Chapter 13

284 8 0
                                    

Doyoung merenung komputer riba di hadapannya itu. Merenung segala maklumat dan mengemaskini segala data sebelum membuat beberapa pembentangan. Taeil duduk di sebelahnya sambil bermain dengan pen yang dipegangnya. Dia kini memakai baju kemeja biasa tanpa memakai pakaian doktornya. Jungwoo duduk di sebelahnya pula agak kebosanan. Wajah lelaki itu kelihatan mengantuk. Beberapa orang yang lain turut berada di situ. Menantikan kehadiran yang ditunggu.

"Awak buat apa semalam?" tanya Taeil merenung wajah Jungwoo yang hampir tertidur itu.

"Tak boleh tidur." Jungwoo menggosok mukanya.

Taeil menggolekkan bola matanya. "Jungwoo... Awak nak menipu dengan seorang doktor? Letih awak ni saya boleh tahu sebab apa. Sebab Johnny—"

"Dah tahu tanya lagi." Jungwoo segera memintas sebelum lelaki itu sempat menghabiskan kata-katanya.

"Awak ni..." Doyoung menjeling ke arah Taeil. "Tak payah lah nak sibuk aktiviti pasangan kekasih tiap malam."

"Yahh!" Jungwoo menderam.

Akan tetapi, itulah kenyataannya. Entah kenapa sejak kebelakangan ini, Johnny sering meminta melakukan hubungan intim dengannya. Mungkin kerana mereka jarang keluar untuk berurusan atau misi.

Saat itu, pintu terbuka luas sebelum Jaehyun berjalan masuk dalam keadaan segak bersama Johnny yang menyusul di belakangnya. Jaehyun duduk di kerusi tengah yang khusus untuknya di meja bulat itu dan Johnny duduk di sebelahnya.

Apa yang membuatkan mereka semua sedikit gembira, bos mereka ini sudah sembuh sepenuhnya. Pergerakan mereka hampir lumpuh selama sebulan penuh. Malah, mereka juga risau dengan keselamatan yang ada. Jaehyun adalah satu-satunya waris. Jika dia mati, keluarga Jung sudah tidak aman lagi.

"Apa offer yang terbaru?" tanya Jaehyun memandang Johnny.

Johnny segera membetulkan kedudukannya. "Dua kumpulan nak beli beberapa kawasan di bahagian Timur."

Johnny memandang Doyoung sambil mengisyaratkan sesuatu. Lelaki berwajah mirip arnab itu segera menekan butang pada komputer ribanya sebelum sesuatu terpancar pada skrin besar di hadapan yang membolehkan semua orang melihat.

"Kumpulan SMAP dari Jepun." Johnny menyambung. "Mereka tak ada base lagi kat sini. Hanya kat Jepun."

Jaehyun mengerutkan dahinya memandang gambar kumpulan mafia yang dimaksudkan. "Mereka baru ke?"

Johnny menggelengkan kepalanya. "Dah lama. Tapi mereka tak pernah terfikir untuk tembus ke luar negara."

"Jadi kenapa sekarang?" Jaehyun mengangkat keningnya.

"Menurut jururunding mereka..." Johnny menjawab. "Mereka nak luaskan bisnes yang mereka dah buat sejak turun-temurun. Pusat perjudian. Kononnya operasi yang mereka jalankan masih belum pernah dilakukan di sini."

Jaehyun menarik nafas panjang. "Yang satu lagi tawar apa?"

Johnny membetulkan lagi kedudukannya ketika paparan skrin bertukar kepada gambaran kumpulan lain. "Kumpulan Lim daripada China."

Jaehyun mengecilkan matanya merenung skrin itu.

"Kumpulan Lim ni lebih kepada mementingkan bisnes." Ujar Johnny. "Pangkalan Timur adalah laluan perdagangan mereka. Sebab tu mereka nak beli untuk mengelakkan mereka membayar cukai kepada kita."

Jaehyun menarik nafas panjang. "Buat temujanji untuk kedua-dua."

"Baik." Johnny mengangguk.

"Ada apa-apa lagi?" tanya Jaehyun memandang kesemua ahli tertinggi Kumpulan Jung yang duduk di situ tidak sampai 20 orang.

"Saya terima report pasal racun Nepotoxis daripada sumber yang boleh dipercayai." Taeil bersuara membuatkan semua mata beralih memandangnya. "Kebanyakan kumpulan sekarang dah beli racun ni.

"Nepotoxis?" Jaehyun mengerutkan dahinya.

Taeil mengangguk. "Ia dari Russia. Fungsinya lebih kurang sama dengan teknik yang dilakukan oleh orang-orang Lorenzo dulu."

