Jaehyun berjalan perlahan-lahan menuruni tangga batu menuju ke bilik tahanan itu. Buat seketika, dia sepertinya sudah lupa bila kali terakhir dia ke situ. Melihat kehadirannya, semua penjaga yang ada menunduk dan terus beredar. Mereka tahu dia memerlukan privasi ketika berada di situ.
Bilik tahanan itu mempunyai dua ruangan berbeza. Satu, untuk tahanan yang akan diseksa. Dua, untuk tahanan sahaja. Sama seperti di mana tempat Johnny ditahan. Walaupun lelaki itu telah menyerang Taeyong dan berjanji akan menyerangnya lagi jika dia dilepaskan, Jaehyun tahu orang kanannya itu tidak akan bertindak seperti itu dengan kehadirannya.
Johnny yang sedang berdiri memandang tingkap yang sangat tinggi di dinding hanya untuk mendapatkan cahaya matahari itu tersenyum. Dia tidak perlu menoleh ke belakang untuk tahu siapa yang datang. Bunyi derapan kaki itu terlalu dikenalinya. Lelaki tinggi lampai yang tidak berbaju itu tidak berganjak. Dia hanya merenung langit biru yang hanya sedikit kelihatan melalui tingkap kecil yang tinggi itu.
"Lama tak jumpa."
Jaehyun tidak membalas. Dia hanya memandang sayu sosok yang membelakanginya itu.
"Hampir sebulan."
Adakah itu kebenaran? Mungkin. Jaehyun sudah lupa berapa lama dia tidak datang mengunjungi Johnny.
Perlahan-lahan Jaehyun membuka kunci pintu besi itu dan membukanya dengan luas. Dia kembali memandang Johnny. "Mulai hari ni... Saya bebaskan awak."
Johnny berpusing perlahan-lahan. Dan buat pertama kali setelah sekian lama, dia melihat wajah orang yang selama ini berada berdekatannya. Sejujurnya, perasaan Johnny bercampur-baur. Dia tidak tahu harus mengutamakan yang mana. Di sisi lain dia merasa kecewa dan marah. Di sisi lain pula dia merasa bersalah dan sayu.
Dia tahu dia meletakkan Jaehyun di posisi yang sukar. Dia tahu bagaimana lelaki itu mengunci hatinya hanya untuk mencari Taeyong, lelaki yang menjadi obsesinya. Lelaki yang boleh dikatakan sebagai cinta pertamanya. Dan Johnny yang selama ini mendukungnya tiba-tiba memintanya membuat pilihan.
"Dah cukup awak kurungkan diri kat sini." Jaehyun meletakkan kunci yang dipegangnya di atas meja berdekatan.
Johnny hanya mampu merenungnya tidak berganjak. "Saya tahu awak habiskan banyak masa kat sini selama ni. Ada sebab kenapa awak tak datang jenguk saya?" tanya lelaki itu tanpa berselindung. "Saya perlu minta Jungwoo untuk panggil awak datang jumpa saya baru awak datang."
Memang benar. Jaehyun tergerak untuk datang ke situ setelah berdebat lama dengan dirinya sendiri kerana Jungwoo yang menyampaikan pesan kepadanya bahawa Johnny ingin menemuinya. Melihat dari ekspresi Jungwoo saat itu, Jaehyun tahu ia bukan sesuatu yang menyenangkan.
Johnny menarik nafas panjang kemudian berjalan beberapa langkah ke hadapan. Dia memandang ke tempat lain untuk mengelak dari bertentang mata dengan lelaki itu. "Saya akan berhenti. Saya akan keluar dari keluarga Jung."
Jaehyun tidak membalas. Dia seperti sudah menjangka perkara itu akan terjadi. Dia merasa kecewa. Jelas dia mengharapkan keputusan yang berbeza.
"Saya tak nak awak buat pilihan, Jaehyun." Johnny bersuara sambil mengemas barang-barang yang berada di meja berdekatan. "Saya tahu saya tak seharusnya letakkan awak dalam posisi ni. Tapi awak kena faham saya."
Jaehyun tidak membalas. Dia hanya memerhati setiap pergerakan lelaki itu. Dia tahu. Sekuat manapun dia menghalang Johnny, lelaki itu tidak akan mengubah keputusannya. Mengenali lelaki itu membuatkan dia tidak perlu mencuba.
