Chapter 2

463 12 5
                                    

Kebanyakan orang percaya bahawa cinta pertama adalah yang paling sukar untuk dilupakan. Ada juga yang langsung tidak ingat mengenai cinta pertama mereka. Ada yang akan bercerita dengan gembira. Ada yang ingin melupakannya.

Akan tetapi, seberapa banyak cinta pertama yang menemui kebahagiaan pada akhirnya? Adakah kedua-duanya saling mencintai? Atau hanya bertepuk sebelah tangan sahaja?

Jaehyun sepertinya tidak mampu mengelipkan matanya melihat lelaki yang sedang menari dengan wajah yang penuh penghayatan itu. Badannya lembut dan lentur membuatkan setiap gerakannya mempesona.

Dia tidak tahu apa yang membuatkan dia terdiam tidak terkata. Sama ada tarian yang dipersembahkan atau ketampanan dan kecantikan wajah lelaki berambut coklat kemerahan itu.

Daehwi sepertinya perasan dengan riak wajah Jaehyun membuatkan dia tersenyum sinis. Dia membisikkan sesuatu pada lelaki yang berdiri di sebelahnya sebelum lelaki itu berlalu pergi.

Jaehyun masih lagi terkedu. Mungkin kerana sesuatu telah meletus dalam dirinya. Atau mungkin wajah lelaki itu tidak pernah hilang dari ingatannya.

Ketika penari itu terpandang Jaehyun, mata mereka bertentangan. Saat itu, Jaehyun merasa hanya mereka berada di situ. Dia langsung tidak sedar apa yang berlaku sehingga bunyi tepukan kedengaran dan penari itu berjalan ke belakang.

"Jadi itu taste awak."

Jaehyun memandang Daehwi. Dia tahu siapa lelaki maksudkan. Atas sebab itu, dia tidak membalas. Dia membetulkan kedudukannya.

"Wain?" Daehwi mengangkat gelas wain yang sudah berisi itu.

Jaehyun mengerutkan dahinya. Dia tidak perasan gelas itu sudah terisi. Dia memandang Daehwi. "No thanks."

Daehwi tergelak. Dia tahu kenapa Jaehyun tidak ingin meminumnya. Kerana takut ia telah diletak racun. Ia adalah peraturan yang biasa dalam dunia mafia. Macam-macam boleh berlaku.

Pada saat itu juga, Jaehyun terpandang seseorang. Penari lelaki yang membuatnya terpegun tadi berjalan ke arah meja mereka diiringi oleh seorang lelaki. Melihat reaksi Jaehyun, Daehwi tersenyum puas dan bangga.

"Well, ini adalah penari baru kami." Daehwi memperkenalkan mereka. "Mahal nak bayar dia ni."

Lelaki itu hanya memandang Jaehyun dengan senyuman yang tiada siapa boleh baca. Sama seperti Jaehyun, dia juga sepertinya tidak dapat mengalihkan pandangannya daripada lelaki itu. Tetapi tiada siapa tahu apa sebabnya.

"Ini Jaehyun. Ketua kumpulan Jung." Daehwi memberitahu lelaki penari itu.

"Siapa yang tak kenal?" Penari itu menghulurkan tangannya untuk bersalaman. "Tak sangka khabar angin itu benar. Awak memang tampan."

Walaupun dari lelaki ini, pujian itu tidak membuat Jaehyun teruja. Bagaimanapun, dia menyambut tangan lelaki itu.

"Awak patut sertai kami." Ujar Daehwi kepada penari itu.

Dia tidak membantah. Dia terus sahaja melabuhkan punggungnya di sebelah Jaehyun. Biasanya lelaki itu akan menolak. Tetapi, kali ini dia tidak berkemampuan untuk melakukannya.

"Jadi, Jaehyun..." Daehwi tersenyum lebar. Seolah dia kini berada di pihak yang menang. "Kita patut buka pusat di—"

"Saya tetap dengan keputusan saya." Ujar Jaehyun. "Ia tak akan berubah."

Daehwi menarik nafas panjang. Dia tidak menyangka Jaehyun terlalu sulit untuk dilembutkan. Wajah Jaehyun kembali dingin. Dia tahu, penari yang duduk di sebelahnya itu sedang memerhatikannya.

"Awak tahu benda ni—"

BANG!

Entah dari mana tembakan itu dilepaskan, Daehwi mengerang kesakitan sambil memegang dadanya. Jaehyun membesarkan matanya. Johnny, ketua pengawal Jaehyun segera menarik lelaki itu.

