Chapter 25

132 8 2
                                    

"Jaehyun."

Jaehyun menoleh pantas. Dalam keadaan cahaya samar-samar, dia cuba mencari kelibat empunya suara. Kelihatan Taeyong duduk di sebuah kerusi berdekatan dengan meja sudut bilik itu betul-betul dekat dengan pintu untuk keluar ke beranda.

"Awak belum tidur?" Jaehyun bertanya kemudian meletakkan beberapa fail yang dibawa ke atas meja kabinet dan menanggalkan kotnya sebelum diletakkan di atas sofa. Dia berjalan ke depan untuk melihat wajah Taeyong dengan jelas.

"Macam mana saya nak tidur?" tanya Taeyong serius. "Tak ada seorang pun dalam rumah besar ni yang boleh beritahu saya apa yang dah jadi."

Jaehyun menarik nafas sambil membuka butang lengan baju kemeja putih yang dipakainya. Dia langsung tidak menjawab ketika dia berpusing untuk meletakkan jam tangannya di atas meja solek.

"Jaehyun..." Taeyong bingkas bangun kemudian mendekati lelaki itu. "Tolonglah... Saya nak tahu apa yang jadi."

"Johnny masih dalam tahanan." Jaehyun menjawab tanpa memandang wajah lelaki itu. "Dia masih tak nak buka mulut."

"Itu saya tahu." Taeyong menderam. "Awak tahu betapa payahnya saya nak tenangkan Jungwoo."

Jaehyun menutup laci yang dibukanya untuk mencari barang kemudian memandang lelaki itu. "Apa awak nak saya buat?"

"Kenapa dia syak saya yang bunuh ayah dia?" tanya Taeyong tanpa berdalih. "Apa alasan dia?"

Jaehyun memejamkan matanya seketika.

"Dia bukan orang yang akan tuduh orang tanpa bukti." Ujar Taeyong. "Apa bukti yang dia jumpa menandakan saya adalah pembunuh ayah dia?"

Jaehyun merenung lama wajah lelaki itu. Dia masih berdebat dengan dirinya sendiri tidak tahu hendak berbuat apa. Di suatu sudut dia merasakan Taeyong benar-benar pembunuh ayah Johnny. Di sudut yang lain, dia berharap sangkaan itu adalah salah. Dia mencapai beberapa fail yang dibawanya kemudian menyerahkannya pada Taeyong.

"Ini data pasal pembunuhan ayah Johnny yang Doyoung kumpul."

Taeyong menyambar pantas fail-fail itu dan mula membeleknya. Jaehyun memberi masa kepada lelaki itu untuk membaca. Seharusnya, Doyoung tidak membenarkannya memberi maklumat itu pada Taeyong. Akan tetapi, jika benar dia harus membuat pilihan, dia mahu Taeyong tahu kenapa dia membuat pilihan yang akan dipilihnya kelak.

"Pada masa ayahnya dibunuh, hanya ada tiga orang hitman yang aktif." Jaehyun bersuara setelah riak wajah Taeyong bertukar. "Grimm, Jack dan seorang lagi yang tiada siapa ketahui."

Taeyong hanya meneruskan pembacaannya.

"Grimm dan Jack berada di luar negara." Jaehyun bersuara lagi. "Hanya yang seorang lagi tu berada di dalam negara."

Taeyong hampir menggenggam buku limanya.

"Jadi saya nak tanya awak..." Jaehyun memandang wajah lelaki itu serius. "Awak berada di mana masa tu?"

Taeyong memandang Jaehyun. Dia tahu lelaki itu sudah mula mencurigainya. Dan dia tidak mahu memikirkan masalah peribadi buat masa ini.

"Saya tahu awak dah mula aktif sebagai hitman masa tu." Ujar Jaehyun lagi. "Apa awak buat?"

Taeyong hanya mampu berdiam diri. Dia cuba mengingat kembali semua yang terjadi masa itu. Menanamkan nama ayah Johnny dalam kepalanya hanya untuk mengingat semua kronologi dengan jelas.

