Chapter 38

106 5 0
                                    

TRUTT! TRUUT!


Johnny mengeluarkan telefon bimbitnya. Nombor salah seorang pengawal di rumah agam mereka menghubunginya membuatkan dia menyambutnya serta-merta.

"Rumah diserang!" ujar suara panik dari dalam talian. "Mereka terlalu ramai."

Johnny memandang Jaehyun. Dia tidak membalas sebaliknya mendekatkan telefon itu di telinga lelaki itu. Bunyi tembakan dan letupan dapat didengar dari segenap arah. Jaehyun hanya memejamkan matanya cuba menenangkan dirinya. Hanya satu perkataan yang dia keluarkan dari mulutnya.

"Survive."

Talian segera terputus membuatkan Johnny menyimpan telefon bimbit itu kembali.

Joonam ketawa menyeringai sekali lagi. "Bila aku cakap aku nak hapuskan kumpulan Jung... Aku maksudkannya."

Jaehyun hanya merenung lelaki itu terus-menerus. Dia tidak tahu apa lagi perasaan yang berada dalam dirinya.

"Doyoung... Lancarkan."

Tiba-tiba sahaja, mesin penarik senjata itu bergegar kuat membuatkan semua orang menjauh darinya. Ia meletup kuat diiringi dengan beberapa letupan yang lain dari dalam kapal besar itu.

Di segenap tempat, Haechan sedang memandu kereta menuju ke tempat pertemuan itu bersama Doyoung yang sedang membuka laptop di sebelahnya. Semua perbualan Joonam dengan Jaehyun mereka dengar sejak tadi. Ia adalah rancangan mereka sejak mula. Mereka tahu Joonam pasti dapat mengesan kenderaan yang cuba mendekati tempat itu dalam jarak lima kilometer. Ini kerana Joonam tahu Taeyong datang kepadanya.

Sejujurnya, mereka terkejut kerana Taeyong tertangkap. Ternyata Joonam sudah tahu kedatangannya melalui kenderaan yang lalu. Dan Joonam sengaja membiarkan lelaki itu masuk ke dalam perangkapnya dan tertangkap. Dia hanya tahu Taeyong terlalu penting untuk Jaehyun kerana lelaki itu langsung tidak membuka mulut.

Berbeza dengan kehendaknya, Jaehyun tidak bertindak secara membabi buta. Dia memikirkan segala-galanya dengan teliti. Mereka sudah merasa hairan kenapa Joonam tidak meminta apa-apa sebagai pertukaran. Hanya mereka bertiga diminta datang. Dan mereka tahu, mereka harus dibunuh dan Taeyong tidak akan dilepaskan.

Jaehyun juga tahu rumah agam mereka akan diserang. Oleh sebab itu, mereka sengaja membiarkan Mark untuk mengawal segala-galanya bersama Jungwoo dan Taeil. Semua yang penting telah dialihkan. Malah, pengawal-pengawal yang tinggal hanya mereka yang mempunyai kebolehan tinggi untuk selamat. Yang lain telah dipindahkan sementara.

Doyoung dan Haechan pula diperlukan di pangkalan. Mereka mula bergerak dekat ketika fokus Joonam mula teralih. Segala-galanya hanya dapat dilancarkan dalam radius satu kilometer. Mereka tahu mesin itu akan digunakan lagi. Dan mereka sudah tahu bagaimana cara untuk menghapuskannya. Selain itu, mereka juga meletupkan semua sistem yang ada di dalam kapal.

"Sial!!!!" Joonam memekik sebelum lari masuk ke dalam kapal bersama orang-orangnya.

"Akhirnya." Gumam Yuta kemudian berlari mengejar lelaki itu bersama Jaehyun dan Johnny.

Taeyong perasan akan kejadian aneh itu. Gegaran itu jelas terasa walaupun dia berada di bilik bawah tanah. Lebih mengejutkan lagi, rantai yang menahannya terbuka. Ini kerana sistem telah diletupkan membuatkan semua benda yang menggunakan sistem terbatal termasuklah mesin X yang digunakan untuk menahannya.

Dalam keadaan bergetar dan lemah, dia mencapai serpihan besi yang ada berdekatan dan memukulnya kuat di kepala dua orang pengawal yang sedang panik kerana letupan itu membuatkan mereka rebah ke lantai. Taeyong keluar dalam keadaan susah payah. Dia tahu Jaehyun berada di sini. Joonam memberitahunya semua. Dan dia benar-benar merasa bersalah. Semua ini berlaku kerananya.

Yuta merenung setiap pengawal yang ada di situ satu-persatu dengan wajah yang menakutkan. Gerakannnya terlalu pantas. Tanpa sebarang senjata, dia mampu melumpuhkan orang-orang yang ada.

