Chapter 8

310 9 0
                                    

Pintu pagar besi itu dibuka. Jungwoo muncul sambil membawa baldi berisi air dan beberapa tuala kering. Di belakangnya, seseorang membawa dulang berisi makanan sebelum meletakkannya di tepi dan beredar.

Taeyong memandang lelaki berwajah jelita itu. Dia tersenyum gembira melihat tiada apa yang berlaku pada lelaki itu. Malangnya, Jungwoo langsung tidak tersenyum seperti biasanya. Dia langsung tidak memandang wajah Taeyong.

"Awak boleh duduk?" Jungwoo membantu lelaki itu bangun dari tempat dia baring. Nada suaranya serius bagaimanapun masih kedengaran lembut.

Taeyong berusaha untuk duduk tanpa membiarkan Jungwoo melakukannya sendiri. "Boleh."

Jungwoo mula membasahkan tualanya dan mula mengelap badan Taeyong. Lelaki berambut merah itu hanya memerhatikan kerjanya. Buat seketika, dia merasa kagum. Kebanyakkan orang di keluarga Jung mempunyai paras rupa menawan dan tampan. Seolah-olah mereka bukannya mafia tetapi malaikat.

Taeyong memerhatikan lebih dalam untuk mencari jika ada luka atau kesan Jungwoo dipukul atau dihukum. Melihat lelaki itu masih hidup sahaja dia sudah terkejut. Mustahil dia tidak dihukum. "Awak... Nampak bersih."

"Hah?" Jungwoo berkerut bagaimanapun masih meneruskan kerjanya.

"Awak tak dihukum?" 

Jungwoo menarik nafas panjang. Dia tahu apa yang lelaki ini cuba katakan. Ia mengenai kes di mana Taeyong berjaya melepaskan diri. Semuanya atas kecuaian Jungwoo. Dia masih marah pada tahanan ini mengenai hal itu. Akan tetapi, dia lebih memarahi dirinya sendiri.

Taeyong tersengih. Dia tahu jawapannya. Dia menarik nafas panjang sambil memandang sekeliling tanpa sebab. "Wahh... Jung Jaehyun memang berbeza."

Jungwoo tidak membalas. Dia berusaha mengelap dan mencuci darah kering serta kotoran yang ada pada Taeyong.

"Terus terang saya cakap..." Taeyong bersuara tanpa mempedulikan bahawa Jungwoo tidak melayannya. "Bila saya jumpa dia berseorangan tanpa ada yang melindungi kat gudang tu, saya hampir tanya ke mana semua orang-orang dia? Tak berguna ke? Tapi saya rasa saya faham."

"Dia menghargai nyawa kami dan bukan dia seorang." Jungwoo menggumam ketika beralih untuk membersihkan wajah Taeyong.

"Patut lah orang-orang kumpulan Jung setia." ujar Taeyong. "Susah orang nak cari pengkhianat."

Jungwoo tidak membalas sebaliknya hanya meneruskan kerjanya. Agak lama mereka berdiam diri sehingga Jungwoo ingin mengubati luka lelaki itu.

"Kenapa perlu diubati?" tanya Taeyong.

"Saya hanya mengikut arahan." 

"Kalau awak..." Taeyong memandang lelaki itu. "Awak akan ubati saya atau tak? Kalau diberi pilihan."

Jungwoo terhenti seketika sambil memandang lelaki itu sebelum kembali memandang luka Taeyong.

"Wah..." Taeyong seperti mengetahui jawapannya. Dia tahu Jungwoo adalah orang yang baik. Dia pasti akan merawati Taeyong jika diberi pilihan.

Sekali lagi mereka berdiam diri. Rasa sakit masih terasa ketika Jungwoo meletakkan ubat pada luka itu bagaimanapun ia adalah perkara biasa.

"Bukan salah awak."

Jungwoo memandang Taeyong. "Hah?"

"Bukan salah awak saya dapat lepaskan diri." beritahu Taeyong. "Sesiapapun yang datang, sesiapapun yang ada, saya akan tetap gunakan mereka. Saya tetap akan lepaskan diri."