"Awak tahu macam mana sakitnya melihat awak... Orang yang sentiasa berdiri di belakang saya... Orang yang sentiasa berada di samping saya... Orang yang membesar bersama dengan saya... Berada di sebalik pagar besi sebagai tahanan?"
Johnny memandang Jaehyun. Ketua mafia itu kini sedang berdiri segak dengan sutnya sambil memasukkan kedua-dua tangan di dalam kocek seluarnya.
"Setiap kali saya datang..." Jaehyun memandang lelaki itu. "Saya mempersoalkan apa yang silap dari keputusan saya."
Johnny hanya berdiam diri tidak menjawab.
"Kehidupan di rumah ni dah berbeza." Beritahu Jaehyun. "Banyak yang berbeza. Di suatu sudut saya harus menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga Jung. Di suatu sudut saya harus memikirkan perasaan semua orang." Mafia itu menarik nafas panjang. "Sampai saya dapat jawapan yang solid... Saya akan lepaskan awak pergi."
Johnny ingatkan patah hati hanya untuk orang bercinta. Dia tidak pernah menyangka dia akan merasakannya sekarang. Dia tidak menduga Jaehyun akan membiarkannya meninggalkan keluarga Jung. Keluarga yang tidak pernah Johnny fikir untuk berhenti berkhidmat. Dia tahu Jaehyun membuatkan keputusan yang terbaik dirasakan buat masa ini.
"Kalau selama ni awak tak percaya pada saya untuk keadaan ini..." Jaehyun merenung lelaki itu sayu. "Tolong percaya pada saya selepas ni."
Hanya dengan itu, Jaehyun berlalu pergi meninggalkan Johnny yang masih dalam keadaan tercengang.
**************************
Pintu pejabat utama milik Jaehyun di rumah agam itu dibuka dengan kuat. Walaubagaimanapun, Jaehyun sedikit pun tidak terkejut atau beranjak. Malah, dia langsung tidak mendongak seolah-olah menjangkakan perkara itu.
"Jaehyun!!" Doyoung berjalan laju mendekati lelaki itu. "Awak biarkan Johnny berhenti??"
Jaehyun masih memandang kertas di hadapannya. "Mmm."
"Kenapa?!" tanya Doyoung dengan nada suara yang tinggi. "Awak sepatutnya pujuk dia! Bukan lepaskan dia macam tu je."
"Dia yang nak." Jaehyun mendongak memandang lelaki itu. "Awak kenal dia kan? Mustahil untuk pujuk dia."
"Jaehyun..." Taeil yang turut berada di situ bersama Doyoung bersuara. "Awak pasti ke? Jungwoo dah menangis teruk tu."
"Dia pasti akan ikut Johnny!" Doyoung menepuk dahinya.
"Johnny tak akan biarkan benda tu berlaku." Ujar Jaehyun tenang. "Dia tahu Jungwoo lebih selamat kat sini."
"Takkan ini pengakhirannya??"
Jaehyun mendengus kuat kemudian memandang Doyoung.
"Jangan cakap kita perlu letak kepercayaan pada Taeyong." Doyoung kelihatan bengang. "Dah hampir sebulan sejak dia pergi dan masih tak ada khabar."
"Saya tak minta kamu percaya pada dia." Ujar Jaehyun. "Tapi tolong percaya pada saya."
Doyoung membuka mulut untuk melawan lagi bagaimanapun terhenti ketika tangan Taeil diangkat untuk menghentikannya.
"Jaehyun..." Taeil merenung lelaki itu tajam. "Ini kali terakhir."
Jaehyun hanya membalas pandangan lelaki itu.
"Kalau kami rasa keputusan awak salah lepas ni..." Taeil menyambung. "Kami akan buat keputusan sendiri."
Dan itu sudah cukup buat Jaehyun.
To be continue...
Johnny resign. Dia tinggalkan keluarga Jung. Macam mana dia lepas ni? Nak bagi dia mati atau join villain?
xoxo, M
YOU ARE READING
Obsession [JaeYong] [BL] [18+]✔️
FanficJaehyun adalah mafia paling muda dalam sejarah bandar itu. Dia mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang luas membuatkan tiada seorang pun yang mampu mempersoalkan kemampuannya. Malangnya, di kala terlalu ramai yang cuba membunuhnya dalam diam, dia...