Chapter 20

205 8 1
                                    

"Awak nampaknya ada pengawal baru?"

Jaehyun memandang lelaki di hadapannya itu dengan wajah yang datar seperti biasa. Dia memandang ke arah orang yang dimaksudkan sekali imbas kemudian dia kembali memandang kertas yang dipegang, menolak untuk menjawab.

"Dia nampak sangat muda." Ujar lelaki itu lagi. "Mesti masih fresh."

Jaehyun menarik nafas panjang. Dia kini sedang mengadakan urusan perbincangan untuk menjalinkan hubungan kerjasama dengan kumpulan Kang dari tenggara. Kumpulan yang tidak pernah ingin bekerjasama dengan mereka. Walaubagaimanapun, Jaehyun mengenali mereka yang diketuai oleh Ahn Geun Lim.

Akan tetapi, Ahn Geun Lim hanya menghantar orang kanannya, Dawn untuk berbincang. Dawn sangat terkenal dengan sifatnya yang terlalu gatal dan berahi. Sesiapa sahaja yang menarik perhatiannya tidak kira sama ada lelaki atau perempuan pasti akan berakhir di atas katilnya sama ada secara sukarela atau paksa.

"Dia sangat cantik." Dawn masih lagi merenung orang yang dimaksudkannya dengan wajah yang hampir mengalirkan air liur. "Saya betul-betul nak—"

"Orang-orang saya tak ada dalam deal perjanjian."

Wajah miang Dawn bertukar menyampah apabila Jaehyun memintas cakapannya. Dia merenung lelaki itu sambil menyumpah seranah dalam hati.

Taeyong, lelaki yang sebenarnya menarik perhatian Dawn berusaha menahan ketawa. Dia cuba mengekalkan wajah seriusnya. Dia tahu Jaehyun saat ini bukan berada dalam mood yang baik atas provokasi itu.

Sejujurnya, Taeyong membantah untuk ikut berurusan dengan Jaehyun atas banyak faktor terutama sekali kerana orang kanan lelaki itu adalah Johnny. Akan tetapi, Johnny telah ditugaskan ke tempat yang lain membuatkan kali ini dia bersetuju.

"Jaehyun..." Dawn memanggil nama lelaki itu. "Awak tahu saya masih tunggu awak hubungi saya. Saya akan bagi awak khidmat seks sepuasnya." Lelaki itu tersenyum sinis kemudian mendekatkan mukanya sedikit. "Biasanya saya adalah top. Tapi kalau dengan awak saya rela jadi bottom."

Tangan Taeyong hampir bergerak untuk dihayunkan menumbuk muka lelaki itu bagaimanapun berjaya ditahan. Jaehyun sepertinya langsung tidak terkesan. Lelaki itu hanya meneruskan untuk meneliti semua isi kandungan kertas kerja itu. Dawn semakin menyampah dan memandang orang-orangnya sambil mengisyaratkan sesuatu yang tiada siapa dapat perasan.

"Suruh orang-orang awak simpan pistol mereka, Dawn."

Dawn terkedu mendengar komen Jaehyun yang tiba-tiba. Belum sempat dia memberi arahan seterusnya, semua orang-orangnya mengeluarkan pistol begitu juga dengan orang-orang keluarga Jung. Jaehyun masih lagi tenang di posisinya.

Dan pada saat itu, Dawn mengeluarkan pistol dan mengacukannya ke arah Jaehyun. "Macam mana awak tahu mereka nak keluarkan pistol?"

Jaehyun tergelak kecil. "Saya berada di dunia gelap ni dah lama. Semua bunyi dah jadi terlalu sensitif."

Dawn tersenyum sinis yang menakutkan. "Kalau macam tu awak patut ma—"

Belum sempat Dawn melepaskan tembakan, satu pisau dibaling tepat ke tangannya. Pistol yang dipegang terlepas dengan iringan jeritan bersama darah yang mengalir keluar dari tangannya itu. Saat itu juga, tembakan mula dilepaskan di sini sana. Kedua-dua kumpulan mula saling membunuh.

