Pintu kereta mewah itu dibuka sebelum Jaehyun turun dari situ. Dia membetulkan kotnya menunduk sedikit ke arah orang-orang yang menyambut kepulangannya seperti biasa itu. Bagaimanapun, semua mata tertumpu ke arah seseorang yang turut selepas Jaehyun.
Lee Taeyong.
Taeyong sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh bersetuju untuk pulang bersama Jaehyun. Malah, dia masih lagi ragu-ragu akan kedudukannya. Dia merasa tidak layak untuk berdiri bersama lelaki itu seperti yang diinginkan.
Jaehyun benar-benar mempunya kesan luar biasa kepadanya. Dan dia tahu, ia bukan sekadar rasa obses yang dia percaya selama ini. Oleh sebab itu, dia mengambil keputusan untuk menerima tawaran ketua keluarga Jung itu.
Melihat bagaimana dihormati lelaki itu membuatkan Taeyong merasa gelisah. Orang-orang Jaehyun sepertinya tidak terkejut mengenai kehadirannya. Mungkin kerana mereka tahu apa kemahuan ketua mereka.
Bagaimanapun, dia merasa asing. Dunianya tidak sebersih dunia itu. Dia membesar dan hidup dalam keadaan yang amat berbeza. Boleh dikatakan, kerjanya dalam dunia mafia ibarat sampah. Hanya keperluan yang diperlukan jika tiada sesiapa yang boleh dikotorkan.
"Bersihkan diri awak." ujar Jaehyun ketika mereka berhenti di hadapan sebuah bilik. "Ada pakaian tersedia di dalam. Awak boleh guna."
Taeyong tidak membantah. Dia melangkah masuk ke dalam bilik itu. Dan sudah semestinya. Ia kelihatan mewah dan terbaik. Sesiapapun yang diberi kebenaran untuk tinggal di situ tidak akan pernah mahu keluar lagi.
Jaehyun terus sahaja berlalu pergi meninggalkan Taeyong. Dan Taeyong pula sudah mula merasa asing tanpa lelaki itu. Dia juga tidak tahu sama ada dia akan bertahan hidup di rumah itu sendirian. Bagaimanapun ini adalah keputusan dirinya sendiri. Tiada apa yang dapat dia lakukan lagi.
Taeyong tidak mengambil masa yang lama untuk membersihkan dirinya. Tinggal di tempat seperti itu bukan sesuatu yang dia inginkan. Oleh sebab itu, dia tidak berminat untuk melihat sekeliling.
Hampir setengah jam berlalu Jaehyun masih belum muncul. Ini membuatkan Taeyong merasa semakin gelisah. Mungkin inilah akibatnya jika dia sudah terbiasa hidup sendiri dan merempat sini sana. Ini bukanlah dunianya tetapi dunia yang Jaehyun ingin dia tinggal bersama.
Bunyi ketukan pintu membuatkan lamunannya terhenti. Dia hampir mengeluarkan pisau seperti biasa bagaimanapun teringat bahawa dia bukan dalam keadaan yang bahaya. Malah, dia juga tidak mempunyai pisau untuk dikeluarkan.
Taeyong bingkas bangun dan segera membuka pintu dengan senyuman yang lebar bagaimanapun segera pudar apabila mendapati orang yang mengetuk pintu itu bukanlah Jaehyun seperti yang diharapkannya. Ia adalah salah seorang pekerja di rumah itu.
"Tuan sedang menunggu. Dia meminta awak untuk ikut saya."
Taeyong tidak membantah. Dia terus sahaja mengikuti lelaki itu tanpa berbuat apa-apa. Saat ini, Taeyong sudah lengkap memakai kot hitam dengan kemeja berwarna putih yang disediakan untuknya. Terus terang sahaja, perkara itu membuatkan dia merasa tidak senang. Dia hanya akan memakai baju seperti itu atas tujuan kerja dan kali ini baju itu disediakan untuknya dan dia tidak tahu hendak memakainya untuk apa.
