Sudah hampir seminggu berlalu sejak Taeyong diterima di banglo keluarga Jung itu. Dan dia masih belum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan itu. Hidup mereka teratur dan terlalu damai. Berbeza dengan cara hidupnya selama ini.
Semakin dia mengenali Jaehyun semakin dia memahami kenapa lelaki itu benar-benar disayangi dan dihormati. Dia tidak menggunakan kekerasan walaupun dia seorang yang tegas membuatkan semua orang-orangnya setia kepadanya dari hati mereka sendiri tanpa paksaan.
Dan sehingga saat ini juga hati Taeyong semakin terikat dengan ketua mafia itu. Tahap obses antara mereka semakin meninggi. Akan tetapi, Taeyong juga tahu bahawa wujud perasaan yang lain dalam dirinya kepada lelaki itu. Dia bersedia meninggalkan segala-galanya jika itu adalah harga yang perlu dibayar untuk dia kekal bersama Jaehyun.
"Awak kat sini?"
Taeyong menoleh pantas mendengar suara feminin itu. Jungwoo berjalan mendekatinya dengan senyuman lebar.
"Saya beli coklat." ujar Jungwoo ketika duduk di sebelah lelaki itu. "Saya nak awak rasa juga."
Jungwoo adalah orang yang paling baik kepadanya selepas Jaehyun di dalam rumah itu. Taeil juga melayannya dengan baik walaupun dia jarang bertemu lelaki itu. Dia selalu menghilang entah ke mana.
"Nah." Jungwoo mematahkan bongkah coklat yang dipegangnya sebelum dihulurkan kepada Taeyong.
"Saya tak suka benda-benda manis."
Jungwoo menukar riak wajahnya kepada geram. "Awak makan sebelum saya buat awak makan."
Taeyong ketawa dengan amaran comel itu. Dia mencapai tolong yang diberikan padanya sebelum menggigitnya secara perlahan-lahan. Mereka kini sedang duduk di kawasan taman rumah agam itu.
"Macam mana tinggal kat sini?" tanya Jungwoo.
"Saya masih biasakan diri." Taeyong menjawab.
"Awak okay dengan orang-orang kat sini?" Jungwoo mengangkat keningnya.
"Orang yang boleh terima saya dengan baik selain Jaehyun cuma awak dan Taeil." selamba Taeyong bersuara. "Saya tahu yang lain tak suka dengan saya."
Jungwoo tergelak. "Bagi mereka masa. Mereka cuma tak biasa je."
Taeyong mengangkat bahunya. "Saya tak kisah pun. Saya kat sini hanya untuk Jaehyun. Saya tak peduli apa mereka nak rasa."
"Awak orang pertama yang Jaehyun bawa masuk ke dalam keluarga Jung." beritahu Jungwoo. "Dia tak pernah bawa sesiapa pun ke sini."
Taeyong mengerutkan dahinya. "Takkan langsung tak ada? Dia pun ada nafsu kan?"
Jungwoo tergelak lagi. "Dia akan lampiaskannya di luar. Orang luar yang tak pernah diiktiraf masuk ke keluarga ni tak boleh datang. Kecuali atas urusan bisnes semata-mata. Itupun sesiapa yang terpilih je."
Taeyong hanya berdiam diri. Dia tidak tahu sama ada dia benar-benar istimewa atau sebaliknya. Jaehyun tidak pernah menjelaskan perasaannya secara serius mengenai hubungan mereka. Dia hanya tahu lelaki itu obses kepadanya.
"Bos bukan orang yang mudah." Jungwoo bercerita lagi. "Dia sangat teratur dalam hidupnya."
"Berbeza dengan saya." Taeyong menggumam.
Jungwoo hanya tersengih. "Ini pertama kalinya kami nampak dia berminat pada seseorang. Dia tak pernah tunjukkan apa-apa perasaan pada sesiapa. Dia tak berminat langsung. Awak orang pertama."
"Kenapa saya?" Taeyong mengerutkan dahinya.
