk melindungi satu-satunya waris yang tinggal. Iaitu Jaehyun.

Lelaki itu terpaksa diiring dan dipegang ketika mereka pulang ke rumah. Dia sudah seperti kehilangan nyawa. Dia tahu, saat ini sudah ramai orang yang berbaris untuk membunuhnya. Oleh sebab itu, orang kanan yang paling dipercaya oleh bapanya telah melatihnya. Ia adalah janji terakhir pengawal itu.

Jaehyun sangat cepat belajar. Sekejap sahaja dia sudah mahir dalam banyak hal. Mungkin ia didorong oleh impiannya untuk mencari pembunuh ibu bapanya.

Pimpinannya lebih kejam dan tegas berbanding ayahnya. Dia langsung tiada belas kasihan. Dan itu yang membuatkan dia lebih kuat dan ditakuti.

Orang kanan ayahnya langsung tidak risau jika Jaehyun bertindak sendirian atau keluar berjumpa musuh hanya ditemani oleh beberapa orang pengawal.

Salah satu sebabnya mungkin dia tahu betapa kuatnya Jaehyun kerana lelaki itu selalu kembali ke rumah dengan sedikit luka sahaja. Dan satu lagi sebab adalah kesemua pengawal yang dibawanya juga sangat mahir dan kuat. Semuanya atas didikan Jaehyun sendiri.

Hal ini membuatkan Jaehyun sangat terkenal dalam kalangan dunia mafia. Semua orang tahu perbezaan pimpinannya berbanding ayahnya. Membuatkan semua orang takut untuk mengkhianati atau menjatuhkannya.

Akan tetapi, masih ada juga kumpulan mafia lain yang ingin menghancurkannya. Dan Jaehyun mengalu-alukan kedatangan mereka semua. Dia langsung tidak gentar.

Walaupun dia adalah ketua mafia yang paling muda, dia adalah yang paling menggerunkan.

Jaehyun langsung tidak tertarik pada sesiapa. Jika dia ingin memuaskan nafsu, dia akan melakukan secara random. Tetapi, tidak pernah lebih sekali dengan orang yang sama. Malah, dia hanya melakukannya beberapa kali dalam setahun.

Ada juga orang bertanya apa yang dia mahukan. Semua mafia mempunyai perempuan dan lelaki simpanan. Tetapi tidak pada Jaehyun.

Jawapannya hanya satu. Dia mahukan orang itu. Tiada siapa tahu siapa orang itu dan kenapa Jaehyun menginginkannya. Adakah dia mahu membunuh orang itu? Atau mungkin merekrutnya? Ataupun berkahwin dengannya? Tiada siapa yang tahu.

Orang kanan ayahnya itu adalah satu-satunya orang yang tahu dan faham bagaimana Jaehyun membesar. Dia yang bekerja dengan keluarga Jung sejak bertahun-tahun dulu. Dia sahaja yang tahu kemampuan Jaehyun.

Sehinggalah dia juga perlu meninggalkan Jaehyun.








Kali ni aku tunggu korang komen nak baru aku sambung cerita ni. Kecewa tau NoMin tak dapat sambutan. Btw, this story ada mature content. So, pikir2 sebelum baca.

xoxo, M


Obsession [JaeYong] [BL] [18+]✔️Where stories live. Discover now