Chapter 21

183 7 2
                                    

Taeyong memandang keluar tingkap bilik itu. Tanpa disedari, sudah hampir dua bulan lamanya dia menjadi bahagian dari keluarga Jung. Banyak perkara yang mula dia belajar. Dan banyak juga perkara yang masih belum dia fahami.

Satu-satunya orang yang melayaninya dengan baik di situ selain daripada Jaehyun adalah Jungwoo. Itu adalah orang yang boleh dia katakan sebagai kawan. Dia sangat senang berkawan dengan lelaki itu. Malangnya, Jungwoo terpaksa menjaga jarak jika Johnny ada berdekatan.

Sejujurnya, Taeyong masih tidak tahu kenapa Johnny tidak menyukainya. Sehingga saat ini, tidak pernah sama sekali lelaki itu bercakap dengannya walaupun mereka berdua adalah orang yang paling dekat dengan Jaehyun. Mulanya, dia menyangka Johnny tidak menyukainya kerana takut jawatan sebagai orang kanan Jaehyun akan digugat oleh Taeyong. Akan tetapi, Jaehyun tetap lebih berharap pada Johnny untuk kerja-kerja penting membuatkan Taeyong yakin itu bukan masalahnya. Paling bahaya, semakin lama Johnny seperti semakin membencinya.

Taeil juga salah seorang yang masih melayan Taeyong dengan baik. Dia kadangkala akan bertegur sapa dengan lelaki itu. Malangnya, Taeil seorang yang suka bersendiri dan mereka jarang bertemu. Doyoung pula seperti Johnny. Dia seperti tidak suka pada Taeyong tetapi terlalu sopan untuk menunjukkan secara terang-terangan.

Taeyong menutup langsir itu kemudian memandang ke arah katil besar di bilik itu. Dia tidak tahu jika Jaehyun akan mengadakan hubungan intim dengannya lagi pada malam itu. Saat ini, ketua mafia itu sedang mandi setelah pulang dari perjumpaan yang mana dia sudah tidak mahu mengambil tahu. Kerja sebagai mafia terlalu berat baginya.

Taeyong mengutip pakaian Jaehyun yang diletakkan di atas katil kemudian membawanya ke arah keranjang berdekatan pintu dan memasukkannya ke dalam itu. Saat itu, sesuatu terjatuh dari gumpalan pakaian itu. Seutas rantai dengan tali berwarna hitam dengan buah simbolik yang aneh.

Lelaki berambut merah itu mengutip rantai itu. Dia tahu itu adalah rantai yang selalu berada di leher Jaehyun. Akan tetapi, dia tidak pernah melihatnya secara jelas selama ini kerana fokusnya selalu ke arah yang berlainan.

Sesuatu seperti mula meresap masuk ke dalam ingatannya. Seolah-olah salah satu kotak memorinya telah terbuka. Semakin lama dia merenung simbol naga emas yang menjadi buah rantai itu semakin dia mengenalinya. Dia tahu ia simbol yang tidak akan ditemuinya di tempat lain. Kerana suatu ketika dahulu, dia yang mengukirnya.

"Taeyong?"

Taeyong menoleh pantas. Matanya kelihatan tercengang. Dia merenung Jaehyun dengan serius. "Mana awak dapat rantai ni?"

Jaehyun memandang rantai itu sekali imbas.

"Jangan cakap awak beli." Taeyong memberi amaran. "Dan tolong jangan cakap ini adalah momentum daripada seseorang yang awak bunuh."

Jaehyun tergelak serta-merta. Mujur sahaja dia sudah mengeringkan rambut dan badannya di bilik mandi. Hanya tuala putih menutupi bahagian bawahnya. Dia berjalan menuju ke katil dan duduk.

"Jaehyun..." Taeyong mengejar lelaki itu. "Beritahu saya. Mana awak dapat rantai ni?"

Jaehyun memandang lelaki yang kini berdiri di hadapannya itu. "Awak tak ingat ke?"

Taeyong mengerutkan dahinya kebingungan.

"Awak yang beri rantai tu pada saya."




12 TAHUN LALU.....

Jaehyun menggeletar mendengar bunyi tembakan dan tikaman merata-rata disekelilingnya. Pekikan dan jeritan kesakitan jelas kedengaran. Itu adalah pertama kali dia mendengar terlalu banyak nafas yang terputus berdekatannya. Darah terpercik sini sana menyebabkan air hujan lebat yang turun menjadi merah.

Obsession [JaeYong] [BL] [18+]✔️Where stories live. Discover now