Jungwoo hanya mengangkat bahunya. "Dia seorang yang misterius. Tak ada sesiapa yang boleh faham dia. Selain Johnny mungkin. Tapi tetap susah. Dia bukan seseorang yang terbuka."
Taeyong tidak bersuara lagi.
"Semua orang yang ada dalam kumpulan ni..." Jungwoo menambah. "Semuanya datang dan merayu untuk diterima. Dan Jaehyun bukan orang yang menerima sesiapa secara membabi buta."
Taeyong mengangguk. Dia dapat menduga perkara itu.
"Dan kalau awak dibawa sendiri oleh dia..." Jungwoo mengukir senyuman manis. "Maknanya awak benar-benar ditakdirkan untuk berada di sini."
Taeyong menarik nafas panjang. Dia merasakan perkara itu terlalu berat untuk seseorang sepertinya. Dia tidak tahu sama ada dia layak atau tidak.
Semakin lama dia merasakan taraf Jaehyun terlalu tinggi untuk membolehkan dia berdiri di sebelah lelaki itu. Akan tetapi, dia juga tidak mahu kehilangan tempatnya.
"Awak rasa saya layak ke?"
Jungwoo mengangkat keningnya. "Untuk berada di sini atau berdiri di sebelah Jaehyun?"
"Dua-dua."
Jungwoo segera ketawa. "Apa yang kami buat adalah kami sentiasa percaya pada Jaehyun."
Taeyong mengerutkan dahinya.
"Keputusan yang dia buat adalah untuk kebaikan semua orang. Dia dah ambil kira semua perkara." Sambung Jungwoo. "Awak cuma perlu buat semua tu."
Taeyong masih tidak dapat memahami maksud tersirat jawapan itu dengan soalan yang diberikannya. Akan tetapi, dia memutuskan untuk tidak bertanya lagi.
"Jungwoo!"
Serentak kedua-dua orang itu menoleh. Kelihatan Johnny berdiri tidak terlalu jauh dari mereka. Wajahnya kekal dingin dengan sedikit kerutan.
Taeyong sudah terbiasa dengan pandangan orang kanan Jaehyun itu. Setakat ini dia hanya menganggap bahawa lelaki itu memang seperti itu. Tetapi pada hakikatnya, dia tahu lelaki itu seperti tidak gemar dengan kehadirannya.
"Saya pergi dulu." Jungwoo bangun perlahan-lahan. "Dah kena panggil tu."
"Faham." Taeyong mengenyitkan matanya sambil tersenyum sinis.
Jungwoo hanya tergelak kemudian berjalan ke arah Johnny yang masih kekal dengan riak wajah seperti itu. Mereka mula berjalan beriringan pergi.
Semua orang dalam keluarga Jung sedia maklum bahawa Johnny dan Jungwoo adalah sepasang kekasih termasuk Taeyong. Walaupun begitu, mereka tidak pernah berinteraksi terlalu mesra di hadapan orang. Jungwoo tidak kisah. Dia tahu Johnny harus mengekalkan posisinya dengan baik.
"Saya tak suka awak rapat sangat dengan dia."
Jungwoo memandang Johnny sambil mengerutkan dahinya. "Taeyong?"
Johnny mengangguk. Kerutan di wajahnya masih kelihatan.
"Kenapa pula?" Jungwoo semakin bingung. Taeyong adalah orang istimewa bagi Jaehyun. Dan seharusnya, Johnny tidak mengatakan itu.
"Saya tak suka, Jungwoo." Johnny bersuara tegas. "Jangan rapat sangat dengan dia."
To be continue.....
You Belong To Me dah habis. Fanfic baru Jaehyun dgn Thai actor akan di publish tak lama lagi. NoHyuck punya fanfic otw. Nak lagi? Sila komen. Dan vote.
xoxo, M
YOU ARE READING
Obsession [JaeYong] [BL] [18+]✔️
FanfictionJaehyun adalah mafia paling muda dalam sejarah bandar itu. Dia mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang luas membuatkan tiada seorang pun yang mampu mempersoalkan kemampuannya. Malangnya, di kala terlalu ramai yang cuba membunuhnya dalam diam, dia...