Chapter 29

142 5 2
                                    

Johnny berdiri kaku sambil tunduk ke lantai. Dia tidak tahu mana satu perasaan yang harus diutamakan. Kelegaan dan kegembiraannya tidak dapat digambarkan setelah dia berjaya membalas dendam untuk bapanya. Itu adalah satu-satunya misi dalam hidupnya yang dia wajib lakukan sebelum dia mati. Dan akhirnya ia tercapai.

Dia masih ingat lagi bagaimana dia seperti kerasukan menghancurkan bahagian tubuh Jinyoung. Dia hanya menggunakan tangan dan kakinya. Sebelum menembak mati lelaki itu. Dia menjerit sekuat hati. Menangis sepuasnya. Tiada siapa yang mampu menenangkannya saat itu. Mereka hanya membiarkannya sehingga lelaki itu hampir pitam.

Jaehyun mengarahkan Taeil merawat Johnny dengan bantuan Jungwoo. Membiarkan lelaki itu bertenang. Sehingga beberapa jam selepas itu akhirnya Johnny dapat membetulkan semula fikirannya. Dan sudah pasti, orang pertama yang dicarinya adalah Jaehyun. Lelaki yang hampir hilang dalam hidupnya.

Jaehyun kini sedang berdiri menghadap ke luar tingkap memandang keadaan luar yang gelap dari ruang pejabat itu. Tempat seharian dia menghabiskan masa. Dia langsung tidak menjenguk sesiapa. Entah apa yang difikirkan dan dirasainya juga tiada siapa yang tahu. Dan tiada siapa berani menyoalnya.

"Saya terima apa saja hukuman." Johnny memecahkan kesunyian setelah agak lama mereka berada di situ

"Tak cukup lagi awak nak dihukum?" tanya Jaehyun selamba.

Johnny menarik nafas panjang. "Saya gelojoh. Saya tak percaya pada apa yang awak lakukan."

Jaehyun tidak membalas.

"Mengetahui ada petunjuk mengenai pembunuhan ayah saya yang terlalu gelap gelita sebelum ini membuatkan saya tak dapat berfikir dengan baik." Beritahu Johnny jujur. "Perkara ni menghantui saya. Tambahan lagi orang yang disyaki diambil masuk dalam keluarga Jung buat saya jadi gila." Johnny memejamkan matanya seketika. "Awak ingat bagaimana teruk mayat ayah saya masa kita ambil."

Jaehyun memejamkan matanya. Gambaran itu masih jelas dalam ingatannya. Satu-satunya sosok seorang ayah yang dia ada pada saat itu. Pulang dalam keadaan kedua-dua matanya hancur teruk dimasuki peluru. Kedua-dua telinganya juga ditembak dengan peluru memasuki bahagian otaknya. Dan mulutnya juga ditembak. Dia dilumpuhkan sebelum dibunuh. Semua orang tahu betapa hebatnya lelaki itu dalam berlawan. Dan kerana racun, dia tidak dapat bertindak.

"Awak tahu tak..." Jaehyun bersuara perlahan. "Sejak mula lagi saya berada di pihak awak."

Johnny mengelipkan matanya. "Apa?"

Jaehyun mengangguk kemudian berpusing untuk memandang lelaki itu. "Walaupun Taeyong adalah lelaki yang saya cintai... Tapi awak adalah sayap saya."

Johnny hanya memandang lelaki itu.

"Saya membesar dengan awak." Ujar Jaehyun. "Semua benda kita dah lalui. Tiada siapa boleh buat saya berpaling dari mempercayai awak atau berpihak pada awak."

Johnny tunduk seketika.

"Kalau betul terbukti Taeyong adalah pembunuh ayah awak..." Jaehyun bersuara lagi. "Saya tak akan halang awak untuk bunuh dia. Itu mungkin bukan jalan yang saya nak. Tapi saya tak akan mengkhianati awak."

Mata Johnny mula berair. Mengetahui bahawa posisinya dalam hidup lelaki itu sangat tinggi membuatkan dia sebak.

"Saya patah hati saat Doyoung beritahu saya dia salah satu suspek." Jaehyun menyambung. "Saya hampir tak dapat tengok muka dia. Dan saya rasa dia pun dapat rasa hal yang sama. Dia tahu apa yang saya rasakan. Sebab tu dia putuskan untuk keluar."

"Macam mana awak boleh lepaskan dia?" tanya Johnny. Matanya kini sudah berair. Dia hanya berusaha menahan perasaannya.

"Awak ingat tak masa awak ambil Jungwoo?" tanya Jaehyun. "Dan saya tanya kenapa dalam banyak-banyak orang awak pilih dia? Semua orang tahu awak tak akan rapat macam tu dengan sesiapa. Tapi awak cakap dia lain. Pandangan dan perasaan yang ada amat berbeza. Awak tahu di sudut hati awak."

