Epilogue

155 7 2
                                    

Sudah hampir dua tahun berlalu, berita mengenai kumpulan Jung menewaskan Joonam, Lorenzo serta orang-orang mereka masih berlegar dan menjadi buah mulut. Kebanyakan mafia mula menjalinkan hubungan baik dengan kumpulan itu. Ada juga yang sudah tidak berani melawan lagi. Semua kumpulan kongsi gelap yang lain mula menghormati dan mengagumi pengurusan kumpulan Jung.

Memerlukan masa hampir tiga bulan lamanya untuk semua kembali normal. Rumah agam keluarga Jung dipulihkan serta-merta. Banyak kerosakan yang berlaku dan mujur sahaja tidak begitu ramai yang terkorban. Mark yang mengetuai pasukan untuk melindungi rumah itu ketika diserang benar-benar menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.

"Yahh."

Taeil yang sedang sibuk menyusun ubat-ubatannya segera mendongak. Doyoung melangkah masuk sambil membawa makanan lalu duduk di meja pejabat lelaki itu.

"Jom makan."

Taeil mendengus perlahan. "Yahh... Asyik makan kat sini je. Bilik ni bukan bau ubat. Bau makanan jadinya."

"Habis tu nak makan kat mana?" Doyoung tidak peduli. Dia hanya sibuk membuka makanan itu.

"Kat pejabat awak lah." Taeil kembali melakukan kerjanya.

"Eh... Barang-barang untuk sistem saya tu semua baru. Nanti kotor pula jadinya." Doyoung membalas selamba.

"Habis tu barang-barang saya ni bukan baru?" Taeil menjeling tajam ke arah lelaki itu sebelum membuka sarung tangannya dan menyertai Doyoung.

Oleh kerana terlalu banyak kerosakan yang berlaku, kesemua keperluan perubatan dan peralatan teknologi untuk kedua-dua mereka diganti dengan yang baru. Taeil tidak mempunyai banyak masalah atas perubahan itu. Doyoung pula sebaliknya. Dia harus menguruskan kembali semua sistem seperti sedia ada. Dan ia mengambil masa hampir setahun. Mujur sahaja Haechan membantunya.








***








"Yuta!" Haechan merenung Yuta. "Awak dah bertahan selama setahun untuk tidak tidur dengan Mark. Kenapa sekarang tiba-tiba isu ni timbul lagi?"

Yuta mengangkat keningnya. "Sebab saya nak."

Haechan menderam.

"Jom." Selamba sahaja Yuta menarik tangan Mark dan berlalu pergi.

"Ughh!!" Haechan membentak.

Mark yang ditarik pergi merenung Haechan sebelum langkahnya dihentikan. Dia memandang Yuta. "Maaf, Yuta."

Yuta mengerutkan dahinya.

"Saya dah gembira awak tak cari saya selama ni." Mark melepaskan pegangan tangan Yuta. "Tapi saya tak nak tidur dengan sesiapa selain Haechan."

"Kita tidur je kan?" Yuta memutarkan bola matanya. "Bukannya buat seks."

"Saya tahu." Ujar Mark perlahan. "Tapi saya tetap tak—"

"Whatever."

Itu yang Yuta ucapkan sebelum dia berlalu pergi meninggalkan Mark yang sedang membuka tangannya sebelum Haechan masuk ke dalam pelukan lelaki itu. Jujur sahaja, Yuta bertahan untuk tidak mengganggu Mark kerana ingin menyelami hatinya sendiri. Dan sememangnya dia tidak ingin berpasangan.

Dia sudah tidak suka pada Jaehyun walaupun lelaki itu masih mempunyai pengaruh yang besar padanya. Akan tetapi, dia sudah menerima segala-galanya. Perlahan-lahan langkahnya terhenti sebelum memandang ke arah Mark dan Haechan yang sepertinya langsung tidak perasan mengenai itu.

"Kamu berdua dah besar."

Mereka tinggal di Korea selama tempoh pemulihan kumpulan Jung bagi membantu apa yang patut. Hanya Yuta sahaja yang kadangkala ulang-alik dari Korea ke Jepun atas urusan kumpulannya. Dan mungkin, sebab itulah dia sudah tidak mengganggu hubungan Mark dan Haechan.







***








Jaehyun hanya merenung pasangan itu sejak tadi sambil berpeluk tubuh tidak tahu hendak membalas apa. Johnny hanya berdiri tegak sambil memandang ke bawah. Manakala Jungwoo pula berdiri teragak-agak di sebelahnya. Mereka kini sedang berada di pejabat Jaehyun di rumah agam itu.