"Ahhh..." Yuta meregangkan ototnya. "Saya tak suka bunuh orang. Sebab tu lah saya mahir berlawan tanpa senjata." Tumbukan dan tendangannya melayang lagi. "Kamu patut belajar dengan orang Jepun."

Berbeza dengan Yuta, Johnny tidak mempunyai masa untuk bercakap atau melihat lawannya. Dia berada di tempat yang terlalu ramai orang. Dan semuanya menyerang seperti orang gila. Lorenzo dan anak lelakinya turut berada di situ.

Kebencian Johnny terlalu tinggi terhadap orang itu. Mengingati bagaimana dia terlibat dengan semua pembunuhan dalam keluarga Jung membuatkan dia menyerang lelaki itu berkali-kali. Lorenzo dan anaknya bukan lawan kepada Johnny. Tanpa senjata, mereka tiada apa-apa menyebabkan Johnny membunuh mereka dengan mudah.

Ketika dia ingin beralih ke tempat lain, dia terpandang Taeyong yang berlumuran darah. Lelaki itu membantunya untuk menumpaskan beberapa pengawal. Johnny hampir tidak mengenali lelaki itu bagaimanapun memberinya laluan.

"Jaehyun ke atas." Johnny melibaskan beberapa tendangan. "Pergi bantu dia."

Taeyong tidak membantah. Dia segera melintasi Johnny dalam keadaan tercungap-cungap. Tanpa apa-apa makanan selama beberapa hari, Taeyong tidak tahu sejauh mana dia mampu bertahan. Akan tetapi, setidaknya dia ingin membantu Jaehyun walau sekecil apapun dalam keadaan itu.

Dia berjalan terhenjut-henjut sambil melibaskan besi yang dipegangnya disepanjang perjalanan. Dia juga ternampak Yuta yang sedang berlawan dan agak kagum kerana lelaki itu langsung tidak cedera sama sekali. Ini membuatkan Taeyong merasa kumpulan Jung adalah kumpulan paling kuat pernah ditemuinya.

Taeyong dapat mendengar bunyi hentakan dan jeritan dari tingkat paling atas kapal itu membuatkan langkah semakin dipercepatkan. Dia tidak tahu seperti apa kejadiannya bagaimanapun dia tahu Jaehyun seorang diri.

Saat dia sampai ke tingkat atas, kelihatan Jaehyun berlawan dengan lelaki yang mahir dalam teknik melumpuhkan saraf itu. Mujur sahaja Jaehyun terlalu pantas dan sukar disentuh menyebabkan lelaki itu tidak dapat menyentuh lehernya. Sesekali, Jaehyun akan menendang dan memukul beberapa orang yang lain membuatkan mereka jatuh ke bawah kapal.

Jaehyun terlalu kuat. Seluruh dunia mafia tahu. Jika berlawan tanpa senjata, tiada siapa boleh mencederakannya. Walaubagaimanapun, lelaki yang sedang berlawan dengannya itu juga kuat. Dia menyerang Jaehyun berkali-kali dengan pantas cuba menyentuh lehernya bagaimanapun berjaya ditepis.

Taeyong mencari kelibat Joonam. Lelaki itu sedang melakukan sesuatu di bahagian hujung dalam keadaan panik sebelum dia tiba-tiba mengeluarkan pistol.

"Shit. Jaehyun!!" Taeyong segera berlari. Dia menendang dan memukul beberapa orang yang berada dilaluannya.

Entah dari mana kekuatannya tiba-tiba muncul. Dia tahu Jaehyun mampu mengalahkan Joonam. Akan tetapi, dia tidak menyangka Joonam akan menyembunyikan satu pistol bagi menghalang ianya ditarik oleh mesin itu.

Jaehyun sepertinya tidak sedar. Dia masih fokus berlawan dengan lelaki tadi sebelum tangannya disambar dan ditarik oleh seseorang. Malangnya, belum sempat Taeyong berlari untuk berlindung bersama Jaehyun, tembakan dilepaskan dan kena tepat di bahu Taeyong. Satu-satunya perkara yang dapat dia fikirkan adalah memeluk Jaehyun.

Tembakan dilepaskan lagi membuatkan ia kena dibadan lelaki itu bertubi-tubi sebelum mereka jatuh ke lantai. Sekurang-kurangnya, dia tahu Jaehyun tidak akan mengenai peluru itu. Hanya itu yang dia perlukan bagi menebus kesalahannya. Apa yang jadi selepas itu, dia hanya mampu menyerahkannya pada Jaehyun.





To be continue...

Sikit lagi. Sabar semua. Sikit je lagi. Aku nak buka cerita JaeYong yang baru. Tapi tengok keadaan sebab banyak cerita hanging.

xoxo, M

Obsession [JaeYong] [BL] [18+]✔️Where stories live. Discover now