Chapter 7

302 10 0
                                    

"Argh!!!! Nghhh!!!"

Taeyong menjerit sekuat hati apabila lukanya dicucuk dengan kuat menggunakan jari oleh pengawal tahanan itu.

"Satu peluang lagi! Kenapa kau nak bunuh bos kami?"

Taeyong ketawa dengan darah penuh meleleh dari mulutnya yang sudah bercampur dengan air liurnya sendiri. "Saya dah cakap... Saya tak ta—Arghhhh!!!"

Lelaki bengis itu mencucuk luka Taeyong sekali lagi tanpa belas kasihan. "Kau tahu jawapannya."

Taeyong bernafas semakin laju. Dia sebenarnya sudah penat. Sudah lebih dua jam dia disiksa. Walaupun kesakitan itu sudah biasa dialaminya, dia juga merasa penat.

"Jawab!"

Taeyong mengangkat mukanya berusaha untuk mengekalkan ekspresi gilanya. "Kau bunuh aku sekalipun kau tak akan dapat jawapannya."

"Tak guna!" Lelaki bengis itu mengangkat tangannya bagaimanapun terhenti apabila terdengar satu jeritan.

"Bos!"

Serentak semua orang menoleh. Jaehyun berjalan turun dari tangga bersama Johnny di belakangnya. Dia sudah menanggalkan kotnya siap-siap dan melipat lengan bajunya. Taeyong mengukir senyuman tatkala melihat lelaki tampan itu.

"Kamu boleh pergi sekarang." ringkas arahan Jaehyun bagaimanapun tiada seorang yang membantah.

Semua orang menurut dan terus beredar pergi meninggalkan Taeyong, Jaehyun dan Johnny di situ berserta dua pengawal di luar penjara. Jaehyun memandang Taeyong.

"Ah..." Taeyong tersenyum sambil menarik nafas panjang. "Awak tahu tak betapa indahnya pemandangan saya kalau saya melihat awak."

"Awak nak bunuh saya sekali lagi?" Jaehyun langsung tidak tertarik dengan ayat kosong Taeyong. "Awak diupah oleh orang lain atau awak nak habiskan kerja awak yang tergendala dulu?"

Senyuman di bibir Taeyong pudar serta-merta. Entah kenapa, dia merasa sakit hati dituduh seperti itu. "Awak rasa saya datang nak membunuh awak ke?"

Jaehyun merenung wajah lelaki itu sedalam-dalamnya. Sejujurnya, dia juga bingung. Hatinya seperti mengatakan bahawa Taeyong tidak berniat langsung untuk membunuhnya. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya.

"Awak nak bunuh Sunghoon."

Taeyong menghela nafas yang sepertinya ditahan selama beberapa saat. "Awak berada di tempat yang tak sepatutnya pada masa yang tak kena."

Jaehyun memandang Johnny sekali imbas yang hanya berdiri tidak bersuara sebelum kembali memandang Taeyong. "Well, untuk menyenangkan hati awak... Tiada seorang pun yang keluar dari tempat itu hidup-hidup selain dari orang-orang saya... Dan awak."

Taeyong hanya membalas pandangan lelaki itu. Bermakna, semua orang-orangnya sendiri yang dibawanya turut terbunuh.

"Tapi tak bermakna awak boleh dilepaskan."

Taeyong ketawa. Dia merenung lelaki itu tajam. "Awak bunuh je saya. Kan senang."

"Awak bercakap macam awak dah lama hidup." Jaehyun mengangkat keningnya.

"Saya cuma penat untuk hidup." Taeyong masih lagi ketawa. "Hidup saya semakin memenatkan sejak saya jumpa awak."

Jaehyun tidak membalas. Dia hanya merenung lelaki itu.

"Jadi, apa kata... Awak bunuh saya." ujar Taeyong. "Saya merayu pada awak."

Jaehyun tidak tahu apa helah yang lelaki ini cuba lakukan. Akan tetapi, dia langsung tidak mahu mendengarkannya. Dia memandang Johnny sebelum berjalan keluar melintasi lelaki itu yang menyusulnya.

"Yahh!!" pekik Taeyong. "Jung Jaehyun!! Bunuh saya!! Saya nak mati!! Yahh!!!"

Jaehyun langsung tidak peduli dengan jeritan lelaki itu.





