Sudah hampir seminggu berlalu, Jaehyun masih gagal menjejaki Taeyong. Pelbagai cara telah dilakukan tetap tidak berjaya. Tidak hairanlah mengapa semua orang tidak pernah berjaya menangkapnya walaupun lelaki itu selalu bergerak sendiri.
Adakah Jaehyun akan berputus asa? Tidak. Dia tidak akan berhenti mencari lelaki itu. Bukan kerana banyak rahsia yang ingin dia ketahui. Tetapi kerana dia tidak mahu lelaki itu hilang dari pandangan matanya.
Jaehyun tidak dapat memahami apa yang difikirkannya sendiri. Sudah tiada keperluan untuk dia menyimpan Taeyong dalam tahanannya. Dan menurut dari pemerhatian Doyoung, lelaki itu tidak sempat untuk mengorek apa-apa rahsia rumah keluarga Jung. Jadi, tiada keperluan untuk dia mencari lelaki itu lagi.
Walaubagaimanapun, orang-orangnya itu tidak pernah menyoal keputusannya. Mereka akan menurut kerana tahu Jaehyun bukan seorang yang bodoh dalam membuat sebarang keputusan.
"Jadi..." Lelaki 30-an dengan wajah ganas itu bersuara. "Takkan masih nak berfikir? Tawaran yang saya berikan sudah cukup lumayan."
Jaehyun duduk di kerusi rapuh dalam gudang barangan itu. Dia berpeluk tubuh dengan kaki disilangkan merenung wajah lelaki yang di hadapannya itu. Orang-orang kanan masing-masing mengelilingi mereka.
"Saya ingatkan ini seharusnya menjadi win-win situation." ujar Jaehyun selamba. "Saya tak nampak di mana keuntungan saya, Sunghoon."
Lelaki bengis itu menghempaskan tangannya di atas meja. "Dah dua jam kita duduk kat sini. Kau masih nak keras kepala?"
"Ini bisnes." selamba Jaehyun membalas. "Awak tahu pasal bisnes. Cadangan awak merugikan saya. Saya masih boleh pertimbangkan kalau saya tak rugi walaupun saya tak terima keuntungan."
Sunghoon menarik nafas panjang. Ikutkan hati, ingin sahaja dia menembak mati lelaki di hadapannya ini. Akan tetapi, dia tahu akibatnya. Jika Jaehyun mati, dia juga tidak akan keluar hidup-hidup.
Mata Johnny yang sedang berdiri di belakang Jaehyun tidak berhenti memandang sekeliling. Dia tahu betapa liciknya Sunghoon. Berjumpa di gudang milik mafia itu juga sudah membuatkannya ragu-ragu. Bagaimanapun, Jaehyun tahu apa yang perlu dilakukan jika serangan dilakukan.
"Saya tak akan ubah apa yang saya tawarkan." Ujar Jaehyun tenang. "Terpulang pada awak sama ada nak terima atau tak."
Sunghoon sepertinya berusaha menahan marah. Tangannya bergerak-gerak ingin menyambar pistol di pinggangnya.
"Say—"
BANG!
Bunyi tembakan itu membuatkan semua orang menunduk. Jaehyun memandang Sunghoon. Lelaki itu juga memandang Jaehyun. Kedua-dua mereka cuba memastikan adakah serangan itu daripada kumpulan masing-masing.
"ATAS!!"
Orang-orang Jaehyun sudah mengeluarkan pistol masing-masing. Johnny menarik Jaehyun untuk bersembunyi di sebalik meja.
"KANG SUNGHOON!"
"Tak guna!" Sunghoon menyumpah sebelum mengeluarkan pistolnya. Orang-orangnya sudah melepaskan tembakan merata-rata.
Jaehyun terpaksa mengeluarkan pistolnya sendiri kerana yakin pertempuran itu juga tidak selamat baginya walaupun dia tahu dia bukan target.
"Ini kumpulan mafia lain." Johnny sempat lagi memberitahu Jaehyun ketika dia melepaskan tembakan ke arah seseorang yang ingin menyerangnya.
YOU ARE READING
Obsession [JaeYong] [BL] [18+]✔️
FanficJaehyun adalah mafia paling muda dalam sejarah bandar itu. Dia mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang luas membuatkan tiada seorang pun yang mampu mempersoalkan kemampuannya. Malangnya, di kala terlalu ramai yang cuba membunuhnya dalam diam, dia...