Taeyong langsung tidak sempat untuk melihat sekeliling ketika berjalan mengikuti pekerja keluarga Jung itu. Dia terlalu terganggu dengan segala senario yang bermain di kepalanya sendiri. Dia masih lagi berdebat sama ada dia membuat keputusan yang betul atau tidak.
Mereka berhenti di hadapan sebuah pintu besar dengan corak keemasan yang indah. Pintu itu dibuka dan kelihatan Jaehyun duduk di sebuah kerusi yang sepertinya khusus untuknya. Dia mengangguk menandakan Taeyong perlu masuk.
Apabila lelaki kecil itu melangkah masuk, barulah dia sedar ada beberapa orang lagi yang berada di ruang bilik itu termasuk lah Johnny, Jungwoo, Taeil dan Doyoung. Taeyong duduk teragak-agak di sebelah Jaehyun seperti diarahkan.
"Saya rasa kamu semua dah menjangkakan perkara ini." Jaehyun bersuara datar sambil memandang orang-orang yang ada di situ.
Taeyong sepertinya tidak tahu apa yang dimaksudkan. Bagaimanapun dia merasa tidak senang duduk. Orang-orang di situ pula sepertinya sudah dapat meneka. Akan tetapi, reaksi mereka semua berbeza.
"Taeyong akan berdiri di samping saya mulai sekarang."
Taeyong membesarkan matanya memandang Jaehyun yang langsung tidak memandangnya. Seolah-olah kata-katanya adalah ketetapan tidak boleh dibantah.
"Awak semua kena lindungi dia sama macam saya." Jaehyun menyambung. "Arahan masih kekal pada saya. Hanya perlindungan jatuh kepada dia selepas saya."
Tiada yang membantah. Dan mesyuarat itu diteruskan dengan pelbagai hal yang lain. Ini adalah pertama kali Taeyong mengikuti mesyuarat kumpulan mafia. Dan dia tidak tahu sama ada cara dan keadaan semua mafia adalah sama atau tidak. Tetapi ia terlalu tegang buatnya.
Masa berlalu dua jam dan akhirnya Taeyong dapat menarik nafas lega. Jaehyun segera membawa lelaki itu pergi meninggalkan orang-orang yang hanya melemparkan pandangan antara satu sama lain.
"Johnny!"
Johnny menghentikan langkahnya. Doyoung berjalan mendekatinya sambil matanya memandang sekeliling menunggu semua orang keluar dari bilik itu.
"Ada apa?" tanya lelaki tinggi lampai itu.
Doyoung menunggu sehingga orang terakhir beredar kemudian memandang Johnny. "Saya ada jumpa petunjuk pasal pembunuh ayah awak."
Johnny segera membesarkan matanya. Dia memandang Doyoung penuh harapan. "Apa yang awak jumpa?"
Doyoung menarik nafas panjang. Dia tidak tahu sama ada dia harus mengatakannya atau tidak. "Tapi saya masih dalam proses mengesahkannya. Ini hanya dapatan pertama."
Johnny hanya merenung lelaki itu. Memikirkan bahawa misi ini sudah lama dijalankan tanpa sebarang petunjuk, akhirnya dia menemui sinar.
"Pembunuh ayah awak adalah hitman."
Seperti ditusuk pisau, Johnny merasakan jantungnya berhenti berdenyut. Perasaannya mula tidak sedap. Dia tidak tahu apa yang harus dirasakan. Apa yang dia tahu, kerisauannya seperti terjawab.
To be continue.....
Ohoooo. Baru nak senang dah timbul masalah lain. Anyway, guys. Cerr komen sikit. Bagilah author semangat nak update.
xoxo, M
YOU ARE READING
Obsession [JaeYong] [BL] [18+]✔️
FanfictionJaehyun adalah mafia paling muda dalam sejarah bandar itu. Dia mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang luas membuatkan tiada seorang pun yang mampu mempersoalkan kemampuannya. Malangnya, di kala terlalu ramai yang cuba membunuhnya dalam diam, dia...