Jaehyun berdiri di ruangan pejabat yang dibina khusus di rumah agamnya itu. Dia memandang ke arah pemandangan taman yang dibina di belakang rumah besar yang tersergam indah itu. Terlalu banyak perkara yang bermain di mindanya saat ini.
Kejadian dua belas tahun dulu kembali segar dalam ingatannya. Bagaimana lelaki itu menatap matanya dalam hujan lebat. Darah tumpah di sekeliling mereka. Jaehyun masih lagi ingat bagaimana dia merasakan dia hampir kehilangan deria pendengarannya.
Dia masih ingat mata yang menatapnya. Dia juga masih ingat sentuhan yang menyentuh dirinya yang masih remaja itu. Suara yang menyuruhnya pergi. Orang yang menyelamatkan dirinya pada masa itu.
Dan kini orang yang serupa dengannya berada dalam tahanannya. Dia seharusnya gembira. Penantian dan mimpinya selama dua belas tahun itu akan berakhir. Malangnya, dia tidak menyangka orang itu ingin membunuhnya.
"Bos."
Jaehyun tersentak kembali ke dunia nyata. Dia berpaling memandang Johnny, orang yang paling dia percayai berdiri di situ.
"Saya dah jumpa semua maklumat dia."
Jaehyun amat menyayangi semua anggota kumpulannya. Johnny adalah orang kanannya yang paling utama. Dia mempercayai lelaki itu sepenuh hati. Dia tahu Johnny bertindak sama seperti ayahnya. Iaitu orang kanan yang paling dipercaya oleh ayah Jaehyun. Lelaki yang melatih Jaehyun sehingga ke tahap ini.
Malangnya, ayah Johnny terbunuh dalam satu misi. Dan sehingga saat ini, tiada siapa yang tahu siapa pembunuh itu. Dan Johnny hidup dalam dendam dan misi untuk mencarinya.
Selain Johnny, ada seorang lagi yang sangat dia percayai. Doyoung. Ketua sistem dalam kumpulannya. Lelaki itu amat cekap dan pintar. Dia juga mahir dalam semua teknologi. Dia boleh mendapatkan maklumat dalam masa yang singkat sahaja. Walaupun maklumat itu sukar ditemui.
Doyoung adalah kawan Jaehyun membesar. Ayah Doyoung bekerja dengan keluarga Jung sebelum terbunuh beberapa tahun dulu. Dan sejak itu, keluarga Jung menjaga Doyoung sehingga kini.
"Siapa dia?" Jaehyun segera berjalan dan duduk di kerusinya. Dia mencapai fail yang dihulurkan oleh Johnny lalu membukanya. Wajah seorang lelaki yang tampan dan cantik terpampang di situ.
"Lee Taeyong." Johnny menjawab. "Berumur 32 tahun. Tiada ahli keluarga yang masih hidup. Dia dibesarkan di rumah anak yatim sehingga dia melarikan diri pada usia tiga belas tahun."
Jaehyun hanya mendengar sambil merenung wajah lelaki itu. Dia tahu lelaki itu adalah orang yang dia temui dua belas tahun lalu.
"Dia hidup merempat selama dua tahun sebelum dia diambil oleh organisasi gelap dan dilatih untuk menjadi pembunuh upahan." Johnny menyambung. "Atau lebih tepat lagi... Hitman."
Kejadian dua belas tahun dulu kembali ke dalam fikiran Jaehyun. Dia tahu saat itu Taeyong harus membunuhnya. Jelas dia adalah pembunuh upahan. Dan Jaehyun seharusnya mati. Akan tetapi, kenapa lelaki itu menyelamatkannya?
"Dia meninggalkan organisasi gelap semasa dia berusia 23 tahun." Johnny melontarkan apa yang sudah masuk ke dalam otaknya. "Selepas itu, dia sepertinya bergerak sendiri dan mengambil upah untuk membunuh tanpa arahan dari atasan."
"Dia ada orang-orang dia?" tanya Jaehyun.
"Tak ada yang tetap." Johnny menjawab. "Dia ambil orang untuk sesuatu misi dan tak pernah mengambil orang yang sama untuk kali kedua."
"Maksudnya dia tak ada kumpulan sendiri?" Jaehyun sepertinya tahu jawapan kepada soalannya itu.
"Ya." Johnny mengangguk. "Tak ada rekod dia bekerja dengan siapa. Tiada siapa tahu cara untuk menghubunginya."
YOU ARE READING
Obsession [JaeYong] [BL] [18+]✔️
FanfictionJaehyun adalah mafia paling muda dalam sejarah bandar itu. Dia mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang luas membuatkan tiada seorang pun yang mampu mempersoalkan kemampuannya. Malangnya, di kala terlalu ramai yang cuba membunuhnya dalam diam, dia...