Hampir seminggu Taeyong cuba mencari keberadaan Joonam. Dia tahu perkara itu amat sukar kerana Joonam bukan orang yang biasa-biasa. Dia terpaksa mengunjungi semua tempat di mana dia pernah tahu Joonam berada hanya untuk mencari petunjuk dan memahami apa yang sedang berlaku.
Berbeza dengan kumpulan Jung, dia tidak pernah berurusan dengan Lorenzo tetapi pernah berurusan dengan Joonam secara langsung. Atas sebab itu, dia membuang kelibat Lorenzo dari carta alirnya sendiri. Menjejaki Lorenzo tidak akan membawa kepada tempat persembunyian Joonam.
Seperti yang dia duga, orang-orang Joonam tidak begitu kuat kerana dia sudah berjaya membuat lapan orang tidak sedarkan diri. Kadangkala, Taeyong bersyukur kerana dia sentiasa bergerak sendiri. Ini membuatkan dia lebih waspada dan sukar untuk melakukan kesilapan. Taeyong tahu dia harus menghabiskan ini. Dia tidak tahu bagaimana posisinya di mata Jaehyun selepas ini.
"Awak gagal lagi, Lorenzo." Kedengaran suara garau seorang lelaki ketika Taeyong melintasi sebuah tingkap.
Bunyi desiran air laut jelas kedengaran bersama angin malam. Kapal besar itu bergoyang membuatkan Taeyong terpaksa berdiri dengan penuh berhati-hati. Ya. Dia mendapat petunjuk bahawa markas Joonam adalah di sebuah kapal di pelabuhan. Hampir enam pelabuhan Taeyong pergi untuk mencari dan akhirnya dia berjaya.
"Saya cuma minta awak bawa Jaehyun hidup-hidup. Takkan susah sangat?" tanya suara garau itu dengan nada serius.
"Kawalannya semakin rapi." Lorenzo menjawab dengan nada cemas. "Ini kumpulan Jung."
"Bunuh yang lama tak jadi masalah pula." Selamba suara garau itu membalas. "Awak dah hampir tangkap dia. Tapi awak biarkan nafsu serakah awak menguasai dan ada hati awak nak cuba rogol dia."
Tanpa disedari, Taeyong menggenggam buku limanya. Dia masih ingat lagi kejadian itu.
"Saya tahu Jaehyun tu tampan dan cantik." Suara garau itu menambah. "Semua orang nakkan dia. Itu yang buat saya menyampah."
"Saya dah hampir berjaya!" Lorenzo cuba membela dirinya. "Kalau bukan pembunuh upahan tu masuk campur semua ni tak akan berlaku."
"Ahh..." kedengaran suara garau itu menarik nafas panjang. "Dah lama saya tak melihat wajah cantiknya. Saya hampir dapat dia dulu. Tapi dia berjaya lari."
Lorenzo tidak membalas. Keadaan sunyi sepi seketika dan auranya dirasakan terlalu tegang.
"Akhirnya, dia datang menemui saya."
Taeyong mengerutkan dahinya sebelum bunyi kaca pecah kedengaran betul-betul dekat dengan telinganya. Tangan yang besar muncul dan menariknya masuk melalui cermin kecil itu dengan kuat.
"Fuck!" Taeyong mengerang terjatuh dengan kaca melukainya di beberapa tempat. Dia kembali berdiri.
Saat itu, dia terpandang wajah Joonam buat pertama kalinya. Lelaki itu kelihatan semakin tua. Mata sepetnya kelihatan sangat jahat dengan senyuman sinis yang menampakkan lesung pipitnya. Dia telah mencukur botak rambutnya. Pakaian berbulunya menutup tatu yang ada di badannya.
"Lama tak jumpa." Ucap lelaki itu melihat Joonam. "Saya tahu awak akan datang jumpa saya selepas awak lari hari tu. Dan saya tak sangka ia adalah pada hari ini."
Taeyong berdiri perlahan-lahan. Dua orang yang berada dekat dengan pintu segera mengeluarkan pistol bagaimanapun isyarat Joonam membuatkan mereka menurunkan senjata itu kembali.
"Kita seharusnya berseronok suatu ketika dulu." Joonam memandang Taeyong. "Tak sangka awak semakin cantik."
Taeyong hampir sahaja meludah. Dia ingat lagi bagaimana Joonam asyik mengejarnya suatu ketika dahulu hanya untuk menidurinya. Itu adalah kali pertama mereka bertemu. Joonam tahu Taeyong adalah pembunuh upahan sejak awal.
YOU ARE READING
Obsession [JaeYong] [BL] [18+]✔️
FanfictionJaehyun adalah mafia paling muda dalam sejarah bandar itu. Dia mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang luas membuatkan tiada seorang pun yang mampu mempersoalkan kemampuannya. Malangnya, di kala terlalu ramai yang cuba membunuhnya dalam diam, dia...