Johnny mengetap giginya. Kejadian pada masa itu membuatkan bulu romanya meremang.

"Kali ni mereka buat dalam bentuk racun." Taeil menyambung. "Ia disalurkan melalui racun."

Jaehyun menarik nafas panjang kemudian bersandar pada kerusinya. "Awak dah jumpa penawar kan?"

Taeil mengangguk. "Tapi saya hanya ada penawar yang boleh diberikan selepas orang terkena racun tu. Jadi, ia tetap ada risiko. Kamu boleh dibunuh terlebih dahulu sebelum sempat sampai ke sini. Melainkan kamu bawa bersama suntikannya. Tapi ia tetap perlu dicucuk pada urat yang betul."

Jaehyun merebahkan kepalanya pada penyandar kerusinya. Hanya Taeil satu-satunya orang yang boleh melakukan pelbagai bentuk perubatan yang diperlukan. Akan tetapi, dia tidak boleh mengambil risiko. Taeil mempunyai teknik yang sukar untuk dijumpai. Jika ada apa-apa berlaku padanya, sistem perubatan mereka akan lumpuh.

"Satu-satunya cara untuk bertahan hanya mengelak terkena racun tu." Taeil mengangkat bahunya.

"Masalahnya kita tak tahu bila mereka akan serang." Jungwoo menyampuk. "Boleh jadi mereka guna pistol atau semacamnya."

Jaehyun kembali membetulkan kedudukannya. "Hubungi Yuta. Mungkin dia boleh sediakan seragam yang kalis benda-benda macam ni."

"Baik." Serentak Jungwoo dan Taeil bersuara.

"Ada apa-apa lagi?" tanya Jaehyun kembali memandang ahli-ahli mesyuarat itu satu-persatu.

"Bos..."

Semua mata kini beralih memandang Doyoung. Paparan skrin itu segera bertukar kepada benda yang lain.

"Untuk setakat ni..." Doyoung bersuara tenang. "Petanda pasal kes assassination kedua-dua ibu bapa awak masih tak ada perkembangan. Kebanyakan saksi yang ada semuanya dah terbunuh."

Jaehyun hanya mendengar dengan tenang.

"Kami masih dalam proses mencari jika ada lagi saksi yang tinggal." Ujar Doyoung. "Kebanyakannya memang dah mati. Terbunuh."

Jaehyun menarik nafas panjang. "Awak cakap kali terakhir mereka berurusan dengan keluarga Qi kan?"

Doyoung mengangguk. "Mereka dibunuh sekali terlebih dahulu dari ibu bapa awak. Dan pembunuhan mereka sepertinya atas dasar menutup mulut."

"Seluruh kumpulan dah mati ke?" Johnny mencelah.

Doyoung mengangguk. "Sepertinya sesiapapun pelaku memang dah jejak kesemua ahli ataupun orang yang pernah berurusan dengan keluarga Qi. Tapi kalau nak tengok dari segi bisnes yang dijalankan tetap tiada apa yang mencurigakan."

"Ada sesiapa yang ambil alih kumpulan tu?" tanya Jaehyun.

Doyoung menggelengkan kepalanya. "Kebanyakan bisnes mereka dah diambil oleh kumpulan-kumpulan lain. Macam kena lelong. Aset mereka banyak dibiarkan usang. Malah, rumah keluarga tu masih ada."

Jaehyun melepaskan dengusan lembut.

"Progress hanya sampai situ." Doyoung hanya mengangkat bahunya.

Jaehyun mengangguk. "Teruskan mencari."

Pembunuhan ibu bapa Jaehyun masih menjadi misteri sehingga ke hari ini. Tiada siapa yang tahu apa yang berlaku melainkan saksi-saksi yang kini sudah tidak dapat dijejaki sama ada kerana dibunuh atau belum dijumpai. Bagaimanapun, Jaehyun tetap tidak berputus asa. Selagi dia belum dapat membalas kesemua apa yang dilakukan pada ibu bapanya, dia tidak akan berhenti.

"Ada lagi?" tanya Jaehyun.

"Ada."

Sekali lagi semua mata tertumpu ke arah Doyoung. Lelaki itu menekan sesuatu membuatkan paparan skrin berubah lagi.

"Saya dah jumpa di mana Taeyong."

Jaehyun merenung skrin itu. Kelihatan gambar Taeyong yang agak kabur diambil entah dari mana.

"Ini gambar paling terbaru hari ini."





To be continue.....

Obsession [JaeYong] [BL] [18+]✔️Where stories live. Discover now