++++++++++++++++++++





Taeyong merintih kesakitan dalam kesejukan malam itu. Dia dapat merasakan badannya panas bagaimanapun sakit atas sebab demam masih belum dapat mengalahkan kesakitan luka tikaman yang ada di perutnya. Nasib baik dia tidak diikat pada kerusi seperti sebelum ini. Dia dibenarkan baring. Kaki dan tangannya juga tidak diikat. Akan tetapi, pengawalannya semakin diketatkan.

Mujur sahaja luka itu tidak begitu dalam. Jika ikutkan, dia masih dapat melarikan diri saat ditikam. Bagaimanapun, Jaehyun memegangnya terlalu kuat menyebabkan dia tidak dapat bergerak atau melawan.

Selepas dibawa ke situ, mereka tahu bahawa tikaman itu tidak terlalu teruk membuatkan dia disiksa lagi demi mendapatkan jawapan. Dia tidak mudah mengalah begitu sahaja. Hanya apabila Jaehyun muncul dia memberitahu segala-galanya.

Dia menyumpah dirinya sendiri sepanjang masa kerana lalai. Dia diupah untuk membunuh Kang Sunghoon. Akan tetapi, dia tidak memeriksa dengan siapa lelaki itu berurusan pada ketika serangan. Biasanya, dia akan membunuh kedua-dua pihak. Tetapi kali ini berbeza.

Taeyong sendiri tidak tahu kenapa dia tidak boleh membunuh Jaehyun. Dia tahu Jaehyun sangat kuat dan sukar untuk dibunuh. Akan tetapi, dia tidak menafikan bahawa dia banyak mendapat peluang untuk membunuh ketua keluarga Jung itu bagaimanapun sering gagal.

Seolah-olah ada sesuatu yang menghalangnya. Ada sesuatu yang menghentikannya untuk membunuh lelaki itu. Malangnya, perkara itu menyebabkan dia tertangkap dua kali oleh orang yang sama. Apa sebenarnya yang berlaku?

Pada mulanya, dia menyangka bahawa dia sudah tidak mahir dalam membunuh atau wujud rasa kemanusiaan dalam dirinya. Bagaimanapun, selepas dia keluar dari tahanan Jaehyun, dia sudah membunuh dua kumpulan tanpa belas kasihan. Malangnya, dia bertemu dengan Jaehyun sekali lagi.

Perkara yang paling dia tidak percaya yang telah dia lakukan adalah mengambil tikaman yang seharusnya ditujukan oleh Jaehyun. Kenapa dia berbuat demikian? Jika dia tidak melakukan itu, dia tidak akan tertusuk dan Jaehyun akan mati. Kenapa dia harus melindungi lelaki itu?

Bunyi derapan kaki membuatkan dia membesarkan matanya. Sepertinya ada orang datang. Mujur sahaja dia membelakangi pintu penjara itu membuatkan orang sukar untuk melihatnya.

"Dia tak apa-apa kan?"

Itu suara Jaehyun. Taeyong mengerutkan dahinya mendengar suara lelaki itu.

"Menurut Taeil, lukanya tak dalam sangat dan tak ada tempat yang bahaya terkena."

Taeyong mengenali suara itu. Suara itu adalah milik Jungwoo.

"Jadi, dia tak akan apa-apa." Jungwoo menyambung. "Tapi... Boleh jadi lukanya kena jangkitan kuman."

"Awak jaga dia." Jaehyun memberi arahan.

"Awak pasti?" tanya Jungwoo. "Kali terakhir saya ingat disebabkan saya dia dapat melarikan diri."

"Saya dah cakap itu bukan salah awak." ujar Jaehyun. "Awak jaga dia. Bersihkan badan dan luka dia. Sampai dia sembuh."

Taeyong dapat merasakan jantungnya berdegup laju. Bukan kerana dia sedang takut atau panik. Tetapi kerana Jaehyun. Kerana ucapan lelaki itu. Kerana keprihatinannya pada Taeyong. Ini adalah pertama kali dia mendengar seseorang ingin merawatnya.

Taeyong mengetap bibirnya rapat. Takut jika mengeluarkan bunyi. Degupan jantungnya semakin laju entah kenapa.

"Kalau dia dah bangun, beri dia makan. Saya akan berurusan di luar untuk beberapa hari."

"Baik bos."




To be continue.....

Eh, eh. Caring pulak dia. Hehehe

xoxo, M



Obsession [JaeYong] [BL] [18+]✔️Where stories live. Discover now