"Nanti..." Jaehyun membetulkan kedudukannya. "Kamu nak buat majlis perkahwinan kamu di Hawai?"

Jungwoo mengangguk. "Itu impian saya."

Jaehyun melirik ke arah Johnny yang hanya tunduk tidak mendongak. Dia tidak tahu apa yang harus dirasakan.

"Johnny."

Lelaki itu memandang Jaehyun.

"Awak tak bercakap sejak tadi." Ujar Jaehyun.

Johnny menelan air liurnya. "Saya minta cuti. Kami akan berkahwin dan... Berbulan madu."

Jaehyun mengangkat keningnya. "Berapa lama?"

"Sebulan?" Johnny menjawab tidak pasti. "Atau mungkin lebih."

Jaehyun berdiam diri agak lama. Memikirkan segala-galanya sebaik mungkin sebelum mengangguk. "Baik. Saya akan biarkan awak pergi selama yang awak suka."

Johnny tidak sedar bahawa dia sedang menahan nafas. Dia tersenyum memandang Jungwoo sebelum mereka meminta diri untuk pergi.

"Johnny..."

Johnny menoleh ketika dia berada di pintu. Jaehyun merenungnya agak lama. Memikirkan apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku.

"Awak akan kembali kan?"

Johnny membalas renungan lelaki itu. Entah kenapa, dia merasa sayu. "Sudah pasti. Saya akan datang kalau awak perlukan saya urgent. Tapi saya akan tetap kembali. Hidup dan mati saya adalah dalam keluarga Jung."

Jaehyun hanya mengukir senyuman kecil sebelum mengangguk. Johnny memandang wajah lelaki itu seketika buat kali terakhir sebelum berlalu pergi meninggalkan Jaehyun sendirian dalam keadaan sunyi.

Ketua kumpulan Jung itu berdiri perlahan-lahan sebelum memandang ke luar tingkap. Semakin lama semakin sunyi dia rasakan. Walaupun mereka dapat mengembalikan keadaan seperti sediakala, banyak perubahan yang dia rasakan.

Selepas kejadian hampir dua tahun lalu itu, semakin ramai orang cuba menghubunginya hanya untuk meminta perlindungan dan menjalin kerjasama. Kemenangan itu membuatkan kumpulan Jung menjadi kumpulan yang paling kuat di Korea. Kadangkala, Jaehyun terfikir untuk bersara. Akan tetapi, legasi ini harus diteruskan.

Tiba-tiba sahaja sesuatu yang lembut hinggap di pipinya. Dia menoleh pantas membuatkan dia menemui sepasang mata bulat yang cantik. Taeyong berdiri tersenyum sebelum memeluk lelaki itu.

"Jungwoo gembira sangat awak benarkan mereka pergi."

Jaehyun ketawa sambil memeluk erat tubuh kecil Taeyong. "Ingat saya ni apa? Takkanlah saya tak benarkan."

"Kita akan pergi majlis kahwin mereka kan?" tanya Taeyong.

Jaehyun mengangguk. "Sudah pasti."

Pada malam hampir dua tahun lalu itu, Taeyong hampir menemui ajalnya. Berkat kemahiran Taeil dengan bantuan Haechan, mereka berjaya mengeluarkan empat butir peluru dari badan lelaki itu. Satu hal yang mereka bersyukur, semua organ bahaya tidak cedera termasuk kepala dan jantungnya.

Akan tetapi, Taeyong berada dalam keadaan koma selama tiga bulan dan terpaksa menjalani proses pemulihan hampir sembilan bulan lamanya. Selepas itu, Jaehyun terus melamarnya dan mereka berkahwin. Atas sebab itu, Johnny dan Mark terbuka untuk menggerakkan hubungan mereka menjadi lebih serius.

"Jaehyun..."

"Mmm?" Jaehyun memandang lelaki yang sedang mendongak memandangnya itu.

"I love you."

Jaehyun tersenyum manis. "I love you too and I love you more."

Apa pengakhiran mereka tiada siapa yang tahu. Mereka hanya ingin menikmati masa yang mereka ada.













THE END

Kali ni dah betul2 end ye. Tak ada nak sambung lagi. Nak lagi cerita JaeYong? Bagi suggestion nak crita mcm mana. Hehehe

xoxo, M

Obsession [JaeYong] [BL] [18+]✔️Where stories live. Discover now