Saat itu, Jaehyun yang seolah baru tersedar dari mimpi melihat sesuatu. Secara refleks tangannya menolak tangan yang mengeluarkan pisau itu dengan kuat. Matanya bertentangan dengan penari itu sebelum Johnny menghayunkan kakinya untuk menendang penari itu bagaimanapun berjaya dielak.

"Bos!" pekikan itu kedengaran entah dari siapa.

Senjata dikeluarkan dan tembakan mula dilepas entah dari mana. Semua orang-orang Jaehyun termasuk orang-orang Daehwi mula berjaga-jaga sambil mengacukan pistol mereka. Orang ramai mula bertempiaran lari.

"Silent sniper!" pekik Johnny sambil menarik Jaehyun untuk dilindungi.

Jaehyun memandang sekeliling. Daehwi sudah terbaring tidak bernyawa jelas berlumuran darah. Saat itu anak matanya menangkap penari lelaki tadi menghayunkan pisau ke arahnya.

Dia tahu Johnny terpaksa melindunginya dari sebarang tembakan. Jadi dia terpaksa melindungi dirinya dari penari ini.

Tangannya dengan pantas menangkap lengan penari itu. Ia tidak begitu lama sebelum penari itu membuka gerakan lain menyebabkan pisau itu terhiris lengan bajunya. Saat itu, Jaehyun baru tersedar. Penari ini bukan hanya penari.

Jaehyun menghayunkan tendangannya. Ia dapat dihindar oleh penari itu. Mereka berdua mula berlawan. Sebagaimana Jaehyun hebat tiada tandingan, begitu juga lelaki penari ini. Punca pergaduhan ini dari mana masih tiada yang tahu.

"Bos! Keluar!" pekik salah seorang pengawal yang kini sudah mencengkam baju Jaehyun membuatkan lelaki itu segera berlari menuju ke pintu belakang bersamanya.

Malangnya, sebelum sempat mereka sambil ke pintu itu, mereka diserang. Orangnya itu terpaksa berlawan dan meminta Jaehyun lari dahulu. Jaehyun tidak membuang masa. Bukan kerana dia tidak peduli dengan orang-orangnya ini. Tapi sebab dia tahu dia perlu hidup. Kumpulan Jung tidak mempunyai waris.

Jaehyun melibas kakinya dengan kuat ke belakang kerana dia tahu dia sedang diikuti. Pisau di tangan penari itu terhumban ke lantai jauh daripadanya. Penari itu ketawa entah sebab apa. Dia berlari ke arah Jaehyun untuk menyerang lelaki itu. Jaehyun juga tidak duduk diam. Dia mengelak dan memberi serangan balas.

Apa yang tidak dijangka, penari itu mencapai pistol yang berada di belakang Jaehyun sebelum menghalakannya pada lelaki itu. Jaehyun hampir menyumpah. Kenapa dia lupa dia ada pistol yang disimpan?

"Lain kali... Awak kena ingat awak ada senjata." Ujar penari itu sambil menarik picu pistol itu.

Jaehyun hanya berdiri selamba. Dia memakai baju kalis peluru di bahagian dalam. Tapi jika penari itu menembaknya di kepala, dia tidak akan selamat.

Entah berapa minit berlalu mereka hanya saling menatap. Keriuhan tembakan dan pekikan di tempat tadi masih jelas kedengaran.

Jaehyun mengerutkan dahinya memandang lelaki itu. Sepatutnya penari itu sudah membunuhnya sejak tadi. Kenapa masih tiada tindakan?

Penari itu pula hanya merenung Jaehyun. Jarinya sudah berada di picu. Hanya perlu ditekan. Entah apa yang menghalangnya. Seolah ada sesuatu yang menghalangnya dari berbuat demikian.

Jaehyun tergelak tiba-tiba. "Apa awak tunggu lagi?"

Ya. Apa penari itu tunggu lagi? Kenapa dia tidak membunuh Jaehyun? Sepertinya itulah tujuannya sejak mula.

Belum sempat penari itu berbuat apa-apa, badannya menggelupur sebelum dia rebah ke lantai tidak sedarkan diri. Johnny muncul di belakangnya sambil memegang stun gun. Beberapa orang Jaehyun turut kembali sambil mengacukan pistol kepada penari yang sudah pengsan itu.

"Jangan bunuh dia." Jaehyun bersuara dingin. "Kita perlukan jawapan."








To be continue.....

Well, well. Johnny jadi bodyguard Jaehyun la plak. Sekaligus dia adalah side couple kat sini nanti. Nak buat ni fokus pada NCT 127.

xoxo, M

Obsession [JaeYong] [BL] [18+]✔️Where stories live. Discover now