Johnny mengakuinya.

"Masa Taeyong buat keputusan untuk keluar..." Jaehyun menarik nafas panjang. "Saya rasakan pandangan yang sama."

Johnny hanya mampu mendengar.

"Dia cakap kalau betul dia pembunuh ayah awak, dia akan serah diri." Jaehyun memandang Johnny cuba untuk tersenyum. "Saya percaya. Saya percaya dia akan balik apapun keputusannya."

Johnny mengesat airmatanya kemudian mengangguk. "Saya dah kecewakan awak kan?"

Jaehyun tergelak sedikit. "Saya tahu takdir awak dalam keluarga ni. Kalau betul awak keluar dari rumah ni... Awak pasti akan balik."

Johnny mengangguk lagi. "Saya minta maaf."

Jaehyun hanya mengangguk. "Saya maafkan. Dan sekarang awak rehat lah. Kasihan Jungwoo. Dia terseksa terlalu banyak."

Mengingati kekasihnya itu membuatkan Johnny ingin menangis lagi. Dia mengangguk sambil mengesat airmatanya.

"Saya bagi awak cuti tiga hari." Ujar Jaehyun. "Kembali bertugas sebagai orang kanan saya lepas tu."

Johnny tersenyum. "Baik."

"Awak boleh pergi, Johnny."

Johnny memandang lelaki itu sayu dan terharu. Dia tunduk sekali sebelum berlalu pergi dari situ meninggalkan lelaki yang sedang menarik nafas lega itu. Jaehyun jatuh terduduk di kerusi sambil menekup mukanya. Dia benar-benar lega atas kebenaran yang ada. Mengetahui dia kekal mendapatkan Taeyong dan Johnny di sampingnya membuatkan dia benar-benar gembira.

Jaehyun bingkas bangun. Sejak kepulangan Taeyong dia masih belum bertemu secara terus atau berbicara dengan lelaki itu. Dia keluar dari pejabatnya itu kemudian berjalan dengan pantas merentasi koridor. Beberapa pekerja yang melihatnya hanya menunduk. Dia pula hanya mempunyai satu tujuan.

Tiba di hadapan sebuah bilik, entah kenapa dia kelihatan sedikit teragak-agak. Tangannya diangkat sebelum mengetuk pintu bilik itu.

TOK! TOK! TOK!

Jantungnya berdebar seolah itu akan menjadi kali pertama dia bertemu seseorang. Dia tidak tahu apa yang harus dirasakan.

TOK! TOK! TOK!

Dia mengetuk sekali lagi. Dan beberapa saat kemudian pintu itu dibuka. Kelihatan Taeyong yang sedang tidak berbaju dan hanya memakai seluar tidur muncul. Badannya mempunyai kesan luka dibeberapa bahagian. Dia memandang Jaehyun dengan pandangan yang sukar dibaca.

Mereka bertentang mata tanpa berkata apa-apa. Masing-masing sedang bertarung dengan perasaan yang ada. Melihat wajah Taeyong, Jaehyun tahu dia benar-benar merindui lelaki itu.

"Oh, saya tak sangka saya benar-benar rindu awak."

Kenyataan Taeyong membuatkan Jaehyun hilang kawalan dirinya. Dia terus sahaja menarik lelaki itu ke dalam pelukannya dan mencium bibir Taeyong sepuasnya. Taeyong pula tidak menolak. Kerinduannya pada Jaehyun sama tingginya. Dia tidak pernah menyangka dia akan merindui belaian seorang lelaki seperti itu.

Jaehyun membawa mereka masuk ke bilik itu dan membiarkan pintu tertutup tanpa meleraikan ciuman mereka. Dia tahu betapa kuatnya Taeyong. Tetapi mengetahui lelaki itu cedera walaupun hanya ringan sahaja membuatkan hatinya remuk. Dia ingin melindungi lelaki itu. Tapi dia tahu Taeyong tidak memerlukannya.

Tangan Taeyong menjalar. Menarik selamba tali leher Jaehyun dan menjatuhkannya di lantai. Kemudian dia menanggalkan kot yang dipakai oleh lelaki itu. Jaehyun pula tidak membantah. Dia hanya membiarkan Taeyong melepaskan pakaiannya satu-persatu.

Malam itu dipenuhi dengan desahan dan kehangatan. Jaehyun benar-benar obses dengan Taeyong. Segala apa yang dimiliki lelaki itu adalah kepunyaannya. Sama ada secara zahir mahupun batin.

Dan begitu juga dengan Taeyong.











To be continue...

Another update. Cerita ni dah habis aku taip. Tinggal nak post. Tapi kalau nak lagi, kena support ye. Vote & comment.

xoxo, M

Obsession [JaeYong] [BL] [18+]✔️Where stories live. Discover now