Jungwoo hanya merenung lelaki itu sebelum mendengus perlahan dan bingkas bangun. Dia mengambil dulang berisi makanan itu dan meletakkannya di sebelah Taeyong. "Awak boleh makan sendiri. Dan makan ubat ni." Dia meletakkan dua biji pil di atas dulang. "Badan awak panas."

Taeyong mengukir senyuman. Jika dia bukan pembunuh upahan atau sudah pernah hampir membunuh Jaehyun, dia pasti merayu untuk diambil bekerja di keluarga ini. Semua orang yang ditemuinya membuatkan dia merasa sesuatu yang berbeza.

Jungwoo berjalan keluar dan mengarahkan orang di situ untuk mengunci pagar. Dia berjalan menaiki tangga untuk keluar dari situ. 

Sejujurnya, dia tidak menganggap Taeyong terlalu buruk. Ketika dia mendapat tahu lelaki itu berjaya melepaskan diri, dia berharap lelaki itu akan pergi jauh dan jangan mencari pasal dengan keluarga Jung lagi. Malangnya, dia tertangkap lagi.

Soal kesalahannya yang mengakibatkan Taeyong berjaya lari, dia tidak begitu terkesan. Bukan kerana dia tidak merasa bersalah. Tetapi kerana Jaehyun tahu dia tidak sengaja melakukannya. Bekerja di bawah naungan keluarga Jung tidak membuatkan dia takut. Dia tahu, asalkan dia bukan sengaja, dia masih tidak berada dalam keadaan bahaya.

Jungwoo mencuci tangannya sebelum melangkah menuju ke bahagian bilik mereka agak jauh dari tempat tahanan itu. Walaubagaimanapun, dia tidak menuju terus ke biliknya. Malah, dia mengetuk satu pintu sebelum membuka bilik tersebut.

Kelihatan Johnny sedang mengemas begnya. Dia hanya memandang lelaki itu sekali imbas. "Dah okay?"

Jungwoo berjalan mendekati lelaki itu sambil mengangguk. "Mmm... Dah. Tak apa ke bos bagi saya yang jaga Taeyong tu."

Johnny hanya melipat bajunya dan memasukkannya ke dalam beg. "Awak tahu lah dia tu. Dia akan bagi tugas yang penting pada orang yang dia percaya je."

Jungwoo mengangguk sambil duduk di katil betul-betul di sebelah beg Johnny. "Mesti kamu keluar lama lagi ni kan?"

"Mungkin." Johnny menarik nafas panjang. "Kali ni client dari luar negara. Saya risau juga. Kita tak tahu mereka macam mana."

"Tak bahaya ke?" tanya Jungwoo risau.

Johnny mengangkat bahunya. "Semua benda bahaya kat luar tu. Tapi kami akan berhati-hati."

"Saya akan tidur sendiri lah ni?" 

Pertanyaan itu membuatkan Johnny memandang Jungwoo. Dia mengukir senyuman sebelum memegang pipi lelaki jelita itu dan mencium bibirnya. "Kami tak keluar daerah pun. Tapi mungkin kami akan bermalam kat hotel."

"Kalau awak tak balik dengan selamat jangan tidur dengan saya selama sebulan." Jungwoo memberi amaran.

"Kalau saya tak selamat macam mana saya nak balik?" Johnny menarik zip begnya sebelum memegang pipi Jungwoo. "Kami akan hati-hati. Awak tahu Jaehyun kan? Dia takkan bunuh diri macam tu je."

Jungwoo memeluk pinggang lelaki tinggi lampai itu. "Saya tetap risau. Kali terakhir kamu keluar lama, kamu balik dalam keadaan tak sedarkan diri."

Johnny mengukir senyuman manis sebelum mencium bibir lelaki itu sekali lagi. "Sentiasa berjaga kat sini."







To be continue.....

Sorry kepada shipper JohnTen di luar sana. Sebab aku suka JohnWoo. Hehehe

xoxo, M

Obsession [JaeYong] [BL] [18+]✔️Where stories live. Discover now