"Awak fikirkan semuanya, Taeyong." Jaehyun bersuara serius dan dingin. "Tolong datang pada saya dengan jawapan."








**************************







Kedengaran bunyi derapan tapak kaki menuruni tangga batu itu. Johnny yang sedang mengelamun segera menoleh. Kenal benar dengan siapa empunya badan. Tidak lama kemudian, Jungwoo muncul di sebalik pintu besi itu membuatkan lelaki tinggi lampai itu tersenyum.

"Saya bawa buku." Jungwoo mengangkat sebuah buku dengan senyuman. "Saya akan bacakan untuk awak."

Johnny hanya mampu memandang sayu kekasih hatinya ini. Tidak sanggup untuk menghiburnya seperti selalu.

"Aigoo..." Jungwoo menarik seluarnya sedikit untuk membolehkannya duduk di lantai. Dia boleh sahaja mengambil kerusi kerana Jaehyun tidak menghalang perkara itu. Entah kenapa, dia merasa ingin duduk di lantai kotor dan sejuk itu. Mungkin kerana ingin merasa bagaimana Johnny tidur di atas lantai seperti itu selama beberapa hari ini. Dan dia tergamam tiba-tiba.

Johnny perasan dengan riak wajah Jungwoo yang tiba-tiba berubah. Kerana sudah mengenali lelaki itu sekian lama, dia tahu apa yang sedang difikirkannya. Perlahan-lahan dia berjalan mendekati lelaki itu sebelum duduk di lantai betul-betul di hadapannya. Hanya pagar besi yang menjadi pemisah.

"Sayang..."

Jungwoo yang dari tadi berdiam diri dalam keadaan terketar-ketar cuba menahan tangisnya mendongak. Wajahnya merah dan bengkak. Bahagian bawah matanya gelap jelas menunjukkan dia tidak berada dalam keadaan yang baik.

"Saya pernah hampir mati." Johnny bersuara tenang. "Ini bukan apa-apa. Lagipun saya tak diseksa."

Jungwoo menggigit bibirnya dengan airmata yang bergenang. "Awak tak beritahu saya apa yang perlu saya buat."

Johnny mengukir senyuman sayu kemudian menggelengkan kepalanya. "Tempat keluarga Jung adalah tempat yang paling selamat untuk awak."

"Adakah ia tak selamat untuk awak?" tanya Jungwoo.

Johnny tidak mampu menjawab. Sejujurnya, atas permintaannya sendiri, dia tidak mahu Jungwoo tahu mengenai apa-apa. Kerana jika lelaki itu tahu, dia pasti akan menolong Johnny melakukan perkara yang akan memburukkan keadaan. Atas sebab itu, hanya Jungwoo seorang sahaja yang tidak tahu apa-apa mengenai hal itu. Jaehyun mengunci mulut semua orang termasuklah Taeyong.

"Sayang..." panggil Johnny lagi. "Tak semua benda akan jadi seperti apa yang kita inginkan."

"Awak adalah orang yang paling Jaehyun percaya." Jungwoo mengesat airmatanya yang sudah mula mengalir. "Apa yang dah jadi? Kenapa jadi macam ni?"

Johnny menarik nafas panjang. "Saya merayu dengan awak. Biarkan saya yang selesaikan perkara ni."

"Johnny—"

"Please?" rayu Johnny menyebabkan kekasihnya itu terdiam. "Apa kata awak bacakan saya buku tu. Saya nak dengar ceritanya."

Jungwoo tahu dia tidak akan mampu mengubah apa-apa buat masa ini. Dia hanya memandang buku yang dipegangnya sebelum membuka muka surat pertama. Dengan rasa berat hati, dia menuruti permintaan lelaki yang dicintainya ini.










To be continue...

Korang rasa apa pengakhiran untuk Johnny dan Jungwoo ni? Nak bagi happy ke atau tak?

xoxo, M

Obsession [JaeYong] [BL] [18+]✔️Where stories live. Discover now