"Arghhh!!!" Dawn memandang ke arah Taeyong dalam keadaan terketar-ketar menahan kesakitan.

"Opssss!" Taeyong tersenyum sinis sebelum kembali menyimpan tangannya yang membaling pisau tadi. "Terlepas."

Keadaan menjadi semakin huru-hara di sekeliling mereka. Semua orang saling berlawan dan anehnya, tidak mengganggu tiga orang yang masih berada di posisi yang sama pada ketika itu.

"Nah." Jaehyun meletakkan kertas yang dibacanya sejak tadi sambil memandang Dawn yang masih dalam kesakitan. "Kembalikan pada bos awak. Ini adalah proposal paling teruk pernah saya baca."

Lelaki tampan itu berdiri dan memandang sekeliling. Mengetahui tiada siapa yang boleh mencederakan mereka lagi. Dia mengangguk kepada orang-orangnya sebelum mereka berlalu pergi.








***************************








Johnny berjalan masuk ke rumah agam milik keluarga Jung itu sambil meregangkan otot lehernya. Perjanjian yang seharusnya dikendali olehnya tidak berakhir dengan baik. Tiada persetujuan dari kedua-dua pihak. Mengetahui cara Jaehyun berunding selama ini, Johnny tahu apa yang dia buat adalah yang seharusnya.

Dia masih ingat lagi saat lelaki itu memberitahu bahawa ada perjanjian yang harus diselesaikan di tempat lain. Jujur dia katakan, dia sedikit lega kerana Jaehyun memilihnya untuk melakukan itu berbanding Taeyong yang saat ini menjadi terlalu istimewa buat ketua mereka itu.

Johnny memandang sekeliling. Dia tahu Jaehyun belum pulang kerana kereta milik lelaki itu tiada di tempat yang sepatutnya. Biasanya, dia akaun terus berjumpa ketuanya itu untuk melaporkan segala-galanya. Memandangkan Jaehyun masih belum pulang, dia menukar tujuannya ke bilik sistem.

Kelihatan Doyoung sedang termenung bersandar malas di kerusi miliknya sambil berpusing-pusing. Dia kelihatan bosan. Dia berseorangan dengan semua skrin komputer dan mo

"Oh, Johnny."

Johnny memandang sekeliling. "Mana budak-budak awak?"

Doyoung menarik nafas panjang kemudian membetulkan kedudukannya. "Rehat. Tak sibuk sangat hari ni."

Johnny mengangguk kemudian bersandar pada meja berdekatan.

"Saya dah kumpul semua data yang ada."

Johnny memandang ke arah Doyoung yang menghulurkannya sebuah fail berisi kertas-kertas yang ada.

"Saya masih tak dapat sahkan sama ada hitman tu adalah Taeyong atau bukan." Doyoung bersuara. "Awak buat kajian dulu. Mungkin awak ada jawapan yang lain daripada saya."

"Setakat ni apa kesimpulan awak?" tanya Johnny yang sudah membelek fail itu.

Doyoung menarik nafas panjang. "Masih dia. Jawapan saya masih sama. Dia masih dalam senarai suspek utama saya."

Johnny tidak bersuara. Di suatu sisi, dia berharap itu adalah jawapannya kerana dia sudah lelah mencari pembunuh ayahnya. Tapi, di sisi yang lain pula dia berhadap Taeyong bukan pembunuh ayahnya. Ini adalah untuk kebaikannya dan Jaehyun. Kerana dia tahu masalah akan timbuk kelak.









To be continue.....

Haduhhh. Lama tertangguh. Sorry alls. Terlalu busy. Aku cuba update yer. Komen yer. So, aku ada smgt nak sambung.

xoxo, M

Obsession [JaeYong] [BL] [18+]✔️Where stories live. Discover now